Monday, 16 October 2017

:: KEM PEMUDAHCARA MINGGU MESRA MAHASISWA 2017/2018 ::



20 - 22 Ogos 2017

Hai ! anneyong !

Kem Pemudahcara kali ini ramai penyertaannya. Hampir 400 orang pemudahcara di setiap Kolej kediaman di UKM. Kali ini kita tak buat dekat luar. Kita buat dalam UKM sahaja. Dekat Dewan gemilang. Jadi felo-felo Kolej Kediaman semua diwajibkan untuk menjadi fasilitator bagi kumpulan-kumpulan yang dipecahkan. Tapi bukan sepanjang masa la. Kita dah bahagikan mengikut slot. Jadi ada felo yang tak perlu hadir pada slot yang bukan menjadi slot pilihan mereka. Cik Ina datang pada slot 1, kedua-dua malam diwajibkan kepada semua felo, petang Ahad & pada Majlis Penutupan Kem Pemudahcara. 

Kira tiap-tiap hari la turun padang, tapi ada slot-slotnya sahaja. Perform merecik engkau fefelos KTHO tahun ini. Haahahahah!! Kena paksa ke tu? Hiksss!! I ols ikhlas tau. I rasa bersalah kalau tak jengah muka sebab I Felo berdaftar UKM. Ada elaun yang I terima. Walaupun I felo belakang tabir je, tapi I usaha la untuk bersama-sama ada dimana sahaja. Haaa! propa.

Pemudahcara Kolej Tun Hussein Onn sesi 2017/2018

Sebenarnya dah lupa banyak dah pasal Km Pemudahcara ini. Almaklum la dah banyak sangat slotnya. Tapi yang tak boleh lupa Senaman Tarian. Memang menari sungguh la. 
Haaa!! Kalau yang macam itu Cik Ina suka. Yang jenis keluar-keluar peluh ini haa. Mantap!

Cik Ina kena jaga Kumpulan 2

Rest time!

Hari pertama mereka diwajibkan memakai baju T-Shirt & Tudung Putih. 

Malam Tunnel &Bendera 

Penat tau. Cik Ina ingat lagi Kem PemudahCara di Kuala Lipis, Pahang dahulu. Yang ini yang ramai koyak. Yang sebenarnya tak sama langsung dengan yang dekat Lipis dulu. Cabaran lagi tinggi di Lipis sampai yang menangis pun ada. Yang dah tak larat pun ada. Masa di Lipis kita ada instructor dari luar. Memang garang gila. Deorang takut punya la.

Kali ini fasilitatornya dalam kalangan felo! Apa sangatlah kegarangan fefelos UKM ini. Hahahah!! Semua pakat acah-acah je nie. Yang tunnel pun deorang gembira je mencium jalan tar tu! Kalau tak, takda la gelak-gelak. Eeeehh!! Kalau Cik Ina memang tak nak la. 

PERMAINAN TUNNEL

Cara permainannya bukan mudah sebenarnya. Masukkan guli dekat dalam pvc paip yang disedikan. Kita dah potong siap-siap. Semua peserta wajib pegang sikit dekat paip pvc tu. Kena buat sambungan bila guli tu nak lalu. Kalau jatuh, ulang semula. Penatkan. Ini sebenarnya untuk melihat kerjasama antara pasukan dengan hanya mendengar arahan ketua sahaja. Sebab ketua je yang boleh bercakap. Yang lain kena senyap. Dengar je bunyi, Down Down Down!! Mean ko kena menirap atas lantai tu haa. Hidung kena cecah ke jalan Tar. Dengar macam kejam. Tapi tula!

NAIKKAN BENDERA MALAYSIA

Sepatutnya peserta kena bina tiang bendera dahulu menggunakan paip pvc yang telah diberikan tadi. Konsepnya tak boleh gunting tali rapia yang diberikan. Ikut la cara nak ikat macam mana dengan sebanyak mana tali rapia yang diberikan. Pandai-pandai la dengan 5 meter paip pvc tu haaa. Jangan jatuhkan bendera yang berkibar tu selama 5 minit, kalau jatuh naikkan balik tegak-tegak. Jadi dekat sini kita nak tengok kreativiti peserta. Macam mana caranya mereka nak naikkan bendera tu? 
Susah ke? Tahun lepas ye susah! Dengan kawasan berbukit, angin yang kuat waktu malam, dengan batang paip pvc sebanyak 10 meter, tali rapia yang sikit dan tak boleh potong. Memang mencabar.
Yang kali ini mudah. Tak ada syarat, janji bendera berkibar. Thats all. Honestly, I lebih suka yang dekat Lipis. Hiksss!!😊

Felo KTHO
Reyl, Zahin, Cik Ina, Amir & Awei
Kumpulan 2 dengan namanya SAMTASTIC

Ikut la adik-adik oiii. Cik Ina tengok je korang buat apa. Pandai-pandaila nak bincang macam mana apa kaaa!! Haaaa. 



Call me Kakak Felo
Kak Ina

Cik Ina sayang KTHO. Sayang sebab banyak mengajar Cik Ina berurus tadbir dan menyelia program. Selalunya berurusan dengan orang luar bukan mudah. Tapi bila dah lama-lama, dah jadi lali dah. Menjadi seorang felo kolej kediaman bukanlah satu tugas utama Cik Ina. Namun, sampingan inilah yang banyak mengajar Cik Ina. Bangga? Haruslah. Kalau tak, tak jadi felo hampir 4 tahun dah. Tak tahu nak perjelaskan macam mana yang dimaksudkan dengan 'belajar banyak benda' itu, just me and myself yang faham. 

Jadi, Cik Ina harus berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia & Kolej Tun Hussein Onn.

Hashtag BANGGA. 

No comments:

Post a Comment