Tuesday, 14 February 2017

:: Koperasi Gemilang KTHO ::


'Dalam Penubuhan'

Fuhhh !! Rasanya yang paling hectic sepanjang menjadi seorang felo KTHO adalah untuk menubuhkan satu koperasi kolej. Bayangkanlah , Cik Ina bukanlah siapa-siapa yang tahu tentang prosedur itu ini tentang cara menubuhkan koperasi. Tiba-tiba nama kita naik, "okay, Ina cuba try contact SKM (Suruhanjaya Koperasi) okay. Cuba semula permohonan sekali lagi. Kisahnya sebelum ini adalah seorang individu yang katanya 'pandaiiiiiii sangat nak menubuhkan koperasi, dalam masa sebulan dah boleh setel semuanya'. Atas tiket percaya, KTHO tanpa teragak-agak membayarlah sejumlah amaun yang diminta. Maka buat la kita MAP (Mesyuarat Agung Koperasi). Rupanya MAP ini kan lasssssssttttttt sekali bila mana proses-proses sewaktu penubuhan selesai. Dah kenapa mula-mula dah buat MAP? Masa itukan, call tak angkat, mesej tak reply, lepas tu kan En H* tu datang office, muka macam balak mati je. Sebabkan dia. Kita pulak yang kena marah. Geramm!!!

Dah tu, En H* (Okay la, bagitau jela nama dia. En Harisi) ni kan selalu introduce diri dia "Saya Dr Harisi". Perghh!! Mangkuk. Dia tak tahu ke? Nak siapkan proposal pun makan masa 9 bulan. Itu belum lagi dengan masalah-masalah kemudian hari. Siapa percaya dengan En Harisi ini memang BM dia Gred F dulu. Hahaha!! Eh! Eh! Marah pulak kita kan. 

Okay! Okay! Kita mulakan penceritaan semula. Yg tadi tu mukadimah. Pengajarannya, jangan mudah percaya dekat orang walaupun senegeri! Harus letakkan diri dalam keadaan berwaspada. 

Kali ini biar Cik Ina handle dari A - Z. Kalau gagal penubuhan koperasi ini, maknanya GAGAL la Cik Ina. Kalau berjaya, mohon kreditkan nama Cik Ina ye. Jangan la pulak puji manusia lain. Dah duit habis, tenaga habis, masa habis. Semua la. Jangan jadi macam jurnal! Tak memasal letak nama orang lain. Itu tak jujur tu. Etika 0 . Eh! Eh! Membebel lagi. Okay. Jom.

Kali pertama ken ke SKM, Shah Alam. Make an appoinment dengan Puan Sarah. Cik Ina nak tahu prosedur memohon & maklumat-maklumat penting. Do's & Don't make it. Selepas discussion dalam sejam lebih, dah bersemangat dah nak mendaftar. Daftar online. Isi maklumat lengkap di portal online SKM apponline.skm.gov.my . Bagi permohonan baru, kena 'Daftar Pengguna Baru'. Seterunya click dekat 'Permohonan Penubuhan Koperasi'

Bodyguard Peneman ke SKM Shah Alam

Langkah Pertama:
apponline.skm.gov.my - Permohonan Penubuhan Koperasi - Daftar Pengguna 
Baru

Isi lengkap maklumat dibawah:

1. Pra-Syarat Dan Terma
2. Maklumat Asas Koperasi
3. Aktiviti Koperasi
4. Maklumat Pemohon (3 org)
5. Semakan Dan Perakuan
5. Selesai

Kertas Konsep Koperasi Gemilang KTHO

Penting: Jangan lupa sediakan Kertas Konsep Penubuhan Koperasi. Kertas konsep ini macam Proposal Tesis kita la senang cerita. Buat dalam 30 pages! Selesai. Submit. Tunggu la dalam beberapa bulanuntuk diproses. 

Masa Cik Ina selesaikan semua urusan pendaftaran online hanya memakan masa 2 minggu sahaja. Maklum la, asyik call Puan Sarah SKM tu tanya macam mana permohonan. Selang 2 hari call. Mungkin dia jemu layan Cik Ina. Hikss!! Akhirnya dapat result Layak. Yehaa!!

Koperasi Gemilang Kolej Tun Hussein Onn UKM Berhad (Dalam Penubuhan)

Kena ingat ya, kalau dalam penubuhan kita tak boleh menjana pendapatan. Tak boleh declare itu duit koperasi. Walhal kita dah jana banyak dah. Hikss!! Next step ini lagi mencabar sebenarnya. Cik Ina kena berhubung dengan individu lain pulak. En Zaki & Puan Hariani (Pejabat SKM Wilayah Hulu Langat / Gombak). Both , okay. Melayan je. Senang dibawa berbincang. Masih lagi make an appoinment, bincang itu ini. Discuss - discuss - discuss!! Kena isi bornag yang bapak maha banyak menggunakan ballpen hitam dan kemudian ditaip semula. Ya!! Kerja yang amat leceh. Salah sikit , kena print baru. Ahh!! Tension nak mengisi borang. Dah lah maklumat kena detail sedetail-detailnya. Salah isi, mereput engkau sorang-sorang. Sign pun macam tu jugak. Yang paling penting, kena mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) dalam masa 3 bulan. Lagi pening. Mana nak cari 60 orang pelajar yang masa itu sedang exam? Nak design logo & singage bilik koperasi & Bilik Operasi. 

Salah satu contoh penjanaan Koperasi adalah dengan bayaran Parcel pelajar

Lecehhhhhhhh sangat !!

Finally , kita dah adakan MAP, dah melantik ALK (Ahli Lembaga Koperasi), kita dah minta Ahli Koperasi isi borang itu ini. Kita pun dah masukkan nama semua dalam sistem. Kita pun pengsan!! Hahahah!!

Borang-borang yang diisi banyak-banyak tu kena re-type semula. 2x ganda leceh. Then Cik Ina rasa dah lengkap semua, pergi SKM Hulu Langat, nak hantar borang. Kali pertama pergi, reject!! Ah!! Stresss kau nyah. Sebab 1 borang sign ALK tak lengkap. Apasal! Apasal????? Kali kedua hantar, Alhamdulillah. Diterima untuk disubmit ke HQ SKM. Okay!! Dah boleh tarik nafas lega dah. Syukur. Tak perlu lagi datang SKM. Call tiap-tiap selang 2 hari. Menghadap borang-borang yang banyak macam nak pengsan. Lepas hantar borang, boleh berhenti ke IKEA. Tanda bahagia. Nampak tak tu?

So, sekarang ini tunggu prosessss lagi. Katanya keputusan boleh diketahui selepas 3 bulan. Okay. Lega. Yang tak leganya bila Dato' asyik tanya 'Koperasi macam mana?'. Cik Ina jawab 'Masih dalam proses'. Lah betul la. Jangan la tiap kali jumpa asyik tanya koperasi je. Nampaknya muka Cik Ina ni muka koperasi ke? Lepas ini nak letak jawatan koperasi. Hahaha. Okay, gurau.
Apa yang seronoknya, Cik Ina dah tahu dari A-Z prosedurnya. Boleh la kalau kolej lain nak minta tolong. Ewahh!! Offer diri pulak ye. Hikss!!

Sebenarnya ia pengalaman buat Cik Ina & ia melelahkan tapi membahagiakan sebab ilmu itu mahal harganya. Bye. 

2 comments:

  1. assalam, boleh dptkan contoh kertas konsep penubuhan koperasi utk rujukan.

    ReplyDelete
  2. boleh emel: asrihanit@gmail.com

    ReplyDelete