Friday, 13 October 2017

:: Sakit Mata 2 Bulan ::


:: Sakitnya bila sakit mata berpanjangan ::

Siapa pernah ada pengalaman sakit yang berpanjangan? Ye! Cik Ina selalu dapat sakit yang sentiasa berpanjangan, kejap sihat, kejap lepas tu sakit balik lepas itu sihat -  sakit - sihat - sakit. Yang selalunya demam. Haaaaaaaa!! Kalau demam memang akan baring semalaman atas katil. Dulu tak ada la macam ini. Kerap sangat!! So, untuk memastikan badan & kesihatan sentiasa BAIK. Cik Ina pun consume la Vit-C & Multi-Vit. Tapi hampa, hanya angan dan cita-cita jela nak makan. Yang sebenarnya tahap malas nak ambil / consume apa-apa produk nie memang tahap level nenek-nenek dah. Takat beli jela Vit-vit tu haaa!!

Sampai la tak sanggup sangat bila tiap-tiap malam, mata asyik berair, bila bangun tidur tu. Nahhhh!!! taik mata berselaput dekat mata. Punya la sakit mata nie tak pernah mari sejak zaman sekolah rendah. Ini kali datang. Memang menguji tahap kesabaran yang senipis kulit bawang nie haaa. Minggu pertama rilex lagi, minggu kedua pergi PK (Pusat Kesihatan UKM), dapat la ubat titis mata. Dah kena iritasi pulak. Eh!! Banyak pulak dugaannya. Okay tak apa, kita husnuzon.

Sampai habis ubat mata, ubat makan et al. Mata still lagi tak sembuh-sembuh. Pergi dinner kolej dengan mata bengkak! Hurmmm. Takapa. Janji datang! Siap berspek mata la. So, sebelum raya wajib mata bersih dari sakit-sakit nie haaa. Macam-macam la ubat yang Cik Ina gunakan. Ubat titis mata, makan vitamin, makan ubat PK bagi, makanan tambahan omega telur-sayur hijau et al. Siap google mencari penawar sakit mata. Cuci mata guna air suam. Done! Rendam mata dalam air suam! Done! Jangan lihat skrin HP dalam jangka masa lama. Done!

Senang cerita, semua buat la. Yang pastinya Cik Ina akan google & baca di blog Doc-Doc tentang penyakit mata dan rawatan yang sepatutnya. kalau baca blog persendirian, macam-macam rawatan yang dibagitahu. Lastly, sikit pun tak menjadi dekat Cik Ina. Dekat orang lain, Wallahualam. Finally, macam mana mata boleh sembuh?

Mata kanan cepet! Sambil senyum-senyum dapat kuih percuma.
I likesss! 😅
Hurmmm!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Biarkan je!!!

Itu yang Cik Ina buat. Biarkan je. Malas dah nak titis-titiskan ubat mata, makan itu ini, berpantang itu ini. So,  raya sakit mata ada kurang sikit. 'Doa je bebanyak-banayk. Ya Allah, kalau boleh raya nanti jangan la mata sakit macam ini. Nanti berjangkit pulak dekat orang lain. Biarlah penderitaan ini ditanggung sendirian.' Ewahhh!!!!



Finally, mata sihat! Badan cergas. Makan raya banyak. Yehaaa!!!
Hopely, lepas ini tak ada dah sakit-sakit mata. Pandang PC & Laptop pun jauh-jauh je! No more turn off lampu time tengah tengok cerita, layan movie banyak-banyak. No more!!! Sekat sikit apa yang boleh disekat. Mata ini deria penting. Macam mana nak tengok keindahan dunia?
Yaaaaaa!! Dengan mata.


Sakit itu penghapus dosa kecil. Semoga Allah mengampunkan segala dosa yang telah dan pernah Cik Ina lakukan tanpa sedar mahupun dalam sedar malah dalam terangan. Amin. 

No comments:

Post a Comment