Friday, 30 September 2016

:: Kursus Pra-Induksi MEP KTHO ::



Bilik Mesyuarat Kolej Tun Hussein Onn 
20 -21 Ogos 2016


Fuhh!!! Tarik nafas, hembus. Tarik nafas..Hembus. Buat gaya macam kita ajar budak sekolah  rendah ye. Hah!! Penat tak terhingga sebab program dan kem tanpa henti. Tapi tak apa, itu yang Cik Ina nakkan. Kata nak mencabar kelaziman diri yang sentiasa dalam mood mudah je. Sekali kena suruh pergi buat itu ini, memang semput tak ingat dunia punya ye. Hahaha.

Sebenarnya Cik Ina punya cadangan asal adalah Kursus Pra-Induksi MEP diadakan sebelum Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) manakala retreet antara pentadbirannfelo dan MEP adalah selepas MMM. Mana Cik Ina tahu bila selesai MMM, apa jua program yang melibatkan keluar dari UKM, belanjawan akan ber'masalah'. Huh. 

Presentation dari wakil PPMPA

Nampaknya tahun depan, jangan buat macam tu lagi, kena pastikan pra-induksi 2 hari, hari ketiga sampai ke-5 baru terus pergi retreet kekolejan. Okay.

Hari Sabtu 20 hb kita buat presentation sahaja daripada wakil bendahari, wakil PPMPA berhubung dengan program, belanjawan dan prosedur lain-lain. Cik Ina mengharapkan agar mereka MEP memahami lah setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh UKM. Taknak lagi lepas ini cakap, kenapa SPI tak lepaskan proposal. Yela, sebab kena tahu prosedur. Bukan hari ini pload, esok dapat keputusan. Pihak PPMPA pun kena bermesyuarat dulu. Lain-lain hal lagi.

Hari Ahad 21 pula, presentation setiap MEP akan program yang bakal dilakukan, sambil itu takwim kolej dah diisi oleh semua MEP. Prasyarat untuk memastikan program mereka layak dan boleh diteruskan adalah memasukkan elemen 'aktivasi blok'.  Penghujungnya, kebanyakkan daripada program mereka akan 'tak lepas'. Cik Ina pun pening. Hahaha.

Akhirnya, selesai. Cik Ina pun stress!!

Persoalan yang sentiasa bermain difikiran

"Bagaimana nak masukkan elemen 'aktivasi blok' dalam program akademik?"

Tuan Belog yang cenging gituhh!!


Okay la. 

Bye.


No comments:

Post a Comment