Monday, 16 October 2017

:: Selamat Kembali Ke KTHO ::


::: Hye adik-adik Tahun 2, 3 & 4 :::

Selamat kembali dari bercuti lama-lama tu. Cik Ina harap kamu semua memanfaatkan cuti 2 bulan itu dengan sebaiknya. Sebab ada yang personal contact cakap buat part time dekat kedai la, jaga butik la. Apa laaa. Kumpul duit, sebab ptptn dengan JPA akan masuk lewat punya. Great! Bagus sangat. Macam itu la mahasiswa yang berkompeten. Ewaahh!! Hahahaha.

Welcome Back

Sekarang ini, apa-apa mesti nak poster banner! Wahh! Best la. Tapi dah request, lepas ini nak pakai baju lain pulak. Asyik banner baju F1 merah nie lagi. Haaaa, banyak songeh je kan!
Masa ini maih lagi felo seramai 8 orang. Felo Mimi & Felo Syafiq belum lagi ada dalam ini. Jangan tanya ye. Haaaa!!

Kak Zana & Azwan

Sama je prosedur mendaftar untuk pelajar lama. Syaratnya mesti bawa gambar berukuran pasport sebanyak 2 keping. Lihat nama dekat blue board tepi kak zana tu haa! Bagitahu no bilik, isi nama dekat buku tu. Sign pendaftaran!

Kaunter 2

Kemudian datang ke kaunter Cik Ina untuk mengambil baju kolej pula. Lelaki lengan pendek, perempuan lengan panjang. Kemudian ambil lanyard & borang pink (untuk perempuan) & borang biru (untuk lelaki). Tujuannya untuk ditampal di pintu bilik masing-masing. 

Selesai. Boleh mauk bilik kema bilik masing-masing ye!

Cik Ina masih lagi bertugas sehingga petang. Tak sempat nak tengok Hindustan! Hahahaha. 

Keesokkannya menjaga juga kaunter

Ciss!!! Adik-adik kenapa tak daftar semalam. kan kena bukak kaunter hari keesokkannya juga. Selamat la Cik Ina rajin 100% tahap skalanya. Kalau taknya bye bye la! Haaaa. Hari ini ada interview pelajar Master yang memohon untuk menetap di KTHO. Cik Ina tak join sebab nie la. Kena jaga kaunter juga. Ayoyoyoyo!!

Okay la. 

Cik Ina ucapkan selamat kembali ke Kolej Tun Hussein Onn, semoga adik-adik gembira berada di bilik masing-masing. Kalau yang dapat welcoming dari adik nyet-nyet bertabah la ye! Hikss!

Bye. 

No comments:

Post a Comment