Thursday, 16 February 2017

:: Interview Fefelos KTHO ::


:: 3 Tahun menjadi Felo KTHO, 2x join interview Felo ::

Well said , masa Cik Ina jadi felo KTHO. Tak merasai pengalaman kena soal banyak-banyak. Cik Ina kena interview dengan Dato' Samsu je dekat office. Masa tu kan , kakak office semua over , bising-bising dekat luar tu. Entah apa yang disembangkan sampai dengan dalam bilik Dato'. Lepas habis interview, ayat klise la tu "Okay Terima Kasih, sekiranya dapat panggilan, itu tandanya awak layak menjadi sebahagian daripada penghuni KTHO".

Ayat diatas, ayat klise. Sebab 2x dah interview fefelos yang lain. Ayat tu la yang kitorang guna. bhahahaha. Tapi kali ini punya pilihan , kesukarannya berada di skala 2 jela. Sebab memang ada yang menjadi aim kononnya. Kali ini punya interview , Cik Ina tak ada la menyoal. Eh! Tahun lepas pun mana ada Cik Ina soal. Cik Ina menjadi tukang rekod markah jela. Bendahari kan dulu. Sesi  2016/2017 baru up sikit, Timbalan Felo. Hiksss!! Eh, gila jawatan ke apa nie. Pemangku Bendahari pun nak!!. Hahaha. Kali ini pulak, siap bawak laptop sekali sebab tengah buat minutes meeting "Projek Buku 2017". Tak pasal-pasal habis meeting tadi, kena suruh buat minutes. Eh! Motif sangat! Tapi,  boleh je. 

Interviewer

 Proses interview adalah seperti sebelum-sebelum ini kan. Masuk 10 orang sekali. Eh ! Ramai nak jadi felo KTHO ye. Korang tak tahu ke, fefelos KTHO selalu kena kecam dalam UKM Confess. Tapi secara individual la. Cik Ina tak pernah lagi kena confess. Selalu kena tula, Zety, Hidir tentu la pasal jawatan felo kanannya tu, Reyl tentulah pasal style Koreanya, yang lain pulak punya confess adalah secara overall. Macam bila kita buat sportcheck, haaaa!!! 5-10 confess pasal benda tu. 

Berani ke bakal fefelos ? 

Confess tu tak larat nak layan dah . Kena layan benda lain , program yang semakin hambar , pelajar yang banyak songeh. Kejap nak duduk atas, kejap nak bawah. Yang masalah dengan roomate et al. Larat ke nak layan ? 

Itu baru sikit. 

2 in 1
 Soalan selalunya telah di standart kan dulu-dulu lagi. Pasal KRA , program , solan-soalan GST tak ada ya dalam interview ini . Soalan banyak berkaitan dengan UKM dan Kolej Tun Hussein Onn. Elemen-elemen politik tidak dimasukkan di dalam temuduga. 

Dato' Samsu , En Basir (Timbalan Pengetua), En Said , Barisan Felo lama
 Selesai interview selama sejam lebih , dah boleh buat kiraan markah . Dah boleh agak dah sebenarnya. Well !!! Barisan felo sendiri kena bincang semula portfolio masing-masing , pembahagian program mega kolej , pegawai insiden blok et al. Hahh!! Tradisinya begini ye. 

Sebahagiannya
Well said , bakal felo kali ini kan ada yang pernah mewakili Universiti ke Luar Negara bagi program itu ini , pernah menjuarai itu ini dan yang paling penting pernah buat program havoc. Itu sangat membantu la. Tahniah kepada yang berjaya. 
Felo Aisyah , Felo Jihah , Felo Yap , Felo Zahin.

Tahniah.

Selamat menjadi fefelos KTHO.

Jangan lupa trademark felo-felo "Jom bersosial".


No comments:

Post a Comment