Sunday, 15 October 2017

:: IKAN BILIS PETAI MENAHAN RINDU ::


:: Kesedapan yang mengiurkan ::

Sebabkan teringin yang melampau, boleh pergi cari petai dekat pasar malam. Ikan bilis memang dah ada dah. Import jauh dari Pulau Pangkor engkau! Ewaahhh!!! Sebab keteringinan yang melampau, kita makan dua hari berturut-turut sebab masak yang banyak.  Cik Ina siap share dalam FB group Masak Apa Hari Ni (MAHN), uuuuiiiihhh! Semua puji sedap walhal tak makan pun. Cik Ina kalau dalam group tu kan  memang suka melampua-lampau. Kalau nama makan-makan, memang gembira. Tengok gambar pun dah mengiurkan. Eh!! Siap puji bersungguh masakan sendiri. Ate, sapa lagi nak puji? Tak gitu!

Bahan-bahan Ikan Bilis Petai Menahan rindu

Ikan Bilis sepeket
Petai RM10
Cili Merah 
Bawang Putih
Bawang Merah
Sos Ikan
Garam
Gula
Secukup Rasa

Ikan Bilis Petai

Cara Penyediaan.

Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, cabai, garam, gula, secukup rasa, kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng sebentar tadi. Lastnya masukkan petai yang banyak dan bertimbun tu. Kacau dua tiga kali, lepas tu tutp api. Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas. Nie kalau mak mertua lalu, jangan lupa jemput makan sekali. Mesti dia akan cakap "Eh, baiknya menantu aku. Tapi adakah anak jantan aku makan nie je?" Kata emak mertua! Hahahaha. 

ini tips untuk memastikan bilik air wangi! Lepas membuang tu, jirus dengan air panas, lepas tu siram dengan klorox sikit. Done! Cik Ina bilik air sendiri, tak share. Jadi, lantaknya le. Cuma tak tahan le. Busuk baunya. Hahahaha. 

Okay la. Ingat nak buat sambal tempoyak petai ikan bilis. Walaaweehhh!!!


No comments:

Post a Comment