Tuesday, 17 October 2017

:: KERABU MAGGI NIRMALA ::


:: Asbab dengar lagu Nirmal Dato' CT ::


Wahhh!! Tahniah Tokti. Semoga kandungan kali ini milik Tokti. I ols happy sangat! Benarlah caturan Allah SWT itu INDAH belaka.  Lagu Siti Nurhaliza requested by Cik Ya. Almaklum la, dia suka dengar lagu Siti Nurhaliza. Cik Ina pula ada koleksi dari lagu lama-lama dahulu sampai la lagu sekarang. Tapi Cik Ina lagi suka Ziana Zain. Eh!! Tapi disebabkan tengah dengar lagu Nirmala, makanya kita namakan Kerabu Maggi Nirmala. Nahhh!!!

Kenapa Kerabu Maggi?

Pemberian Farhana.
Terima Kasih

Sebab Fahanah Blok A bagi 2 bungkus maggi Serda ini dekat Cik Ina. Tak tahu nak buat apa, kita pun search la menu sesuai. Ohhh!! Maggi ini la yang orang buat kerabu maggi tu ye? Takpun maggi celup! Ohhh. Okay. Jom search, nak  buat macam mana Kerabu maggi nie? Senang ke susah!

I olss gigih okay.

BAHAN-BAHAN KERABU MAGGI NIRMALA

2 bungkus Maggi pemberian Farhanah
Sotong 5 ekor
Udang 15 ekor
Bawang Merah 3 biji
Fishball
Cabai Merah banyakkkk!!
Limau Kasturi 4 bijik
Carrot
Brokoli
Tomato
Daun Ketumbar. Bukan daun ketum ye!
Sos Ikan
Garam
Secukup Rasa
Lain-lain sayur. Sukati la.



Bahan-bahan yang disediakan adalah berbentuk suka hati sendiri

CARA PENYEDIAAN:

Rebus udang, sotong, fish ball, fishcat, carrot, brokoli. Toskan! Pastikan dalam air rebusan tadi dah letak sos ikan, garam, gula, secukup rasa. Bagi ada rasa. Jangan lupa bawang merah sekali.

Rebus pulak mee maggi.

Dah potong-potong ikut sukati la cabai merah, daun ketumbar & tomato.

Haaaa, gaul semua sekali. Jangan malu-malu okay!

Last touchup, jangan lupa perahkan limau kasturi. Perghh!! Lepas tu makan cepat-cepat. 

Terasa ketiptopan kerabu maggi cubaan kali ke-137 kali. 


Dapat 2 pinggan

Makanya Cik Ina panggil adik-adik Cik Ina untuk join sekaki. Kalau sedap puji. Kalau tak sedap pun puji jugak. Halau karang dari bilik! Haaaa, kekdahnya sangat!

Deorang balik UKM nanti, nak buat menu kerabu Maggi Hati Kama la sebab tengah dengar lagu Hati Kama Siti Nurhaliza. Hahahaha!!

Presentation harus meletop

Bye Kerabu Maggi Nirmala

Welcome Kerabu Maggi Hati Kama

👫

Monday, 16 October 2017

:: JOM, MAKAN KENDURI ::


:: Memenuhi Undangan perkahwinan rakan Cik Riya ::

Ini kisah kelakar. Kitorang tak tahu pun dekat mana Puri Buana Garden Wedding tu dekat mana. Siap cakap dengan Cik Riya, 'Hurmmm!! nampaknya kena bukak waze la kita Ya oii. I tak tahu ni mana tempat nie, tak pernah dengar pun Puri Buana. Puri Pujangga I tahu la, dekat UKM tu haaa! Hahahha'. Makanya kami berdua berhuhuhuhu dalam kereta. Bukak waze, beliau pun menyuruh kitorang masuk eksyen 15 (Pasar Malam Selasa), ikut jela! 

Eh! Eh! Nie nak ke Balai bomba nie. Eh! Eh!.

Lahhh!!

Puri Buana tu sebelah Ana Petai Ikan Bakar jela!

Berdekah-dekah la kami bergelak. Lahhhh. Dari UKM ke Ana Ikan Bakar tak sampai 5 minit pun. Hahahah! Itu la kan, haissshh. Pernah sekali macam tu jugak. Nak pergi kenduri ke Kajang je! Sebab tak tahu tempat, entah waze nie mengajak kita masuk ikut kawasan perumahan mana entah. Bila tembus dekat laluan biasa kita lalu. Lahhhh!! Waze nie pun. Bukan boleh caya. Tapi kena guna jugak.

Okay, itu la kisah kelakar kami.

Tolong la gelak.

Pergi Berdua sahaja

Makanannya banyak weh! Tapi apakan daya. Terpaksalah makan banyak! Hiksss.

Menantikan pengantin bersantap. Kita selfie sekali dua

Dan kelakarnya lagi. Kitorang tak ada gambar dengan pengantin. Ada dalam kamera photographer. Dekat Cik Ina punya hp entah kemana. Haaaa, itu kelakar. 

Tempahan baju dekat Kak Jie
Sesiapa berkenan boleh terus ke Kolej Zabaa
Lepas ini tak boleh dah cakap tak tahu mana Puri Buana tu haa!!

