Friday, 13 October 2017

:: Malam Anugerah Pelajar Ke-20 ::



:: 2 Dekad Mencipta Kenangan ::

Uuuiissshhhhh MLA, dinnernya dah lama 14 Mei 2017 haritu. Sekarang dah bulan 10. Matlamat sangat nak cerita masa ini. Tapi yelaaa!! Dinner untuk kali yang ke-3 untuk Cik Ina sepanjang bergelar Felo Kolej Kediaman. Entah tahun ini merasa lagi ataupun tidak. Harap-harap diberi kesempatan untuk join dinner sesi 2017/2018 ini kan. Hurmm!! Rasanya ini dinner kolej yang best evahhh sepanjang 3 tahun disini. Sebab tema, makanan, backdrop, photobooth et al yang disajikan. Tahniah buat Team Nasruddin. High 5. Ewahh!!!

Tema: Winter Wedding (20 Tahun Mencipta Kenangan
Warna : Biru pastel, Pink Pastel & Cream Pastel

Uuuuuu, Wedding sangatttt dah tu!!

Cik Ina tak ingat la makan apa semua. Yang simpanan gambar pun tak banyak lepas format laptop. Acecehhh!!!Tapi macam ini sikit sebanyak layout kedudukan meja kerusi, kedudukan pentas, meja VVIP, VIP, jemputan luar & penghuni Kolej Tun Hussein Onn yang boleh memuatkan seramai 750 orang dalam DEKTAR ni. 

MEP Nad, Felo Zurina & MEP Faz

Ini dua ketul manusia yang paling hampir dengan Cik Ina sepanjang menjadi MEP. Faz memang la, dah Cik Ina memegang portfolio Pembangunan Akademik & Inovasi. Seharusnya Cik Ina kena rapat-rapatkan saf dengan si joren Faz. Nad pula Cik Ina akan tengok-tengok dari jauh. Haaaa!! Buat program kerohanian banyakkkkk sangat. Tu yang boleh menang Anugerah Kelab Teraktif Kolej.
Dua ketul ini kalau tak pot-pet, pot pet tak sah. Buktinya sampai sekarang, ada masalah dalam sistem istar UKM, nak daftarkan AJK-AJK tu Kemahiran Insaniah + Citra UKM la. Ehh!!! Penat pulak nak cerita pasal Pusat Citra dengan PPMPA nie. Pening Cik Ina. Hopefully, korang punya masalah istar, KI & Pusat Citra selesai. Cepat-cepat la. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya MAP 20 ada dua slot. Slot FORMAL & INFORMAL.

Dalam slot FORMAL haruslah ada nyanyian lagu VArsiti Kita, kata alu-aluan, Ucapan perasmi, gimik et al. Macam dinner kolej lain juga la. Ada persembahan nyanyian artis, tayangan, dan acara yang dinanti-nantikan. Jeng jeng jeng!!!
.
.
.
.
.
MAKAN
.

.

Tahun ini terdapat beberapa penambahan untuk Anugerah-Anugerah Khas. Antaranya

Anugerah Dekan
Anugerah Cemerlang Sains
Anugerah Cemerlang Sastera
Anugerah Sukan
Anugerah Kebudayaan
Anugerah Keusahawan
Anugerah Kelab Teraktif Kolej
Anugerah Program Terbaik
Anugerah Tokoh Pelajar

Untuk slot INFORMAL. Ada juga Award:

Anugerah Blok Tercantik
Anugerah Aras Tercantik
Anugerah Bilik Tercantik
Anugerah MEP of The Year
Anugerah Felo of The Year
Anugerah Staff of The Year
Anugerah Khas Pengetua
King & Queen of The Night

Punya banyak awardddddddd. 😁
.
.

Cik Ina pun dapat juga award! Tak sia-sia hasil usaha KEJUARA sampai berkampung di SMK Dato' Seri Maharajalela 3D2N. So, we all dapat Anugerah Program Terbaik (Gangsa). Walau tempat ketiga! Ia meninggalkan kenangan manis u olss. 


Memang tak ada saya di gambar tersebut. Saya nak menangkapkan gambar tersebut. 😋

Cik Ina senyum berpanjangan. Rasa beban yang dipikul langsai sekaligus berjaya melaksanakan tanggungjawab nan satu ini. Rasanya ini kejayaan Cik Ina yang harus diingati. Ingattttt sangat. Thanks to MEP Faz. Eh!!

Sebahagian Team KEJUARA

Habis dinner panggil Team KEJUARA, ada yang tengah bergambar sebab menang awrad lain pula. Ini adalah sebahagian dari kesayangan. Happy! Sangat!

Dinner MAP 20 ini penutup untuk semua program kolej untuk sesi 2016/2017.

Langsai jua tugas & tanggungjawab memegang amanah Kolej.


Okay. Jom pergi pelamin sana pulak.
Banyak pelamin nak pergi nie.

Ini team adik-adik yang suka ketuk Teratak Asmara 316. "Kak Ina, buat apa tu, jom masak". Eh! Eh!. Motif sangat. Cik Ina ingat lagi, zaman mula-mula Cik Ina jadi felo. Ada felo yang pernah bercerita macam ini. "Zaman kitorang jadi JAKSA dulu, kitorang takut sangat dengan felo sampai kalau lalu depan rumah felo tukan, kitorang senyap-senyap sebab takut kena panggil. Nak ketuk pintu pun bagi salam slow-slow. Mungkin sebab kita ni Kolej Palapes. Felo pun kitorang tak pernah tengok muka dalam mesyuarat. Sekarang nie dah lain, felo dah macam geng-geng je dengan penghuni."

Hurmmmm!! Betul la tu. Zaman dulu terapan nilai takutkan felo  tu tinggi dalam kalangan pelajar dulu. Sekarang tak mungkin kot method macam tu kita gunakan. Kalau taknya memang penghuni takut la dengan kita. So that, nak buat program ke, nak minta kerjasama dari mereka pun susah la. Lagipun felo dulu banyak dalam kalangan orang besar-besar Palapes & Tuan Tuan Palapes.  Dan Cik Ina percaya, bila mana kita berbaik dengan semua orang, semua orang tu pun akan berbaik dengan kita. Tak gituhhh!!

Hikssss!!!!

Okay cukup tazkirah. Sambung semula.


Ye! Ye! Betul. Betul.
Tengah cari Cinta Hati dekat mana. Tu pandang bawah tu.

Tahun Ke-3 menjadi FELO Kolej Tun Hussein Onn,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Memegang jawatan:

Timbalan Felo Kanan, Kolej Tun Hussein Onn sesi 2016/2017
Pemangku Felo Bendahari
Portfolio Majlis Eksekutif Pelajar Pembangunan Akademik & Inovasi
Kejuara

#gilajawatan
#fefelosmeletopKTHO

Alhamdulillah.

Sesi 2017/2018. 
Jadi Felo penghuni biasa sahaja. Fokus Tesis pula ye!

Doa-doakan Tesis Cik Ina in the right path dah nie haaa!!

Amin. 


No comments:

Post a Comment