Friday, 5 January 2018

" Musim Durian Tiba"


" Ohhhh kome, doroyan dah berbunga, mari kita, pinang anak daraaaaaa "


Amboiii ! Sampai nak pinang anak dara ye bila Durian dah berbunga. Haaa. Almaklum la, musim buah durian la musim yang paling heaven sekali Cik Ina rasakan. Semenjak arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga 2009, pokok durian dan lain-lain pokok pun turut meninggalkan kitorang. Selang 3 4 tahun lepas itu, tanah pokok durian tersebut kita tanam pokok kelapa sawit. Ada la 5 6 pokok durian yang ditinggalkan. Tapi, pokok durian tu tak pernah berbuah. Sehingga ke Tahun 2017. Memang tak disangka-sangka. Sebab tak ada siapa pun yang pergi melawat kebun dekat tu. Rezeki mungkin!

Durian Pertama 2017
Durian bertuah kerana biji yang pertama menentukan kesedapanbuah-buah yang lain. 

Ya. Rezeki.

Buah pertama yang luruh dimakan oleh Cik Ina & kiddos Leesya. Almaklum la, sebab Cik Ina ada dekat rumah masa tu. Masa nak makan tukan, perasaannya. Ya Allah. Sebak nak makan sebab dah lamaaaa sangat tak makan durian kepunyaan Puan Emak & Encik Abah. 💓. Sejak 2010, membeli dekat sepanjang jalan Kg Gajah tu la. Tak dan sampai rumah, dah habis dalam kereta.

Original TEMPOYAK dari air tangan Puan Emak

Cik Ina masih ingat, nak masak gulai Tempoyak, pergi beli dekat pasar tempoyak. Bapakkkk kecewa! Yela. Tak cukup tempoyak nak buat gulai. Tapi apakan daya, masak la jugak sebab tekak teringin sangat-sangat! Siap beli tempoyak. Tak pernah dalam sejarah kelahiran membeli durian, kita beli durian. Tak pernah beli tempoyak, kita beli tempoyak. Jadi, bila berbuahnya durian di kebun dekat, feel dia lain maciammm sangat-sangat. Tiap kali Alang hantar gambar buah durian, perasaan jangan cakap la. Ibarat orang bercinta. "Tak dapat tengok tuan, tengok bumbung rumah pun jadi la paahhhh oiii". Macam tula! Almaklum la, masa durian tengah havoc sampai viral durian Kg Gajah tu haaa!! Cik Ina ada dekat UKM. Teroyakkk beb menantikan tarikh nak balik. Program kolej melambak dudeee!!! Hati dah berdebar-debar nak balik kome oiii. Dah tu tengok FB, memember Kampung semua dah layorr gambar . Cehhh!!!

Sekali Puan Emak cakap "Sabtu nie nak ke rumah MakNgah, nak hantar durian dekat cucu-menantu." Ceh!! Puan Emak tak cakap nak hantar dekat anak pun. Hahahah!! Ini tidak adil. Sekali 2 biji kereta bonet penuh buah durian. Haaa!! Sanggup kot dari UKM ke Sg Buloh. Sesampainya Cik Ina ke rumah MakNgah, tak tunggu lama. 6 biji seorang diri. Itu namanya balas dendam. Nikmatnya. Lain betul rasanya makan durian sendiri dengan durian beli. Terus teringat memember yang membeli durian sampai kena tipu bagai.

Kecohhh !!!

Puan Emak tak jual duriannya. Buat makan anak beranak, cucu-menantu. Sambil buat tempoyak. Alhamdulillah boleh memberi dekat jiran tetangga, kawan-kawan. Itu yang terbaik. Rezeki, kita share beramai-ramai. Moga dengan perkongsian bersama itu akan menghasilkan lebih banyak buah untuk tahun ini. Amin. Sekarang, buah durian habis dah!! Masa musim menceracak banyak tula dia luruh. Bestt !!

Asli dari Kebun Dekat

Bangga sebab dapat banyak ! 
Tapi tempoyak banyak laaaaa !!

Puan emak siap nak beli peti ais baru nak simpan tempoyak. Ayatnya "kome suka makan gulai tempoyak, ni boleh pakai setahun. Hahahaha. Tak sempat tunggu setahun, Cik Ina asyik membungkus. Sekarang dah bungkus 3 4 top dah. Dekat Teratak Asmara tinggal 1 top je. Hahahaha.  

Sebonet dari AJE

Sebonet dari AJK

Yehaaa!!! Kenangan yang menyeronokkan . Didoakan moga tahun hadapan, eh! tahun ini la 2018. Buah durian banyak, berkilo-kilo, berbakul-bakul, berguni-guni dan seumpamanya. Semoga Cik Ina boleh makan banyak-banyak lagi. Yehaaa!!  

😋

No comments:

Post a Comment