Ke Warta mencari Barang dapur

Walaupun pergi kenduri kahwin, barang dapur dalam peti dah kosong. Wajib la mengisi. Almaklum la, tekak macam buaya, nganga je bila kena suap. Haaa! Bukan membela ye. 

Next kenduri kahwin PLEASEE!!!

👪



:: KEK BATIK VASDHI-VASDHI ::


:: Try Test Kek Batik ::

Cantik tak?
Macam Kek Batik tak!


Kek Batik Vasdhi-vasdhi ini adalah cubaan kali kedua Cik Ina. yang sebenarnya nak pulangkan bekas Felo Amir, hari tu dia ada bagi lemang dengan rendang ayam. Almaklum la, orang memberi kita merasa. So, nak pualng bekas tu kena la ada sesuatu. So, Cik Ina fikir buat kek batik vasdhi-vasdhi la. Senang. Bahan pun dah ada. 

BAHAN-BAHAN KEK BATIK VASDHI-VASDHI

Biskut Marie
Susu Coin
Telur Sebiji
Esen Vanila
Milo 500 gram sepeket
Coklat Masakan
Butter 

CARA PENYEDIAAN

Yang ini amat senang. Mulakan dengan Bismillah. Panaskan butter ke dalam kuali ajaib, dah cair butter masukkan susu krimer jenama coin. Murahkan susu tu. Kalau F&N mahal la. Depend la nak pakai susu jenama apapun . Janji susu 1 tin. Kemudian masukkan coklat masakan. Orang tanya kenapa kena ada coklat masakan? Alaaa!! Hari tu ada lebih buat topping apa entah, so sukati la nak masukkan ke taknak. Cik Ina nak perabih coklat masakan je. Hahaha! Nampak tak tu? Kemudian masukkan sepeket milo 450 gram tu. Masuk semua kacau. Masukkan telur sebijik dan setengah sudu esen vanila. Kemudian masukkan biskut marie yang telah dihancur-hancurkan tadi. Jangan hancur sangat. patah-patahkan besar-besar pun tak apa. Masukkan dalam kuali. Walaupun bunyi campak-campak. Tapi masukkan ikut step by step. BUat kuih tak sama macam masak masakan campur tau. Tak ikut step, tengok la. Murka terus kek tu. Terus tak jadi. So, better ikut peringkat la ye. 

Kemudian, sejukkan sekejap. Orang terlebih rajin macam Cik Ina tak tunggu sejuk. Terus masuk dalam bekas. jangan lupa lapikkan dengan plastik putih tu. Taknak melekat dekat bekas jenama tuppaware ye. Sebab nanti kalau dibelah nanti takda la rosak. Yang hak Felo Amir punya pun buat macam tu jugak, lapik dengan plastik.

Final touch, simpan 1 malam dalam  peti sejuk. Esok bagi dekat dia. Siap!

Panggil si joren Faz, suruh belah. Edar-edarkan sikit sorang dekat bebudak blok.

Sekian kisah Kek Batik vasdhi-vasdhi.


:: POOL HOTEL FALIM, SERI ISKANDAR ::


Cuti Raya Haji, kita mandi kolam Hotel Falim

Tak ada rancang pun, terus je buat keputusan. Sehari sebelum Raya haji, lepas pergi Pasar Basah Teluk Intan, call rumah, suruh bebudak tu bersiap. Nak bawak pergi mandi kolam. Apa lagi meloncat-loncat la si Puteri, Intan, Leesya. Deorang tu bukan boleh cakap nak pergi mandi kolam. 

Chuupp!! Terus cari baju renang masing-masing. Dah tahu dah opah letakkan baju renang deorang dekat mana. So, sepanjang nak balik dari Pasar Basah teluk Intan sampai ke Changkat Lada tak habis-habis call "Makchik dekat mana tu, kitorang dah pack baju dah nie". Nampak tak? 
Sanggup kemaskan rumah yang disepahkan. 

MakNgah tinggal rumah, yelaaa. Dah nak habis berpantang. AbgLong Amsyar, Abg Ngah, Abg Cik Kuan pun tak ada, PakNgah bawak balik rumah opah Parit. So, kiotrang pergi satu kereta jela. MakYang dekat Kuala Kangsar lagi. Dalam perjalanan call PakNgah, tanya nak join tak?
Kalau nak join, jumpa dekat Hotel Falim, Seri Iskandar. Call pulak MakYang, kalau nak join datang Hotel Falim.

Haaaa, nampak tak kitorang punya perancangan? Tak perlu rancang. Nak join jomm!!!

Setakat bayaran masuk mandi kolam, apa sangat la. Alang boleh bayarkan! Hahaha.
Duit balance share adik-beradik beli bahan masak Raya Haji ada lagi, pakai tu jela. Nampak tak. Kitorang akan kumpul duit setiap kali ada apa-apa, wajib!

PakNgah anak beranak, Alang anak beranak & anak dara Pak Mat

Pak Ngah nie walaupun MakNgah tak ada, bukan heran. Dibawaknya jugak anak-anaknya join. Kekiddos nie memang suka kolam. PakNgah MakNgah nie memang dah simpan siap-siap dalam kereta baju renang anak-anak deorang nie, sebab kadang-kadang tu memang kitorang tak akan buat perancangan teliti kalau bab mandi-mandi nie. Kalau kata hari tu nak keluar mandi, memang pergi la. Lagipun yang menariknya Changkat Lada nie, banyak swimming pool. Tak dekat Seri Iskandar, kitorang pergi Kuala Kangsar, Ipoh, Manjung. Banyak la pilihan tempat mandi.

