Tuesday, 21 November 2017

:: KONVO 2017 ::


:: Lihat orang konvo, kita pun jadi HAPPY ::

Percaya tak. tiap-tiap tahun Cik Ina mesti beli hadiah konvo untuk diri sendiri. Macam pembakar semangat macam itu la. Setiap tahun, tak pernah terlepas. Tahun 2015, Cik Ina konvo, dapat banyakkkkk bunga hidup. Dengan bunga tak hidup pun banyak. Lepas itu siap reward diri ke Riau, Indonesia. Ekk! Cuma bear tak banyak. So, konvo yang akan datang, mohon beri bear banyak-banyak ye! Hiksss. Meminta la pulak.

Tahun ini Cik Ina berkesempatan jumpa dengan individu yang sentiasa dekat dengan Cik Ina. Suka melihat mereka happy enjoy dengan moment bergraduasi mereka. Cik Ina nak tumpang sekaki sikit-sikit je, actually banyak gambar tapi kita pilih gambar yang ada di IG je. Nampak tak? Hikss!


Grace Cantik yang berjiwa Sukarelawan

Grace ini, Cik Ina kenal sebab dia MEP IPK. Dan Cik Ina pula FELO Pemantau IPK. Masa itukan Cik Ina baru masuk jadi felo. Tengok dia nak buat program makan-makan gitu la, ahhh!! Tak Ingat la. Tapi banyak la makanannya. Bayar RM5, makanlah sampai kenyang. Kemudian, hubungan itu makin erat bila kita join program yang sama. Bila dia rajin sangat buat program itu ini. Datang tidur di Teratak Asmara 316 Cik Ina, makan masakan Cik Ina, bercerita itu dan ini. Polite sangat si Grace ni.

Dia adalah individu ke-3 yang jumpa Cik Ina di Pintu B, Dektar sambil bagi bunga 2 kuntum. Siap jerit "Kak Inaaaaaaaaaaaaaaaaa, nah". Hahahaha! Thanks Grace! Apapun, we all still keep in touch sebab masing-masing masih berada di UKM. Hahahaha!

Congrate Grace. 

Si Manis Fiqa Basiran

Budak ini memang baik sangat-sangat dengan Cik Ina. Time susah nak minta tolong, InshaAllah dia ada. Time tak sihat ke! Time malas masak ke, panggil la dia. Hahahah!! Cakapnya lembut je. Tak sama langsung dengan Cik Ina yang cakap kasar ni haaa. Hiks! Budak Fiqa yang manis & dah besar. Dah kerja, dah pandai sangat dah nie haaa!! We all suka share isi hati sama-sama. Yang banyaknya Cik Ina la, kalau nak melampiakan rasa tak pua hati pun dekat si budak fiqa ini haa!! We all tak ada la jauh mana. UKM - Sunway! Kalau boring, dia akan datang ke Teratak Asmara 316 Cik Ina. Then, kita decide jom masak! 

Farhana yang Korea
Seperti yang MLA tau la, Cik Ina kan ada ambil Bahasa Asas Korea 1. Haaa! Beliau la Seong Sean Nim (Teacher) Cik Ina. Kalau kena tanya dengan Cho Seong Sean Nim, mesti Cik Ina akan minta dia tolong. Lepas itu baru jawap dekat whiteboard. Hahaha! "Farhana, apa jawapannya?". Haaaa! Selalu la. Then, dalam group Whatapps bertiga "Cik Ina, Farhana & Fatin), Cik Ina la yang selalu tanya. "Eh! Kalau nak buat ayat macam ini macam mana?". Well! Both of them, memang banyak membantu. Deme memang gila ke"Korea'an. Konvo hari tu, si Fatin bagi Cik Ina Fridge Magnet Korea sebab lepas raya haritu dia ke Korea. OMG, bebudak ini jangan taksub sudah la. Cik Ina takat basic 'Anneyonghaseyo' tu boleh la. Hahahah! Congrate Farhana. Farhana special sikti, dapat bunga besar. Sebab masa tu tengah murah! Hikss!. Yang dekat tangan Cik Ina tu, Cik Ina hadiahkan pada si Joren Birthday Girl yang siap request Laksa lagi. Haiiii, si Joren Faz. 

Gambar Konvo 2017

Tahu ke? Gambar konvo Cik Ina tak jadi. Tak ingat apa namanya tender syarikat yang dapat itu. Bayar pakej A RM380. Dapat gambar macam sampah! Better lagi gambar family Konvo Busu. Cantik je. Memang sampai sekarang kita jangan halalkan. Aikk! I emo terus. Makanya, Cik Ina pun pinjam la jubah & bunga seorang yang tidak dikenali. Terus shoot. Dengan harga Rm20, dapat la dengan framenya sekali. Ada la. Hikss! Terus gantung tepi PC.

So, next konvo boleh tak hire photgrapher terus? Amboii, yang itu over! Hahahah!

Okay! 

Semangat nak bertesis itu dah ada. Harap-harap jangan ke laut. Momentum dah ada tu. Jangan lemau macam Puan SV tegur. Sekali dah kena marah 2 minggu lepas, terus iltizam. Eh! Nak kena marah dulu baru nak berazam bagai ye Cik Ina. Okay, jom sambung betulkan questionair & Kerangka. Harap dipermudahkan. Hikss!.

😉




No comments:

Post a Comment