Thursday, 2 March 2017

:: Ami & Rizam = Kahwin Dah ye! ::


πŸ’“

Kalau meeting Kolej malam-malam , mesti minah nie lewat ! Lepas tu dia tak da la lain "Ina, cantik tak yang ini? Okay tak? Lawa tak? Aku tak boleh decide". Hikss!! Cik Ina layankan. 'Lawa yang ini, ini sesuai. Masuk la dengan ko, ko kan putih. Ko nak tema apa'. Haaaa !! Memang orang kalau nak kahwin dia punya topik perbincangan pasal hal kahwin je ye? Haipp!! Cik Ina takdak calon lagi, so tak feel la. Tapi bila tengok macam-macam jenis pelamin! Harap pelamin anganku tak musnah la ye. Hikss!!

Dua-dua sombong, ekkk!!

As a bff kolej merangkap kawan sek Ting 6 , Cik Ina, Puan Dila, mami Ya & Fiqa excited la nak pergi. Yela!! Kalau kitorang tak datang macam pelik, eh!! Yela, lepas kahwin Ami tak jadi 'Fefelos Meletop KTHO' dah ye. Dah tak ada kawan karaoke tetengah malam tu, tak ada dah kaki rempits balik kg lepas Subuh sebab taknak jem!! Konon. Tak ada dah kawan lepak makan-makan tepi kedai car wash tu semata-mata tunggu ketanya siap dipolish!! Tak ada dah la lepas ini cakap 'woi Ina, jom balik kg!'. Haaa!! Jam 2.30 am pun kitorang lenjan balik kg kalau nak balik. Gigih pulak rasanya.

Tapi, itu semua kenangan yang menyeronokkan. Nanti dah ada cucu boleh cakap ' Dulu tok Ami tu dulu 1 sek dengan opah, tapi opah dulu kerek je! Kaki tidur dalam kelas. Mana nak bermasyarakat. Hahaha'. Nampak tak?

Well said, dia dah kahwin. Cerita kahwin dia pun dah basi dah. Tapi baru nak up entry la sebab pagi nie macam ada masa je nak flashback  story lepas-lepas. 
Eh! Terpanjang pulak mukadimmahnya hari ini ye!!

Okay. Jom!!
KL mari hadiah ni tau

Kitorang bertolak Jumaat tengahari gitu! Sampai senja kot!! Yela, ada je persinggahannya. Ami ada booking homestay tapi tak tergamak pulak. I ols nie orang Changkat Lada, apehal la pulak nak berhomestay dekat kg sendiri. Itu aje yang ye!! Call Alang tanya kunci 'Rumah Cantik' dekat mana. So, Cik Ina decide dah ramai yang join, tidur rumah Alang la. Alaa, belakang Sek Dato Sagor tu. Berderet 1 kawasan tu rumah cecikgu belaka. Okay la. So, privacy banyak la.

Yeyeh!! Kita belum lagi

Malamnya, Ami akad nikah. Sedih sangat moment ini. Kitorang duduk dekat tepi ramai-ramai. Ada la Kak June (PA YB), ada PA-PA yang tentunya Cik Ina tak kenal mana. Hikss!! Kenal Kak June jela. So, kitorang kata nak tunggu sampai selesai akad nikah. Sedih je dengar. Eh! Sedih kenapa pulak. Orang happy la. 

Lepas tu, kitorang makan. Yeyehh!! Makan sup tulang! Memang itu la yang dinanti-nantikan sebab orang jawa kalau masak sup tulang memang terangkat kot!! Sanggup taruh perut. Ada sup kaki ayam jugak. So, kita makan slow-slow ye! Lagipun 'malam masih muda'. Hahaha!! Selesai semua, balik rumah Alang. Kroohhh!!! Kroohh!!.

Keesokkannya!

Bangun - iron baju - bersiap - sampai - makan

Suka ambil tema kita. Kita pun tema kuning tau. πŸ˜‰

Haaa!! Gitu!! Pergi jumpa Ami. Wooo! kuning kau. Cantik.

Penjoren-joren Cik Ina

'Weh, doakan aku pulak ye. Hikss!! Sempat selitkan ayat berharga itu. Haaa.

Kekitorang yang makan bertambah

Tunggu majlis sampai selesai. Dengarlah Dato' A. Rahman nyanyi lagu sedas dua. Lepas tu Dila pulak nak menyumbangkan sedas dua lagu. Aje yang ye kata orang Perak. Cik Ina, haaa memang tak la. I ols pemalu. πŸ˜†.

Pelamin Ami & Rizam

Photobooth dibelakang. Tak tahu kenapa kitorang melindunginya. Alaaa
Okay la. Selesai. 

Tinggal la Cik Ina je yang masih bersungguh menjadi seorang Fefelos Meletop KTHO
Deorang dah tinggalkan Cik Ina dah!! Hikss!!
I ols tak boleh move on.
KTHO dihatiku

Ami dah angkat barang semua dah. Tinggal Dila la. Yelaa!! Dia pun dah move on! Nak bekerja di SUK Kelantan dah. Cik Ina? Well, selagi hidup dengan #tesisfie, selagi itu la. Mana pulak nak move on kemana. Itulah jiwa & ragaku buat masa ini. Life ketika ini #HECTIC sangat. Hikss!!

Doakan Cik Ina habis study cecepat ye!

Tak sabar oiii. Nak sarung 'Baju Merah'.

Sebahagian Fefelos Meletop KTHO
Felo Yap, Felo Reyl, Cik Ina & Dila
Haaaa. Apa feeling-feeling ni. Jom set date!!

Apa guna banyak group wasap "Geng Karok" tapi tak bersosial ni. Kata nak celebrate birthday sampai kesudah angan jela ! 

Okay la. Tamat!!


πŸ’“Tahniah Ami & RizamπŸ’“


No comments:

Post a Comment