Itu bagusnya ada Makchik yang tak kahwin lagi ini. 

Cakap nak kemana! Senang. 

Tengok le tu. Deme je yang mandi dalam pool tu. Tak ada orang lain dah.
Kiddos anak Makngah PakNgah deme manja dengan makcik-makciknya

Tapi, kalau kena marah pukul dengan makcik-makciknya itu perkara biasa. Sebat dengan hanger ada juga. Kalau dah tak mahu dengar cakap sangat. Tapi tula, anak lelaki kot. Kiotrang nie pulak bukan pernah ada pengalaman lelaki dekat rumah kecuali abah dulu. Hahahaha. 

Baju nak sama
Wondergirl sangat Intan, Puteri, Leesya

Kak Long dah bukan team wondergirl. Dia dah team Korea dah sangat! Dah bajet-bajet dah sekarang. Nak suruh bergambar pun kena pilih-pilih lagi tu. Haiishshshh!! Cepatnya masa berlalukan. 

KFC Time

Bukannya nak balik rumah. Pederap ke KFC Seri Iskandar pulak. Puan Emak dekat rumah dah tanya-tanya bila nak siang ikan, ayam, daging semua. Kita melepak sini. Tu la, ajak Puan Emak, dia cakap tak larat. So, duduk rumah dengan MakNgah la ye! Hiksss. Kalau ayam KFC tu, laju je deme! Nie bukan kira sebulan sekali dah, nie kira sebulan 3 4 kali dah nie. Eeee!! 

Okay, dah jom balik.

Opah tinggal dengan MakNgah. 

Balik rumah, badan Cik Ina gatal. Hahaha!

'Kegembiraan mereka, tanggungjawab mak sedaranya.'
Hal-hal belajar serah ke Maklangnya, hal melagha, serah ke makchiknya. Betullll!!

:: JEJAK ALUMNI KTHO ::


:: AnjuranEksekutif Hal Ehwal Luar, Alumni & Antarabangsa ::

Felo Penasihat Jejak Alum
Selepas seminggu MMM, terus ada program anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Hal Ehwal Luar, Alumni & Antarabangsa. Well said, itu bawah portfolio Cik Ina la tu. Hikss!! Nampaknya tahun ini still lagi busy dengan program kolej. Nampak tak?

Tema Jejak Alumni 'Bersama Membanteras Rasuah'

Dihadiri seramai 447 pelajar Kolej Tun Hussein Onn

Pada mulanya cadangan tempat adalah di Dataran Teko mahupun Panggung Seni, tapi disebabkan kengkangan masa & pengurusan. Jadi kita buat keputusan buat di kafeteria Kolej sahaja. Tapi tak apa, semua ada. PA sistem, kerusi dan lain-lain. Cuma yang duduk di belakang tak berapa dengar la. 

Perasmi kita seperti biasa Yg. Bhg Prof. Dato' Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Actually, jejak alumni macam bual bicara bersama Alumni Kolej Tun Hussein Onn. Tuan Khairul Nurrahim Ashadi. Beliau merupakan penghuni Kolej Tun Hussein Onn lama dulu. Haaaa. 

Perasmian oleh TNC HEPA

Cik Ina bagitahu terus terang la. I ols memang salute & bangga dengan Dato TNC sebab selalu & sudi datang merasmikan program KTHO. Kadang tu kan, program kami biasa-biasa je, tapi Dato TNC akan cuba luangkan masa untuk hadir. Lepas tukan, ada je amanat-amanat beliau. 

I really adore & admirer beliau. Nampak penat, tapi beliau gembira! 

Cik Ina memang salute beliau. Betul. Humble. Soft spoken. Macam emak-emak lebihnya. Hikksss!

Inikan kolej PALAPES

Tuan Mejar Jasmy, Prof Pengetua, TNC HEPA, Tuan Ashadi, Brian (MEP HELAA), Felo Reyl & En Hukil

Terbaik


Jejak Alumni KTHO 2017 

Tahniah kepada penganjur MEP Brian & AJK dari kalangan MEP sendiri.
Semoga program-program seumpama ini diadakan pada masa akan datang.

Sebagai felo penasihat, bila berjaya program itu, I ols setakat boleh senyum-senyum manja jela. 

'Kegembiraan bekerja itu datangnya bila kita ikhlas melakukannya. Pengakhirannya, pahala & pengalamanlah yang kita perolehi. Jangan melatah kuat sangat, be yourself in whatever you are doing okay'

:: Selamat Kembali Ke KTHO ::


::: Hye adik-adik Tahun 2, 3 & 4 :::

Selamat kembali dari bercuti lama-lama tu. Cik Ina harap kamu semua memanfaatkan cuti 2 bulan itu dengan sebaiknya. Sebab ada yang personal contact cakap buat part time dekat kedai la, jaga butik la. Apa laaa. Kumpul duit, sebab ptptn dengan JPA akan masuk lewat punya. Great! Bagus sangat. Macam itu la mahasiswa yang berkompeten. Ewaahh!! Hahahaha.

