Monday, 16 October 2017

:: MINGGU MESRA MAHASISWA 2017/2018 ::


:: Berkesempatan untuk mencoret pengalaman kali ke-3 menyertai Minggu Mesra Mahasiswa ::


Selamat Datang ke Kolej Tun Hussein Onn

Haaaaa, meriah engkau kali ini punya sambutan mahasiswa sesi 2017/2018. Dengan aturcara program yang mantap, pintu automatik & juga team yang hebat, perjalanan yang smooth saja sewaktu pendaftaran pelajar. Rasanya ini adalah kali pertama sepanjang Cik Ina terlibat dengan pendaftaran pelajar. Mana taknya, team felo setiap malam akan meeting untuk melihat gerak kerja dan simulasi sewaktu hari pendaftaran itu. Kita mahu kurangkan simple mistake & kelancaran program yang berkesan. Kita tak nak ibu bapa mengeluh sebab lama sangat urusan pendaftaran.

Nak tahu macam mana caranya pendaftaran KTHO?

Lihat nama di Blue Board. Disitu kita dah siap-siap letakkan No Bilik. Just sebut no Matrik.

Selepas itu ambil kunci bilik

Pergi next kaunter ambil beg UKM dan menyerahkan borang X-Ray.

Selesai. Masuk bilik 30 minit

Selepas itu, pergi ke Bilik mesyuarat untuk mengisi borang maklumat diri secara online & mengambil baju kolej. Maksimum masa sepanjang berada di bilik mesyuarat adalah selama 10 minit sahaja.

DONE! 

See!! Teraturkan. Nak fikirkan perincian dan perjalanan pendaftaran itu memang memakan masa yang lama dengan simulasinya bagai. Penat! Tapi best. 

Sebelum sesi pendaftaran berlangsung, kita selfie sebentar!

Kalau tengok pakai baju F1 Merah itu, mereka adalah Pemudahcara anda. Kami felo pun baju F1 Merah juga. Tapi kami bukan Pemudahcara anda. Kami Pemudah Susah anda. Hahahaha!

Last touch by Pemudah Cara

Bilik memo menjadi bilik utama MEP dan PemudahCara bekerja. Dekat situ la nak mengisi beg, baju, et yang diperlukan. Menjalankan simulasi dan lain-lain. Bilik bekerja la senang cerita. Sampai ada yang tertidur-tidur untuk memastikan semua okay. 

Tuan Belog ditugaskan di Bilik Mesyuarat
Memang Penat habis la. 

Felo Zurina & Felo Awei

Disebabkan kami ditugaskan untuk membuat soalan questionair untuk dijawab oleh Pelajar Baharu, terus tugas menjaga kaunter pengisian maklumat secara online diserahkan kepada kami berdua sahaja. Tahap kepenatan jangan cakap la. Asyik bercakap je dari start mula sampai habis. Mula-mula kena ke kaunter kesihatan. Yang itu senang je nak mengisinya.

Yang penatnya kaunter maklumat diri sebab banyak malklumat kena isis. Selamatlah wifi UKM pun terbaik masa itu. Takda la buffering je! Banyak section pula dekat borang maklumat diri. Maklumat Peribadi, Maklumat Keluarga, Pencapaian Pendidikan, Maklumat BAKAT dan lain-lain. Senang je nak isi, tak ada soalan KBAT disitu!

Soalan dibina oleh Cik Ina & Felo Awei selepas disahkan oleh Prof Pengetua.

Cik Ina seronok bekerja dengan Felo Awei nie, dia seorang yang teliti sangat! Kadang ejaan salah pun dia nampak, kalau Cik Ina..ahhhhhh, malasnya nak betulkan balik. Macam ejaan dalam blog nie la, tau salah, tapi aahhh!! Lantak la. Tapi dalam tesis takdak la malas. Wajib betulkan la. Hahaha!

Dah la kena berdiri & bercakap
Selamat suka!

Selesai hari pendaftaran, tugas felo pun berkurangan. Kita serahkan kepada Pemudahcara pula untuk handle sepanjang MMM. Tapi kami pantau la. Setiap malam kita akan buat post-mortem dan pergerakan perjalanan hari esok untuk ke domain-domain yang telahpun dipilih oleh pelajar baharu. Kemudiannya perjalanan ke DEKTAR & acara setiap malam. Pilihan domain kepimpinan pula untuk kali ini hanya di Kolej masing-masing sahaja. 

Kali ini Cik Ina nampak la kelancaran setiap domain. Tahun lepas macam kelam kabut kan, tahun nie smooth la nampaknya. Kali ini Cik Ina puji la idea VC UKM tentang domain-domain ini. Kali ini pelajar baharu hanya boleh pilih 3 domain sahaja. 1 domain wajib iaitu domain kepimpinan di Kolej Kediaman.

Antara DOMAIN yang disediakan:

Domain Kesukarelawan
Domain Keusahawanan
Domain Inovasi
Domain Kelestarian
Domain Kebudayaan
Domain Sukan
Domain Kepimpinan

Felo KTHO
Reyl, Nida, Zahin, Zety, Amir, Dayat, Cik Ina, Awei

Tahun ini semua transform. Baju Kolej terbaik, lanyard cantik, & mafla kita ! Terbaik. Siap ada yang nak order baju kolej. Menyerlah je bila berada dalam dewan DEKTAR tu haa!! Kita nak beri kredit tu Felo Amir. 

Seharunya diabadikan
KTHO GEMPUR

Slot Domain Kepimpinan

Majlis Ramah Tamah bersama TNC HEPA
Ada je yang persoalkan kenapa duduk bawah! Dont worry. Kami dah mop siap-siap lantai tu. Ada masa mereka duduk di lantai, ada masa atas kerusi. Dan kebanyakkannya atas kerusi. 

Betul. Tak tipu! MMM kali ini memang paling havoc. 

PERANG DEKTAR

Haaaa!! 

Kita NO 1

Ye benar lagi dibetulkan. Kita memenangi Perang DEKTAR sesi ini. Dah lama tak menang. Tahniah kepada semua yang bertugkus lumus memenangkan KTHO tahun ini. 

Nice view

Tempat wajib bergambar

Barisan PemudahCara yang seronok je! Maybe tahun ini mereka enjoy sangat-sangat jadi Pemudahcara kot! Cik Ina pun tak faham kenapa deorang over sangat MMM kali ini. Semua dekat sini majoritinya kali pertama menjadi PemudahCara. 

Banner Selamat Datang dari Pentadbiran Kolej Tun Hussein Onn
Gambar diatas adalah Staff KTHO
Gambar dibawah adalah barisan Felo Kolej Kediaman

Banner dari Majlis Eksekutif Pelajar KTHO

Official

Prof Pengetua

Perkenalkan Pengetua Baharu Kolej Tun Hussein Onn. 
Prof. Madya Dr. Norinsan Kamil Othman. 

Timbalan Pengetua

Timbalan Pengetua baharu juga. En Hukil Sino.

Kedua-dua pentadbiran tertinggi merupakan pensyarah kanan di UKM. Dan sangat dihormati. As a felo, Cik Ina rasa berbangga sebab dipertemukan dengan dua orang yang sangat hebat dalam berorganisasi & mempunyai banyak idea untuk memaju & memakmurkan Kolej Tun Hussein Onn.
Yang sebenarnya tak sabar nak menjadi sebahagian daripada peserta NLP. Hahaha!




Lasty cheers selepas memenangi Perang Dektar





Sekian!

Minggu Mesra Mahasiswa melabuhkan tirainya.

Sehingga bertemu lagi.

Bye. Bye. 

No comments:

Post a Comment