Wednesday, 8 February 2017

:: Kisah Tempoyak ::



Kalau nak cerita pasal tempoyak , rasanya yang lebih arif adalah Puan Emak. Hahahaah!! Cik Ina bukan nak cerita pasal penyediaan tempoyak. Tapi sebab betapa tempoyak ini penting dalam kehidupan berhari-harian Cik Ina sekeluarga. Ala , MLA pun tahukan, Cik Ina penggemar tegar gulai tempoyak, sambal tempoyak, durian dan adik-beradik yang sewaktu dengannya. 

Eh! E! Apasalh nak cerita kisah tempoyak??

Nasi Putih + Gulai Tempoyak Ikan Temenung + Kacang Panjang = Tambah 2x

Hari inikan Cik Ina nak makan ikan baung + Lambok buat gulai tempoyak . Almaklum la kan, nak balik UKM dah . Nampak gayanya lambat lagi la balik kg kalau tak ada urusan penting (alaaaa, lambat tu istilahnya 3 ke 4 minggu je, bukan berbulan-bulan pun, overr je ayat). Yela , sem 4 pun dah nak memunculkan diri. Pelajar pun nak mendaftar , program Kolej nampaknya tiap-tiap minggu ada kotnya !! Baktisiswa ke mana-mana , dengan kelasnya , dengan bengkelnya, dengan perjumpaan penyelia et al. Ahhh , dah mula start cuak. Hisshhh!!! Eh, melalut.

Sambung balik, sebabkan nak makan tempoyak, Puan Emak beli la dekat Acik Ana yang selalu meniaga tu. Sambil-sambil masakkan, sembang la dengan Puan Emak. Iye!!! Puan emak yang siangkan sayur lambok tu. Cik Ina tak pandai. Makan je pandai.

"Emak, masa kebun durian abah dulu. Banyak ye emak buat tempoyak. Berapa pokok durian abah tanam emak? Dalam sepokok tu ada berapa ratus buah durian?" - soal Cik Ina penuh keghairahan. 

Sebabnya, masa kecik-kecik dulu. Pengalaman kutip buah durian dihujung kaki. Hahahah!! Berbekalkan Moto EX5 Class dan Raga Durian, kitorang mencanak-canak nak kutip. Zaman kegemilangan katanya. Haaaa!! Sampai sekarang, kalau tengok pokok durian, kerinduan dekat kebun durian arwah abah terimbau-imbau rasanya. Sekarang dah tak ada dah, dah jadi pokok kelapa sawit. Ahhh, tak ada dah pangkin tempat kitorang adik-beradik melepak tunggu durian luruh, dengar bunyi Dummmmm!!! Dummm!!!! Bunyi buah durian luruh Lepas itu over nak pergi cari. Hari Jauhari kenal Manikamnya. Hahhh!! Mana taknya, kitorang cari tak jumpa. Emak abah cari sekejap je. Ajaibnya. Dulu, nak buah rambutan. Petik je. Nak rambutan gading? Rambutan merah, rambutan masam pun ada. Pernah rasa tak?? Nak langsat, rambai? Nak macang buat sambal ?? Nak cabai pedas terbakau?? Nak pisang?? Nak pucuk salam buat rebus . Lepas tu cicah dengan sambal belacan?? Semua itu, ada di kebun dekat. Tapi, itu kisah dahulu.

Kalau diimbas, hanya kenangan sahaja yang menjadi ingatan. 

Kebun dekat aka kebun durian meninggalkan kita sejurus selepas arwah abah pun meninggalkan kita. Ahh, dah 10 tahun berlalu. Cepat masa berlalu. Tapi, kenangan tak pernah dilupakan. 

" Masa buah Durian tengah naik, kome tu sampai muntah monggek la nak habiskan durian. Kalau sekali musim, ber top-top dalam peti tu, boleh tahan bertahun, tapi kena pandai godek le tempoyak tu. Kome tu, kalau tempoyak hari-hari pun tak apa, tuko ikan je, ikan keli, ikan ruan (haruan), ikan sg, ikan darat. Ikut kome le . Tapi , tula. Sekarang payah nak cari tempoyak." - kata Puan Emak.

"Tak apa la emak, musim akan datang kita beli durian. Kita buat tempoyak."

" Hah, durian mahal sekarang. Bukan macam dulu. Selamat la dulu kome tu kenal jenis-jenis pokok. Nie cucu aku, jangan kata pokok, buah pun belum tentu kenal."

Harap-harapnya, bulan puasa nanti Puan Emak boleh buat tempoyak banyak-banyak. Sebabnya nak bukak puasa baru ada feel. Hiksss!!!
Tempoyak & Cik Ina , berpisah tiada. 

No comments:

Post a Comment