Welcome Back

Sekarang ini, apa-apa mesti nak poster banner! Wahh! Best la. Tapi dah request, lepas ini nak pakai baju lain pulak. Asyik banner baju F1 merah nie lagi. Haaaa, banyak songeh je kan!
Masa ini maih lagi felo seramai 8 orang. Felo Mimi & Felo Syafiq belum lagi ada dalam ini. Jangan tanya ye. Haaaa!!

Kak Zana & Azwan

Sama je prosedur mendaftar untuk pelajar lama. Syaratnya mesti bawa gambar berukuran pasport sebanyak 2 keping. Lihat nama dekat blue board tepi kak zana tu haa! Bagitahu no bilik, isi nama dekat buku tu. Sign pendaftaran!

Kaunter 2

Kemudian datang ke kaunter Cik Ina untuk mengambil baju kolej pula. Lelaki lengan pendek, perempuan lengan panjang. Kemudian ambil lanyard & borang pink (untuk perempuan) & borang biru (untuk lelaki). Tujuannya untuk ditampal di pintu bilik masing-masing. 

Selesai. Boleh mauk bilik kema bilik masing-masing ye!

Cik Ina masih lagi bertugas sehingga petang. Tak sempat nak tengok Hindustan! Hahahaha. 

Keesokkannya menjaga juga kaunter

Ciss!!! Adik-adik kenapa tak daftar semalam. kan kena bukak kaunter hari keesokkannya juga. Selamat la Cik Ina rajin 100% tahap skalanya. Kalau taknya bye bye la! Haaaa. Hari ini ada interview pelajar Master yang memohon untuk menetap di KTHO. Cik Ina tak join sebab nie la. Kena jaga kaunter juga. Ayoyoyoyo!!

Okay la. 

Cik Ina ucapkan selamat kembali ke Kolej Tun Hussein Onn, semoga adik-adik gembira berada di bilik masing-masing. Kalau yang dapat welcoming dari adik nyet-nyet bertabah la ye! Hikss!

Bye. 

:: MINGGU MESRA MAHASISWA 2017/2018 ::


:: Berkesempatan untuk mencoret pengalaman kali ke-3 menyertai Minggu Mesra Mahasiswa ::


Selamat Datang ke Kolej Tun Hussein Onn

Haaaaa, meriah engkau kali ini punya sambutan mahasiswa sesi 2017/2018. Dengan aturcara program yang mantap, pintu automatik & juga team yang hebat, perjalanan yang smooth saja sewaktu pendaftaran pelajar. Rasanya ini adalah kali pertama sepanjang Cik Ina terlibat dengan pendaftaran pelajar. Mana taknya, team felo setiap malam akan meeting untuk melihat gerak kerja dan simulasi sewaktu hari pendaftaran itu. Kita mahu kurangkan simple mistake & kelancaran program yang berkesan. Kita tak nak ibu bapa mengeluh sebab lama sangat urusan pendaftaran.

Nak tahu macam mana caranya pendaftaran KTHO?

Lihat nama di Blue Board. Disitu kita dah siap-siap letakkan No Bilik. Just sebut no Matrik.

Selepas itu ambil kunci bilik

Pergi next kaunter ambil beg UKM dan menyerahkan borang X-Ray.

Selesai. Masuk bilik 30 minit

Selepas itu, pergi ke Bilik mesyuarat untuk mengisi borang maklumat diri secara online & mengambil baju kolej. Maksimum masa sepanjang berada di bilik mesyuarat adalah selama 10 minit sahaja.

DONE! 

See!! Teraturkan. Nak fikirkan perincian dan perjalanan pendaftaran itu memang memakan masa yang lama dengan simulasinya bagai. Penat! Tapi best. 

Sebelum sesi pendaftaran berlangsung, kita selfie sebentar!

Kalau tengok pakai baju F1 Merah itu, mereka adalah Pemudahcara anda. Kami felo pun baju F1 Merah juga. Tapi kami bukan Pemudahcara anda. Kami Pemudah Susah anda. Hahahaha!

Last touch by Pemudah Cara

Bilik memo menjadi bilik utama MEP dan PemudahCara bekerja. Dekat situ la nak mengisi beg, baju, et yang diperlukan. Menjalankan simulasi dan lain-lain. Bilik bekerja la senang cerita. Sampai ada yang tertidur-tidur untuk memastikan semua okay. 

Tuan Belog ditugaskan di Bilik Mesyuarat
Memang Penat habis la. 

Felo Zurina & Felo Awei

Disebabkan kami ditugaskan untuk membuat soalan questionair untuk dijawab oleh Pelajar Baharu, terus tugas menjaga kaunter pengisian maklumat secara online diserahkan kepada kami berdua sahaja. Tahap kepenatan jangan cakap la. Asyik bercakap je dari start mula sampai habis. Mula-mula kena ke kaunter kesihatan. Yang itu senang je nak mengisinya.

