Friday, 30 September 2016

:: Kursus Felo Kolej Kediaman UKM ::


:: 31 Julai - 2 Ogos 2016

Kali ke-2

Hah, berapa lama masa nak ambil untuk semadikan dalam MLA nie? Tengoklah kemalasan Cik Ina sampai ke tahap macam itu sekali. Tapi, balik Redang memang dengan keazaman yang utuh dan jitu agar segala aktiviti yang Cik Ina lakukan akan terus tersemat di dada MLA ye. Kononn!! Okay, abaikan.

31 Julai 2016
Dewan Kuliah DKB1, FST,UKM

Orang lain best rehat dekat dalam bilik, ni barisan felo kena hadiri kursus. Gembira sangat! Dah diwajibkan semua pula tu, tapi bagi felo yang bekerja luar dan tak dapat menyertai, it's okay cuma perlu take note la info-info berguna. Fix sangat jadual hari pertama tu. Pagi tu ada taklimat kursus, majlis Perasmian oleh YBhg. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM. Seterusnya ceramai 1: Peranan Felo Penghuni, Ceramah 2: Pengurusan Aktiviti Pelajar, Ceramah 3: Felo Dahulu, Kini dan Masa Hadapan, Malamnya pula ada LDK. 

Hah, mengantuk takyah cerita. Zaman dengar taklimat banyak-banyak ni macam dah bukan aku je' - getus hati kecil Cik Ina. Hahahaha. 

Okay. Mesti ada yang macam blurr je, amende le felo-felo ni? Siapa felo? Felo apa? Kenapa perlu ada felo dalam setiap kolej kediaman UKM? Apa ciri-ciri asas felo?

Okay, ini notes yang Cik Ina rajin sangat tulis time mengantuk dok terlentok-lentok tepi bahu Puan Dila.

5 Ciri-ciri asas seorang felo adalah:

Sayang dan kasih pada pelajar
Moral dan sahsiah terpuji
Aspirasi UKM dijunjung dan diperjuangkan
Relevan kepada pelajar
Tegas dalam menguatkuasakan peraturan


Bila tengok ciri-ciri asas tu, terpikir kejap, aikkk. Macam tak tersenarai je. 

S - Macam mana nak sayang dan kasih?? Hurmmmm. Cik Ina ni dah la mempunyai kelemahan yang ketara iaitu tak ingat muka penghuni dan nama. Sedangkan jiran depan bilik pun, sampai sekarang nama dengan muka tak ingat. Dah dengan rabun power 250++, chances untuk nampak jelas muka deorang adalah susah. Hurmmmm.

M - moral dan sahsiah. Hurmm!! InshaAllah, Cik Ina sentiasa mengajar diri untuk berubah kearah yang lebih baik lagi. Kalau tahun lepas sedikit lantang berkata-kata dalam mengutarakan pendapat dan rasa hati, tapi untuk sidang ini lebih banyak mengambil sikap dengar, lihat dan konklusikan.

A - Okay.

R - Releven kepada pelajar? Tang mana tu? Tapi memandangkan Cik Ina memantau portfolio Akademik, rasanya releven la kotnya dengan program yang banyak melibatkan akademik dan pendidikan pelajar. Mungkin.

T - Tegas. Haisshh!! Tak tahu nak tegas tang mana!! Sebab Cik Ina pun adanya masanya melanggar juga peraturan kolej contohnya setinggan. Cik Ina setinggan dengan Pepungut Ma'de. Hahahah!! Setinggan la tukan?? Kan??
Rindu Pepungut Ma'de tu. 

1 & 2 Ogos 2016
 Kem D' Agroloka, Jelebu



Cabaran felo sekarang dengan felo UKM dahulu berbeza ye. Dahulu Felo UKM hanya tertumpu kepada bidang pendidikan dan akademik pelajar, tapi sekarang ruang lingkup tugas felo semakin ketara sukarnya. 

** Cabaran dalam menyumbang kepada menjayakan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara

** Cabaran dalam mencapai KRA 1 - KRA 6: Khususnya KRA 1 dan KRA 6 tanpa meninggalkan KRA yang lain 

** Cabaran dalam kebolehpasaran Graduan:72%

** Cabaran dalam menguruskan kerencaman pelajar UKM

**Cabaran dalam berhadapan dengan Prestasi dan Pencapaian Pelajar UKM yang semakin hebat

**Cabaran dalam peruntukan aktiviti yang semakin berhemat

Dan banyak lagi cabaran-cabaran jelas dan kabur yang kami dibarisan felo kolej kediaman kena menangani bersama-sama pihak pentadbiran kolej dan UKM. Yang terutamanya cabaran kewangan. Termasuklah kewangan sendiri. Bhahahaha. 


Orang selalu cakap tugas felo senang je. Okay! Taknak cakap dah.

Jadi, bila ada kursus seumpama ini, kita boleh la nak buat keluhan kesahan dan adik beradik an an yang lain. Jiwa tercalar ke, jiwa tak kental ke sebab nama naik dalam UKM Confession ke, penghuni maki ke, ahhhh. Itu perkara biasa. Tapi, tak biasa dekat Cik Ina sebab tak pernah kena lagi. Penghuni kolej KTHO pun Alhamdulillah tak pernah lagi yang datang bilik Cik Ina serang. Hahaha.

Kumpulan 1

Hari itu kitorang kena masuk air. Tasik D'Agroloka tu la. Haishh, air dengan Cik Ina bukan boleh dekat sangat. Tapi boleh la. Gambar diatas, tugasannya adalah mencari batu penanda di dalam kolam kecil ini. So, kumpulan 1 dapat 2 batu penanda. Prasyaratnya kena 3 batu penanda. Jadi, hukumannya adalah sapu lecah dekat muka. Nah!!!
Sedang menanti pergerakan kumpulan lain
Best,sebab kursus felo dulu tak buat dekat luar. Jadi, Cik Ina tak berapa kenal felo dari Kolej lain. Dengan adanya kursus seumpama ini, Cik Ina kenal la mereka. Tahu la courses mana, asal. Biasiswa or pinjaman peribadi sambung belajar.


Tasik D'Agroloka, Jelebu

Yang ini seram. Kalau tetiba ada ular air macam mana? Hah, selalu fikir merepek-repek. Tapi, best!!! Tu je nak cakap.


Okay la. Kursus felo Selesai.

Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment