Friday, 13 October 2017

:: Raya 2017 ::


:: Seperti Raya-Raya sebelumnya ::

Ohhh!!! Raya tahun ini ada yang balik rumah mertua Johor & Mambang Di Awan. Tinggal la yang bujang & yang keluarga mertua dekat area-area Changkat Lada ini. Tapi, makanan meriah u olss!! As usual. Macam raya dulu-dulu. Lepas tu kita perosah deme cakap " Ayokkk, kalau aku kawen nanti, habis la. Habis. Siapa nak masak sedap-sedap nie". Miahahahah!! Tak malu puji masakan sendiri. Puan Emak pandang sipi-sipi je. Hahahaha!! 

Sekeping Gambar di Pagi Raya.
Tuan Belog posing selepas menyalami bebudak yang datang beraya dirumah

Seperti kebiasaannya, bersiap di pagi raya. Kemudian kita ke Surau Fasa 5. Khutbah hari raya tahun ini menjelaskan bahawa "Islam itu agama kaih sayang. Dalam kita berpuasa, kita memiliki 2 kegembiraan. Kegembiraan yang pertama adalah tatkala berbuka puasa dan yang keduanya kegembiraan kerana kita berpeluang bertemu dengan Allah SWT. Di bulan syawal ini kita memperolehi pelbagai kegembiraan. Gembira bertemu sanak saudara, sahabat handai & terutamanya kita diberi nikmat & peluang untuk bersama-sama menyambut bulan mulia bulan ramadan". Haaaa, macam itu yang yang dapat disimpulkan sepanjang Cik Ina dengar khutbah Hari Raya. 

Tahun lepas punya khutbah pun sedih jugak. Tentang pemimpin yang zalim.

Tahun sebelumnya berkenaan masyarakat Palasten yang hidup kelaparan & penuh dugaan dunia. Sedihnyaaa!!! Tiap-tiap tahun khutbah raya mengingatkan kita kepada hak & batil. Benar & salah. Usiiihhhh!!! Dah kenapa Cik Ina story pasal perihal khutbah ni??? 

Okay, kita sambung semula.

Lepas solat raya - bersalam-salaman, bermaaf-maafaan, dihari yang mulia ini. Haaaaa!! Sambil menyanyi. Then kita ketanah perkuburan. Masa ini lah nak bersama-sama membaca Yassin, menyedekahkan kepada arwah abah. Dapat kita berkumpul sama-sama. 

Keluarga Joiii Pahmi je yang ada. Keluarga lain.
Pun tak ada gambar meriah.
Anak jantan, what do you expect?

Ini buat mengacau kucing opah je nie. dirembatnya dengan penyapu lidi. Demee!!! 

Lengkap la jugak. Photostad muka Cik Jah.
Ada le muka Amid disitu. Bhahahaha

Anak Dara's Puan Emak
Makcik, MakYang, Busu
6,5,7
29.31.27
Belum ada calon
Belum fikir nak kahwin lagi

Hahahahah!!
Eventhough kitorang single. Kitorang tetap enjoy our life. Nak balik kg, sukati. Taknak masak sukati, nak keluar, sukati. Nak kemana-mana sukati. Senang cerita, sukati aku la. Haaaa!!!
Nanti bongkak disitu, tapi itulah kitorang. Sukati engkau la nak cakap apa.
Kitorang tetap adik-adik tak matang lagi. Haaaa!!!😆.



Biar mereka tahu. Atuk mereka bersemadi disini.
Sedekah Atuk Al-Fatihah ya semua.

Thats okay for us untuk menziarahi arwah abah di pagi raya. Dikesempatan inilah yang kami bersama-sama dapat membaca Yassin bersama-sama. Selalunya sendiri-sendiri jekan. 

Assalamualaikum Abah.

Semoga abah tenang disana. 
InshaAllah, anak-anak abah sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana. 

Jom menziarahi besan Puan Emak

Itu memang menjadi satu tradisi dimana kita akan mengikut Puan Emak menziarahi besan-besan beliau. Habis tu, kalau mertua Cik Ina belah Selatan sana macam mana pulak? keh keh keh. Takkan gigih Puan Emak nak kesana. Uuuiiihhhh, gigih. Yang bebenornya Puan Emak kaki jalan. 

Ke Slim River menziarahi Opah Slim

Pertemuan Mertua & Menantu Sulung. Ye! Arwah abah dulu Pok Long. 

Sejenis muka photostad.
Baju harapan bertunang 2 tahun lepas.
Puan Emak geleng kepala melihat ragam sang anak yang merepek-repek.

Puan Emak cakap "Takdak gaya macam pelajar phd pun. Selebet je. Senget-senget je". Habis emak nak orang cop dekat dahi ke cakap 'Saya Phd student'. Keh! Gaya, penampilan, cara percakapan memang la. Cik Ina sendiri tak percaya Cik Ina masih belajar. Hahahah!! Ingatkan dah jadi isteri sesapa entah. Rupanya single lagi. Bhahahaha. 

Ahjommmm!!! Beraya bersama #teambujanglagi

Tiap-tiap tahun, mesti pergi beraya rumah kengkawan yang bersalin la. Yang kenduri kahwin la. Dah dijemput, kita pergi la. kenduri kahwin tu sunat muakkad ye. Dah nak kearah-arah wajib bila dijemput ini. Apatah lagi kawan kita kahwin. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid yang bakal dibina. Ewahhh!! Positifnya. Tak sangka. 

Tapi tahun ini kitorang pergi melawat kawan-kawan yang lama tak contact, ada yang baru bersalin. So, inilah masanya. Tahun depan belum tentu dapat melawat lagikan. sekurang-kurangnya hajat tu kesampaian. 



Rumah kedua

Rumah-rumah seterusnya, gambar tak tahu campak mana. Tapi adalah dekat FB, Ig memeber. Malas nak dowload je. Senang cakap aishhh!! 

Okay la. Raya pun dah lama berlalu.

Semoga kita juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan & Syawal akan datang.
Amin. 

Kata Imam Al-Ghazali: Yang Jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATi, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BRBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN. 


No comments:

Post a Comment