Yang penatnya kaunter maklumat diri sebab banyak malklumat kena isis. Selamatlah wifi UKM pun terbaik masa itu. Takda la buffering je! Banyak section pula dekat borang maklumat diri. Maklumat Peribadi, Maklumat Keluarga, Pencapaian Pendidikan, Maklumat BAKAT dan lain-lain. Senang je nak isi, tak ada soalan KBAT disitu!

Soalan dibina oleh Cik Ina & Felo Awei selepas disahkan oleh Prof Pengetua.

Cik Ina seronok bekerja dengan Felo Awei nie, dia seorang yang teliti sangat! Kadang ejaan salah pun dia nampak, kalau Cik Ina..ahhhhhh, malasnya nak betulkan balik. Macam ejaan dalam blog nie la, tau salah, tapi aahhh!! Lantak la. Tapi dalam tesis takdak la malas. Wajib betulkan la. Hahaha!

Dah la kena berdiri & bercakap
Selamat suka!

Selesai hari pendaftaran, tugas felo pun berkurangan. Kita serahkan kepada Pemudahcara pula untuk handle sepanjang MMM. Tapi kami pantau la. Setiap malam kita akan buat post-mortem dan pergerakan perjalanan hari esok untuk ke domain-domain yang telahpun dipilih oleh pelajar baharu. Kemudiannya perjalanan ke DEKTAR & acara setiap malam. Pilihan domain kepimpinan pula untuk kali ini hanya di Kolej masing-masing sahaja. 

Kali ini Cik Ina nampak la kelancaran setiap domain. Tahun lepas macam kelam kabut kan, tahun nie smooth la nampaknya. Kali ini Cik Ina puji la idea VC UKM tentang domain-domain ini. Kali ini pelajar baharu hanya boleh pilih 3 domain sahaja. 1 domain wajib iaitu domain kepimpinan di Kolej Kediaman.

Antara DOMAIN yang disediakan:

Domain Kesukarelawan
Domain Keusahawanan
Domain Inovasi
Domain Kelestarian
Domain Kebudayaan
Domain Sukan
Domain Kepimpinan

Felo KTHO
Reyl, Nida, Zahin, Zety, Amir, Dayat, Cik Ina, Awei

Tahun ini semua transform. Baju Kolej terbaik, lanyard cantik, & mafla kita ! Terbaik. Siap ada yang nak order baju kolej. Menyerlah je bila berada dalam dewan DEKTAR tu haa!! Kita nak beri kredit tu Felo Amir. 

Seharunya diabadikan
KTHO GEMPUR

Slot Domain Kepimpinan

Majlis Ramah Tamah bersama TNC HEPA
Ada je yang persoalkan kenapa duduk bawah! Dont worry. Kami dah mop siap-siap lantai tu. Ada masa mereka duduk di lantai, ada masa atas kerusi. Dan kebanyakkannya atas kerusi. 

Betul. Tak tipu! MMM kali ini memang paling havoc. 

PERANG DEKTAR

Haaaa!! 

Kita NO 1

Ye benar lagi dibetulkan. Kita memenangi Perang DEKTAR sesi ini. Dah lama tak menang. Tahniah kepada semua yang bertugkus lumus memenangkan KTHO tahun ini. 

Nice view

Tempat wajib bergambar

Barisan PemudahCara yang seronok je! Maybe tahun ini mereka enjoy sangat-sangat jadi Pemudahcara kot! Cik Ina pun tak faham kenapa deorang over sangat MMM kali ini. Semua dekat sini majoritinya kali pertama menjadi PemudahCara. 

Banner Selamat Datang dari Pentadbiran Kolej Tun Hussein Onn
Gambar diatas adalah Staff KTHO
Gambar dibawah adalah barisan Felo Kolej Kediaman

Banner dari Majlis Eksekutif Pelajar KTHO

Official

Prof Pengetua

Perkenalkan Pengetua Baharu Kolej Tun Hussein Onn. 
Prof. Madya Dr. Norinsan Kamil Othman. 

Timbalan Pengetua

Timbalan Pengetua baharu juga. En Hukil Sino.

Kedua-dua pentadbiran tertinggi merupakan pensyarah kanan di UKM. Dan sangat dihormati. As a felo, Cik Ina rasa berbangga sebab dipertemukan dengan dua orang yang sangat hebat dalam berorganisasi & mempunyai banyak idea untuk memaju & memakmurkan Kolej Tun Hussein Onn.
Yang sebenarnya tak sabar nak menjadi sebahagian daripada peserta NLP. Hahaha!




Lasty cheers selepas memenangi Perang Dektar





Sekian!

Minggu Mesra Mahasiswa melabuhkan tirainya.

Sehingga bertemu lagi.

Bye. Bye. 

:: KEM PEMUDAHCARA MINGGU MESRA MAHASISWA 2017/2018 ::



20 - 22 Ogos 2017

Hai ! anneyong !

Kem Pemudahcara kali ini ramai penyertaannya. Hampir 400 orang pemudahcara di setiap Kolej kediaman di UKM. Kali ini kita tak buat dekat luar. Kita buat dalam UKM sahaja. Dekat Dewan gemilang. Jadi felo-felo Kolej Kediaman semua diwajibkan untuk menjadi fasilitator bagi kumpulan-kumpulan yang dipecahkan. Tapi bukan sepanjang masa la. Kita dah bahagikan mengikut slot. Jadi ada felo yang tak perlu hadir pada slot yang bukan menjadi slot pilihan mereka. Cik Ina datang pada slot 1, kedua-dua malam diwajibkan kepada semua felo, petang Ahad & pada Majlis Penutupan Kem Pemudahcara. 

