Tuesday, 21 February 2017

:: Trip SKSP ::


Trip Sek Keb Seberang Perak

Dedek Leesya yang kuat menjongket

"Makchik, awak nak ikut mama pergi trip sek mama. Bye-bye Makchik" - kata dedek Leesya.

"Eh!! Motip sangat nak tinggalkan Makchik ye. Kalau tak ada Makchik, perjalanan korang akan jadi hambar sehambarnya sebab tak dak Makchik kompem tak best!!" 

Terus pecut balik kg. Esoknya gerak ke Marina Island Pangkor Resort.

Haaaaa!! Nampak tak tu. Dengan Puan Emak sekali join bermalam di sana. Alaaaa, bukan la tak merasa tidur di hotel, tetapi sengaja nak memeriahkan suasana. Gempak sangat!! Mak Yang dan Puan Emak sampai ptg sebab buat apa pagi-pagi sangat. Lagipun Puan Emak bukannya nak kemana. Tempat wajibnya pergi beli ikan bilis, belacan, ikan masin Lumut. Tiap bulan wajib ke Lumut. Acane tu?

Kitorang bertolak pagi. Park kereta dekat parking Marina Resort , naik bas nak masuk ke TLDM. Nak masuk je dah kena tunggu dekat sejam. Gituhh kau. !
Selesai mendaftar 3 bijik bas tu kan, masuk la kitorang. 

Galeri Panglima Tentera Laut

Nama lagi Galeri kan . Tak sebesar muzium la ye. Galeri Panglima Tentera Laut ini menjelaskan beberapa pangkat & orang kenamaan dahulu yang mendapat tittle & seterusnya mengharumkan nama Tanah Melayu masa itu. Ada jumpa monumen-monumen / pingat lama yang kita baru tengok masa tu, maknanya sebelum ini tak pernah tengok la.

Tak besar pun, buat bulatan 0 je. Dah selesai. Keluar la.

Puteri , Makchik nak beritahu dekat awak yang dekat dalam ini tertanam kpsul masa TLDM, nanti kapsul ini akan dibuka semula pada tahun 2030. Masa tu Makchik dah tua dah. Hikss!!

Kalau dah namanya cecikgu pun bawak anak kecik-kecik baru Sek Rendah , dedeme nie bukannya nak duduk lama-lama dalam ni. Janji masuk je. Yang tak masuk pun ramai. Selalunya cecikgu lelaki la. Duduk tengok pelatih sedang berkawad dekat padang kawad sebelah sana nun. Hurmm!! 

Buah Hati. Yang hujung tu Aida Dayana. Anak Cikgu Wan

Maskas Udara TLDM

Tak pasti apa yang Cik Ina buat dekat sini, tapi kiddos suka la naik. Apa tah abg navy nie dok pot pet-pot pet cerita , yang Cik Ina ingat la sampai sekarang 'kelajuan helikopter ini kan depend on kapasiti orang dalam tu'. Hahahah!! Maknanya tak boleh bawak ramai-ramai la ye. 

Kitorang sempat bergambar

Best sebab dapat tengok dekat-dekat. Gituh!! Selalu dengar bunyi heli atas bumbung rumah, macam dekat je. tanya la ada kecemasan ke yang bawak nenoneno macam tu. Abg tu cakap 'yg tu tengah latihan tu'. Oooooooooo!!! Berjemaah la Cik Ina dengan kiddos ber Oooooooo nya. Hikss. 😛.


Suri Hati Mr Pilot

Nie namanya salute sambil tutup mata. Menghayati sangat perasaan tu kan. Dulu kan, alaaaa sampai sekarang pun Cik Ina memang suka dengan orang yang berunit-uniform nie tau. Kalau ikut skala markat 3 kan,

1 ( Biasa sahaja) - Askar
2 (Suka) - Polis
3 (Sangatttttt Suka) - Navy.

Yeh!! Hahaha. 

Kaklong Anje dengan Dayana dah Form 2. Cepatnya masa berlalu
Nyaris la korang ni anak Cikgu, boleh la jumpa selalu. Kalau-kalau mama korang buat program sek. Nie masing-masing terperap je dalam rumah layan Hanguk (Korea) sangat!! Tak faham Makcik dengan korang berdua nie. 

KD Hang Tuah

Naik pun sebab nak tengok-tengok apa ada. Okay! Dah tengok. Cuma Cik Ina ada persoalan bagi civilian macam Cik Ina nie la kan. "Macam mana Heli nak mendarat atas Kapal nie? Dah ada logo H menandakan kawasan mendarat, tapi kalau ada palang besi ni tak ke tak boleh nak mendarat. Ooo, rupanya palang besi ini fleksibel, boleh bukak pasang balik. Sebab tu la ada jaring-jaring tu ye. Ooooo!! Still Ooooooo tu panjang. Sebab baru tahu. Hiksss!

Jalan kaki je nak ke KD Hng Tuah tu😉
Berangin je kalau jalan kaki tu. Angin sepoi-sepoi gitu kau. 


Cecikgu SKSP
 Cik Ina tak kenal sangat dengan cecikgu SKSP ini. Ada la 2 3 4 5 orang yang selalu hantar anak deorang ke rumah, kelas malam BI dengan Alang. Sambil-sambil tunggu menyembang la. Yang tu kenal la, yang lain tu takat tau nama la sebab Alang banyak cerita pasal sek. Pejam celik ko Alang dah hampir 13 tahun dah mengajar sek ini. Tak rasa nak pindah ke? Hikss!!

Komplek Pernama TLDM

Oooo, itu la kompleks nya. Okay. Jom bowling tournament. 
Busu main, boleh la dapat no!! Kalau harap Cik Ina, boleh menang jugak, pemenang masuk longkang jela. #SukanBukanJiwa.

Malam Dinner SKSP di Marina Island Resort

Malam dinner tak ada gambar. Hujan lebat, memang tak duga la kan. Kita just merancang. Band nyanyian pun alahaaiii!! Apatah lagi MC nya Pelawak Maharaja Lawak Mega dari Kedah tu sapa entah namanya. Tak kenal sebab Cik Ina tak tengok MLM tu. Cik Ina just memberi cadangan la lain kali cari MC informal yang tahu informal la. Pelik betul la MC dia. Hahaha!! 

Makanan,  banyakkk!! 

Makanan hotel. Sedap la kalau dah lapar. Tambah lagi hujan. 😋.

Okay, jom tidur. 

Eh!! Nak balik dah. Bye.

Tapi, nak singgah Lumut dulu, beli Puan Emak punya ikan masin ajaibnya tu. Puan emak muka mesti happy. Sebab ikan masin tu faberet kitorang tau. 
Okay la terasa nak masak ikan masin nenas gulai lemak la pulak. Hahahah.

K bye. Nak sambung Bab 1 semula. 


Sapa cakap gemuk. Siap la. 😏

No comments:

Post a Comment