Thursday, 2 March 2017

:: Kisah KADS1M Debit ::


💬💬💬

?????

Tabung 50 sen Cik Ina tak akan pernah penuh


Semangat betul hari ini nak buat assignment page 14-28 . Lepas tu teringat 'Eh, aku tak daftar lagi online KADS1M (Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia) yang tentunya dapat RM250. Haisshh, nama lagi student tegar. Mana nak dapat BRIM ke apa ke. Family sorang pun tak dapat, tinggal la Cik Ina jela yang masih lagi mencari-cari lubang mana kot-kot boleh la beli buku ke apa ke. Baucer buku tahun lepas pakai habis tu pun siap tambah RM140 gitu untuk buku analisis yang tak bukak-bukak lagi plastiknya. Hikss!!.

Kenapa kita kena buat:

Sebab

3 in 1. Kad Debit, Kad ATM & Kad Diskaun

yang ciri-ciri lain macam berkonsep syariah, takdak riba atau gharar, lain-lain keistimewaan tu. Tu semua kad pun macam tu. Yang pentingnya hangpa p buat dulu. Isi online terus dekat www.bankrakyat.com.my/bppt - semak status permohonan melalui email - kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk tuntut KADS1M Debit tu. Susah ka?

Tapi, Cik Ina bukan nak cerita pasal KADS1M Debit ini. Bukan juga nak cerita pasal 'kebaikan kerajaan' sebab bagi RM250 kepada kami-kami ini. Tapi nak cerita pasal mentaliti. Mentaliti bukan pelajar sekolah menengah, bukan pelajar matrik / STPM / STAM mahupun DIPLOMA. Bukan juga pelajar Degree mahupun MASTER. Tapi seorang pelajar PhD. Seorang je. Tak ramai okay. Sorang je!!Kononnya!! Yang banyakkkkk sangat mengomel pasal itu ini. 

Bagi hang yang memang anak orang kaya, apa sangat la RM250 tu. Cik Ina yang dah 3 tahun jadi felo KTHO, dah macam-macam perangai adik-adik Cik Ina tengok. Yang tak mampu nak makan, yang makan nasi bujang je, yang hanya boleh beli nasi dengan sayur je. Yang beli nasi dengan ikan, bahagi 2 pulak tu lepas tu. Hang memang tak tahu sebab hang datang penyeliaan berkumpulan naik kereta buatan Malaysia. Bagi kami-kami ini, RM250 boleh buat makan 2 bulan ke 3 bulan. Sebab nak berjimat punya pasal.

Suruh pi online. Bukannya beratur pergi isi borang. Hadoiii!! Sejenis manusia yang sentiasa hebahkan vibes negative. 

"byk kerja sungguh..mcm xnak bg jer...." ' Kakak tegar

Itu ayatnya!! Banyak apanya. Hang melepap atas katil, bukak link yang Cik Ina bagi tu, sambil makan kruppkrappkruppkrapp hang boleh isi kaknon oii. 

"Baik sungguh kerajaan sekarang....sbb tu ramai orang bukan warganegara nak jd rakyat Malaysia. Mana tau esok2 lahir anak kt Malaysia..buka mata jer blh buka akaun simpanan bank rakyat. Nama pun bank rakyat" - Kakak tegar.

Ya Allah kaknon, sampai gitu sekali kaknon punya negative vibessss!!!

Apa rasa Kak Kiki, Abg Athur & rakan-rakan Phd yang lain yang ada dalam group tu. Kak Kiki ada melahirkan baby comel dekat Malaysia. Dia tak pula kata nak jadikan anak dia rakyat Malaysia ke apa ke. Dia hantar anak dia dekat sek swasta lagi. Motif sangat. 

Boleh tak kalau sesekali kita tolak fahaman politik. Kita kekalkan minda, jiwa dan raga hanya untuk ilmu. Sebab ilmu tu nilainya mahal. Berjuta pun tak mampu nak didik & membersihkan hati kita dengan ilmu. Sebenarnya lagi banyak kita belajar, sepatutnya mengajar kita untuk lebih husnuzon dalam mengeluarkan kata-kata. Bukan membahan pada yang tak pasti. Apa tujuan utama kajian? Untuk menyampaikan sesuatu.

Kalau hang pun fikir buruk sentiasa, macam mana hang jadi pendidik satu masa nanti? Kalau anak Cik Ina belajar dengan hang, tak tahu la macam mana nak cakap. Minta dijauhkan. Bukan sebab hang banyak mengomel itu ini, tapi sebab hang asyik hebahkan ion-ion negative dengan orang. 

Penyudahnya, kalau hang rasa susah sangat nak buat KADS1M tu, hang takyah buat!! Lagi ramai lagi yang memerlukan dari hang. hang kan mampu.
Bagi pada anak-anak miskin nie nak pakai duit tu untuk kelangsungan hidup di bumi yang makin mencabar ini. Hang hidup la dengan angkuh sombong tu. 

Tapi pelik !!

Setiap apa yang orang maklum, hebahkan, bagitau, share!!

Hang mesti nak komplen.

Apa hang ada masalah hati ke???

No comments:

Post a Comment