Kira tiap-tiap hari la turun padang, tapi ada slot-slotnya sahaja. Perform merecik engkau fefelos KTHO tahun ini. Haahahahah!! Kena paksa ke tu? Hiksss!! I ols ikhlas tau. I rasa bersalah kalau tak jengah muka sebab I Felo berdaftar UKM. Ada elaun yang I terima. Walaupun I felo belakang tabir je, tapi I usaha la untuk bersama-sama ada dimana sahaja. Haaa! propa.

Pemudahcara Kolej Tun Hussein Onn sesi 2017/2018

Sebenarnya dah lupa banyak dah pasal Km Pemudahcara ini. Almaklum la dah banyak sangat slotnya. Tapi yang tak boleh lupa Senaman Tarian. Memang menari sungguh la. 
Haaa!! Kalau yang macam itu Cik Ina suka. Yang jenis keluar-keluar peluh ini haa. Mantap!

Cik Ina kena jaga Kumpulan 2

Rest time!

Hari pertama mereka diwajibkan memakai baju T-Shirt & Tudung Putih. 

Malam Tunnel &Bendera 

Penat tau. Cik Ina ingat lagi Kem PemudahCara di Kuala Lipis, Pahang dahulu. Yang ini yang ramai koyak. Yang sebenarnya tak sama langsung dengan yang dekat Lipis dulu. Cabaran lagi tinggi di Lipis sampai yang menangis pun ada. Yang dah tak larat pun ada. Masa di Lipis kita ada instructor dari luar. Memang garang gila. Deorang takut punya la.

Kali ini fasilitatornya dalam kalangan felo! Apa sangatlah kegarangan fefelos UKM ini. Hahahah!! Semua pakat acah-acah je nie. Yang tunnel pun deorang gembira je mencium jalan tar tu! Kalau tak, takda la gelak-gelak. Eeeehh!! Kalau Cik Ina memang tak nak la. 

PERMAINAN TUNNEL

Cara permainannya bukan mudah sebenarnya. Masukkan guli dekat dalam pvc paip yang disedikan. Kita dah potong siap-siap. Semua peserta wajib pegang sikit dekat paip pvc tu. Kena buat sambungan bila guli tu nak lalu. Kalau jatuh, ulang semula. Penatkan. Ini sebenarnya untuk melihat kerjasama antara pasukan dengan hanya mendengar arahan ketua sahaja. Sebab ketua je yang boleh bercakap. Yang lain kena senyap. Dengar je bunyi, Down Down Down!! Mean ko kena menirap atas lantai tu haa. Hidung kena cecah ke jalan Tar. Dengar macam kejam. Tapi tula!

NAIKKAN BENDERA MALAYSIA

Sepatutnya peserta kena bina tiang bendera dahulu menggunakan paip pvc yang telah diberikan tadi. Konsepnya tak boleh gunting tali rapia yang diberikan. Ikut la cara nak ikat macam mana dengan sebanyak mana tali rapia yang diberikan. Pandai-pandai la dengan 5 meter paip pvc tu haaa. Jangan jatuhkan bendera yang berkibar tu selama 5 minit, kalau jatuh naikkan balik tegak-tegak. Jadi dekat sini kita nak tengok kreativiti peserta. Macam mana caranya mereka nak naikkan bendera tu? 
Susah ke? Tahun lepas ye susah! Dengan kawasan berbukit, angin yang kuat waktu malam, dengan batang paip pvc sebanyak 10 meter, tali rapia yang sikit dan tak boleh potong. Memang mencabar.
Yang kali ini mudah. Tak ada syarat, janji bendera berkibar. Thats all. Honestly, I lebih suka yang dekat Lipis. Hiksss!!😊

Felo KTHO
Reyl, Zahin, Cik Ina, Amir & Awei
Kumpulan 2 dengan namanya SAMTASTIC

Ikut la adik-adik oiii. Cik Ina tengok je korang buat apa. Pandai-pandaila nak bincang macam mana apa kaaa!! Haaaa. 



Call me Kakak Felo
Kak Ina

Cik Ina sayang KTHO. Sayang sebab banyak mengajar Cik Ina berurus tadbir dan menyelia program. Selalunya berurusan dengan orang luar bukan mudah. Tapi bila dah lama-lama, dah jadi lali dah. Menjadi seorang felo kolej kediaman bukanlah satu tugas utama Cik Ina. Namun, sampingan inilah yang banyak mengajar Cik Ina. Bangga? Haruslah. Kalau tak, tak jadi felo hampir 4 tahun dah. Tak tahu nak perjelaskan macam mana yang dimaksudkan dengan 'belajar banyak benda' itu, just me and myself yang faham. 

Jadi, Cik Ina harus berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia & Kolej Tun Hussein Onn.

Hashtag BANGGA. 

