Monday, 16 October 2017

:: JOM, MAKAN KENDURI ::


:: Memenuhi Undangan perkahwinan rakan Cik Riya ::

Ini kisah kelakar. Kitorang tak tahu pun dekat mana Puri Buana Garden Wedding tu dekat mana. Siap cakap dengan Cik Riya, 'Hurmmm!! nampaknya kena bukak waze la kita Ya oii. I tak tahu ni mana tempat nie, tak pernah dengar pun Puri Buana. Puri Pujangga I tahu la, dekat UKM tu haaa! Hahahha'. Makanya kami berdua berhuhuhuhu dalam kereta. Bukak waze, beliau pun menyuruh kitorang masuk eksyen 15 (Pasar Malam Selasa), ikut jela! 

Eh! Eh! Nie nak ke Balai bomba nie. Eh! Eh!.

Lahhh!!

Puri Buana tu sebelah Ana Petai Ikan Bakar jela!

Berdekah-dekah la kami bergelak. Lahhhh. Dari UKM ke Ana Ikan Bakar tak sampai 5 minit pun. Hahahah! Itu la kan, haissshh. Pernah sekali macam tu jugak. Nak pergi kenduri ke Kajang je! Sebab tak tahu tempat, entah waze nie mengajak kita masuk ikut kawasan perumahan mana entah. Bila tembus dekat laluan biasa kita lalu. Lahhhh!! Waze nie pun. Bukan boleh caya. Tapi kena guna jugak.

Okay, itu la kisah kelakar kami.

Tolong la gelak.

Pergi Berdua sahaja

Makanannya banyak weh! Tapi apakan daya. Terpaksalah makan banyak! Hiksss.

Menantikan pengantin bersantap. Kita selfie sekali dua

Dan kelakarnya lagi. Kitorang tak ada gambar dengan pengantin. Ada dalam kamera photographer. Dekat Cik Ina punya hp entah kemana. Haaaa, itu kelakar. 

Tempahan baju dekat Kak Jie
Sesiapa berkenan boleh terus ke Kolej Zabaa
Lepas ini tak boleh dah cakap tak tahu mana Puri Buana tu haa!!

Ke Warta mencari Barang dapur

Walaupun pergi kenduri kahwin, barang dapur dalam peti dah kosong. Wajib la mengisi. Almaklum la, tekak macam buaya, nganga je bila kena suap. Haaa! Bukan membela ye. 

Next kenduri kahwin PLEASEE!!!

👪



No comments:

Post a Comment