Friday, 3 November 2017

:: KENDURI BERENDOI & MAJLIS DOA SELAMAT ::


19 Okt 2017

Manggis Mama
Hyeeee MLA. Cuti sekolah seminggu tu kan, deorang decide buat kenduri Doa Selamat & Berendoi Yedek Zahra. Kali ini 2 kali juga la kita tukar tarikh, sekali tu sebab MMM Cik Ina, lagi pulak semua nak balik ke destinasi masing-masing, macam rushing pulak kan nak kenduri. Rasanya tahun ini baru inilah kenduri pertama. Tahun lepas berderet juga la. So, kali ini nak tak nak kena juga buat. Sebab ini macam nazar busu la, tapi belum la sampai ke tahap nazar.

Kenduri kali ini sebab Busu pun dah bekerja sebagai Guru Sains di SBPI Sabak Bernam sanaaaaa nunnnn! Tambahan pula, yedek Zahra nak naik buai katanya. Merangkap la Puan Emak sihat , sembuh dari penyakit. 

Family MakNgah & PakNgah!
Abg Long Amsyar, AbgNgah Zahin, AbgCik Quan

Keluarga KakTa
KakLong Anje, Abg Wan, KakNgah Intan, Dedek Yenyen
Kebiasaannya kenduri rumah arwah Pak Mat mestimakan sedap-sedap dan best! Yeh! Tak dinafikan. Dan aktiviti wajibnya adalah dengan memasak sendiri. Ye betul. Puan Emak ada segala perkakas mak nenek kuali, periuk belanga & semua jenis perkakas kenduri. Makanya kita jarang sekali tempah luar. Cuma kali ini, tempah juga la. Sama je konsepnya masak sendiri. Adoiii! La haiii Emak oii.

Pembahagian tugas, memang ada. Kita dah biasa dibahagi-bahagikan tugas. 

Jemput Jiran Tetangga 
MakNgah & Busu

Kemas Rumah / Cuci Pinggan / Cuci kipas & tingkap
Kiddos

Beli Barang basah di Teluk Intan
Cik Ina , Busu , Alang

Dekorasi Buaian
MakYang & Kiddos

Souvenirs Kumpulan Marhaban
Busu , Puan Emak, Alang

Tukang Masak
Alang / Kakta / Cik Ina

See!!! Semua ada tugas. Tapi mana tugas Abang ipar semua. Haaa! Waktu hari kejadian tu la. Susun meja kerusi, angkat pinggan makan, buang sampah & lain-lain kerjanya. Mereka diperlukan time-time tu la. Tapi kali ini, family Jamatul Akmar a.k.a Uda tak ada la. Almaklum la, dinner la, kerja la! Ini la 1st time tak cukup korum. Tapi tak apa, tak ada pun, bajet masukkkk!! Kebiasaannya keluarga Ahmad Saidi akan share bajet sama-sama. Sama je konsepnya kalau nak pergi family vacation. Set 1 family RM500 (Contoh la). Lepas itu, team beli barang basah akan bajet beli apa, berapa kilo nak udang, ayam, tulang, daging semua. Senang cerita tiap kali raya ke, kenduri ke, family vacation ke, konvokesyen ke atau apa-apa je yang melibatkan keluarga, kita akan share, tak sikit banyak, tak banyak, sikit. Macam itu la didikan Puan Emak & En. Abah. 

Puteri, Makchik, MakYang, KakLong Anje, KakNgah Intan, Dedek Yenyen

Makchik & Yedek Leesya.
Ustazah marah tak bertudung 😉

Kenduri kali ini Puan Emak beli buaian & meja TV. Amboiiii!!! Sukaaaaa. Siap susun bunga Cik Ina (sejak bila jadi milik Cik Ina entah), dekat atas meja tu haa! Gemor gubah-gubah Puan Emak. Lepas tu Puan Emak cakap "Ina, stokin dah pecahkan pasu tinggi tu, ganti balik". OMG, Stokin Panjang tu Leesya yang punya, siap bawak tidur bersama lagi tu. Cik Ina jugak ke yang kena ganti?

Bacaan Yassin, Berzanji & Bermarhaban
Team Makcik Fasa 5

MENU KENDURI 

Pagi-pagi jam 5:30 am dah kena kejut. Start masak memasak.

Menu Breakfast
Bihun Goreng
Pulut & Sambal Ikan Bilis
Kuih-Muih (Tempah)

Menu Tengahari
Kari Ayam
Daging Hitam
Sambal Udang
Ikan Rebus Goreng
Pecal
Sayur Campur
Telur Asin
Ulam (Kacang Panjang, Timun, Daun Selom, Petai)
Sambal (Sambal Ikan Bilis, Sambal Macang, Sambal Belacan)

Pencuci Mulut
Bubur Kacang
Puding Jagung

Kari Ayam Cik Ja masak (Tempah)

Sambal Udang tanpa petai kali ini
Signature Keluarga PakMat
Pecal Sedap!! Habis. 
Daging Hitam
So, kali ini daging hitam dia bukan Cik Ina expect macam ini. Tapi ini pun sedap!
Ingatkan daging hitam yang pakai kicap kuah pekat-pekat macam kita semlalu buat time raya.

Sambal macang
Kalau nama sambal, tak pedas! Tak sahkan. Maaflah cecikgu ye! Cik Ina kuat makan pedas. 

Yang ditempah Kari Ayam, Daging Hitam & Pecal. Yang lain masak sendiri. Adoii!! Penatnya sama dengan masak sendiri. Haa! Signature rumah Pak Mat adalah Sambal Udang Petai. Tapi kali ini petai kita buat ulam je sebab halusss.

Jam 10:30 pagi, team marhaban seramai 20 orang dah ada. Jadi, mula la Bacaan Yasin & Al-Mathurat. Lepa itu barulah berzanji & bermarhaban. Lama juga kali ini. Sebab mula-mula buai Zahra, lepas tu masukkan Yedek Nazrin pula. Lepas selesai semua, MakNgah agihkan goodies bag dekat Makcik-Makcik Marhaban. Sporting la!! Sebab kita dah lama tak buat naik buai dekat rumah Changkat. 

Then, jam 12 Tengahari start makan tengahari. Berperingkat-peringkat la orang Fasa 5 datang. Alhamdulillah. Selesai kenduri kali ini. Petangnya pula kemas-kemas khemah & susun kerusi meja, basuh pinggan! Kita pun kroohhh! Penat. Tapi best. Kiddos suka la. Deorang apa yang tak suka kan?

Till then, Bye!👱



No comments:

Post a Comment