Sunday, 15 October 2017

:: IKAN BILIS PETAI MENAHAN RINDU ::


:: Kesedapan yang mengiurkan ::

Sebabkan teringin yang melampau, boleh pergi cari petai dekat pasar malam. Ikan bilis memang dah ada dah. Import jauh dari Pulau Pangkor engkau! Ewaahhh!!! Sebab keteringinan yang melampau, kita makan dua hari berturut-turut sebab masak yang banyak.  Cik Ina siap share dalam FB group Masak Apa Hari Ni (MAHN), uuuuiiiihhh! Semua puji sedap walhal tak makan pun. Cik Ina kalau dalam group tu kan  memang suka melampua-lampau. Kalau nama makan-makan, memang gembira. Tengok gambar pun dah mengiurkan. Eh!! Siap puji bersungguh masakan sendiri. Ate, sapa lagi nak puji? Tak gitu!

Bahan-bahan Ikan Bilis Petai Menahan rindu

Ikan Bilis sepeket
Petai RM10
Cili Merah 
Bawang Putih
Bawang Merah
Sos Ikan
Garam
Gula
Secukup Rasa

Ikan Bilis Petai

Cara Penyediaan.

Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, cabai, garam, gula, secukup rasa, kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng sebentar tadi. Lastnya masukkan petai yang banyak dan bertimbun tu. Kacau dua tiga kali, lepas tu tutp api. Siap dihidangkan dengan nasi panas-panas. Nie kalau mak mertua lalu, jangan lupa jemput makan sekali. Mesti dia akan cakap "Eh, baiknya menantu aku. Tapi adakah anak jantan aku makan nie je?" Kata emak mertua! Hahahaha. 

ini tips untuk memastikan bilik air wangi! Lepas membuang tu, jirus dengan air panas, lepas tu siram dengan klorox sikit. Done! Cik Ina bilik air sendiri, tak share. Jadi, lantaknya le. Cuma tak tahan le. Busuk baunya. Hahahaha. 

Okay la. Ingat nak buat sambal tempoyak petai ikan bilis. Walaaweehhh!!!


:: BAHASA KOREA ASAS 1 ::


:: Tak pernah bermimpi mahu mengambil Bahasa Asing sebagai subjek tambahan ::

Dari mana nak mulakan kisah Bahasa Asas Korea 1 ni ye! Kisahnya bermula bilamana Cik Ina tak bekerja dah. Bila dah berhenti jadi RA, stop dah buat tesis orang lain, analisis orang lain & lain-lain yang berkaitan. Cik Ina rasa macam 'hurmmmm!! jom pergi kelas. Tapi takdak kelas yang nak ambik Cik Ina'. So that, I made a desicion which is Haaaa ambik Bahasa la.  Masa itu ada 4 pilihan Bahasa iaitu Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Arab & Bahasa Korea. Well said, I tak fikir panjang pun. Bukak SMPWEB UKM terus daftar. Laaaa!! Gigih pulak.

Dalam kelas Cik Ina ada 3 pelajar perempuan Melayu & 17 Pelajar Cina. Minoriti terus engkau. Dengan No Basic, berpegangkan kekuatan "ahhhh, aku dah tengok Goblin dengan Desendent Of The Sun, boleh la. Terjah je la beb". Tapi, you know what! Bila masuk kelas, engkaulah budak paling piang sekali. Bodoh gila! Betul weh! Memula tukan, rasa fadeup pun ye. Apahal aku lambat pickup!
Eventhough dia ajar basic, tapi I still pickup lambat gila. 
Buku Nota & Latihan dari King Sejong Institute

Seon Seng Nim (Teacher) ajar basic je hari pertama macam anneyonghaseyo (Hai), Gamsahamnida (Thank You), Anieyo (Welcome), Joesonghamnida ( I'm sorry), guenchanayo (That's okay), Arayo ( I know), Algessoyo? (I Know?). Butttttt!!! Cik Ina belajar how to write in Korean style. Uuuuuuuu!!! Hari Pertama kelas rasa bijak gila!

Then, seon seng nim ask to make a sukje (Learn), Bokseup (Revision) & siheom (Exam). 

Lepas je Hari Pertama tu kan, Cik Ina rasa macam wowwww!!! Tak sabar nak pergi kelas kedua!
Excited gila. Betul. Excited!

Vokal & Konsonan
Moeum & Jaeum

Baru la Cik Ina faham. Dalam hanguel ada 10 moeum & 10 Jaeum. Tak ada Huruf Z. So, ejaan ZURINA akan jadi JURINA (Tapi seong sean nim panggil JULINA). Entah deorang pelat R kotnya! Hahahaha!Beb! Kelas Ke-2 mengajar tu je sampai 2 jam! Engkau rasa. Sebutan pun masih ada pelak-pelak Perak lagi. Keras. kaku. Tak berirama. Thats Me!

Kelas-kelas berikutnya

Setiap kali kelas mesti tukar bab. 

Bab 1 - Action / Nation & Nationality
Bab 2 - Place
Bab 3- Things
Bab 4 - Thing to Shop
Bab 5- Number of unique words (Native Korean & Counting Units)
Bab 6 - Past Tense
Bab 7 - Wheather
Bab 8 - Day / Month / Calendar
Bab 9 - Future Tense
Bab 10 - Grammar / Bina ayat/ place / Future

Setiap bab akan diajar Grammar & penyambung ayat seperti DAN, ALSO, SELAIN ITU dan macam-macam lagi la. Yang pasti, Cik Ina boleh mengeja nama sendiri dalam Bahasa Korea. tak lupa nama semua orang dalam family Cik Ina. Lepas itukan, Cik Ina tayang dekat KakLong Anje. Kira macam belagak la. Memula tu siap cakap. "KakLong Anje shi, muoheyo? Matematik sukje issoyo?" Perghhh!! Dah rasa bangga dah masa tu! Siap tulis pulak dalam Bahasa Korea. KakLong pun tersengih-sengih la.

Kadang tu saja je cakap. "Omma, babbel mogoyo?"(emak, jom makan nasi?)

Masa tu dah korea habis dah masa tu! hahahaha. 
Tapi dalam kelas paling slow laaaaa. Hahahaha.

Seong sean Nim mengajar cara menyebut dengan betul

Seong sean nim sebenarnya lebih muda dari Cik Ina. Hahahah! Seong Sean Nim nie pelajar Master di UKM. Dia jadi tutor ! Cik Ina pun tak faham, betul kot. Bangsa mereka nie kalau yang lagi tua dihormati kot. Hahaha! Yela, kalau nak minta Cik Ina jawab soalan mesti ada shi belakang tu. Cik Ina pun hormat dia as a teacher Cik Ina. Cuma susah sikit nak bercomunicated dengan beliau sebab limitasi BI dia.Dia pun mempunyai masalah untuk memahami Bahasa Melayu. So, inilah yg dikatakan bagai ayam & itik berbicara. Kuaaakkk kuaakkk kuaakkk, kiookkk kiookk kiiiooookkk!! Macam tula. Hahahaha.

Kelas Terakhir
Cho Seong Sean Nim (Cho tu nama beliau)

Setiap kali kelas, setiap kali itu jugak la Cik Ina kena menulis jawapan di whiteboard. Ada betul ada salah. Classmate!! Haaaa. Deorang tahu dah Cik Ina paling worst dalam kelas. Ada haritu siap cakap macam ini lagi "Zurina, are you phd student?" Soalan minta penampar macam tula. Sinis gila! 
Eh, aku pedulik apaaaa!! Dah memang Cik Ina tak pandai Bahasa Korea. Ini kira pencapaian la nie boleh habiskan kelas. Hahahaha!! Soalan Cik Ina la kan "Kenapa perlu you all ada satu expectation yg cakap ooohhhhh phd student tahu semua benda? Kenapa ye?Why". lolll.
Eh!!! Kitorang bukannya belajar semua benda dalam dunia nie. Nak cakap expert dalam bidang kajian pun masih bertatih-tatih lagi. What do you expect? Ishhh!!!

Okay, sambung balik. 

Di sebalik kegembiraan Cik Ina belajar Bahasa Korea, ada 2 orang yang sentiasa membantu Cik Ina. Ye betul. Adik Farhana & Adik Fatin. Deorang memang Kaki Korea. Memang pandai gila menulis, membaca & memahami butir bicara yang seong sean nim cakap. Cik Ina blur! Deorang la yang akan repeat balik. Selalunya deorang yang tolong kasi jawapan kalau Cik Ina kena tulis dekat whiteboard! Hahaha!! Thanks korang. 

Fatin lepas ambil kelas Asas Korea 1 terus 2 minggu mobiliti ke Korea. Wowww adik, Akak salute habis dekat engkau!Tahniah. Eh! Hadiah akak mana? Tuntut terus dalam nie. Hahaha. 


Last class dapat hadiah darfi seong sean nim
Cik Ina sorang je yang dapat 2.
Pelajar lain dapat 1. Weekkk!!

Thank You Seong Sean Nim. 


Buku - Nota - Hadiah
Kelas terakhir yang dirindui. Banyak sangat kenangan. Finally, Cik Ina menduduki ujian. Ala-ala ujian MUET tau. Ada listening, writing, oral test 2 times. Bayangkan seminggu duduk bertapa dalam bilik. Bila Faz ketuk bilik je. Anneyonghaseyo. Chonen blablabla. nak menghafal punya pasal. Hahaha!! Gigih rasanya masa tukan. 

Then. Selesai Test!
.
.
.
.
.
Tunggu RESULT.
.
.
 Oh Ya Allah. 
.
I PASS
pass
LULUS




Yehhhh Yehhh!!!! 

Boleh ambil  Bahasa Asas Korea 2.

Dia punya kegembiraan tu siap dikongsikan bersama semua orang. Siap up dalam Insta "I did it". Haaaa, jangan lupa follow IG Cik Ina namanya ZURINA SAIDI

Akhirnya.

Cik Ina yakin. Dengan usaha & segala impian yang kita impikan tak mustahil. 
Cik Ina pun tak ada la nak ke Korea ke apa ke (kalau ada rezeki Alhamdulillah). Memang sengaja ambil. Sebab KakLong Anje ambil Bahasa Perancis dekat Sek. Cik Ina rasa macam, alaaa!! KakLong boleh, why not ME? Takada apa yang Cik Ina nak tayangkan kepada semua. hanya kepuasan semata-mata! Harapnya agar lepas ini boleh ambil la Bahasa Asas Korea 2 pula.

Tahniah Cik Ina.❤