Friday, 30 September 2016

:: Kem Pemudahcara (PC) UKM ::



Kursus Kem PC di Kem Bina Negara Kuala Lipis
16 - 19 Ogos 2016


Memang berturut-turut tau urusan fefelos KTHO. Kali ini Cik Ina yang akan mewakilkan felo KTHO yang lain ditemani dengan felo Acap. Kononnya turut serta menjadi fasilitator. 1 kolej hantar 2 wakil. Ayokkk!! Kena pula masa ini Cik Ina punya turn. Kali ini dekat Kuala Lipis je, tahun lepas dekat Terengganu.
Havoc gila team fefelos yang pergi. Siap buat group whatapps sampailah ada tagline #KakakConcern #UKMOcemEmmDapNgat

Pening kau tengok taglinenya. Akak pun sama. 


#IPD 4
Cik Ina dapat Kumpulan 4 yang mana tugasannya kena pergi ke IPD.
Emakkkkkkkk. Boleh masuk ke? Tapi, memang ini satu task mencabar la. Cik Ina pun tak pernah terfikir nak buat macam ini. No hp. No money. Sehelai sepinggang pergi ke tempat tu. Buat buku skrap. Kena pandai cari duit untuk survive satu hari. Hurmmm, menarik sangat.

Ditambah dengan menariknya, setiap fasi iaitu felo akan dijadikan sebagai bebanan kepada kumpulan tersebut. Mesti kena pastikan kebajikan fasi kumpulan masing-masing. Hahahaha. Task pulak tu berbeza-beza. Tapi, believe it, ia memang memberi impak besar pada makna 'Kerja Kumpulan'.

Bersama Tuan Amir 

Tuan Amir merupakan pegawai yang bertanggungjawab membantu kitorang. Siap minta belanja makan dan hantar kitorang pulang ke Kem Bina Negara. Hahaha. Team IPD 4 semuanya lain kolej, lain fakulti & yang pasti baru kenal dekat sini. Sangat bekerjasama. Sebagai Princess yang dijaga, Cik Ina seronok dapat team dengan deorang. Hahaha.

Memerhatikan Team IPD 4 menyiapkan buku skrap

Kitorang dapat maklumat lengkap siap dah. Team terbaik dalam Sejarah Asia Timur Tengah. Yehaaaaaaa.

Barisan Felo Kediaman UKM

Cik Ina kenal dekat Kem Felo, kenalan semakin menjadi-jadi bila kitorang diberikan satu bilik yang memuatkan semua felo perempuan. Hahaha. Berhimpit jugak la. Seronok. Ada yang bercerita tentang belajar, aktiviti kolej, program mega kolej, Kursus MEP et al. Fuhhhh!!!!


Bersama TNC HEPA, Dato' Aziah
 Haaa, team felo pun nak bergambar juga. 

Cik Ina ingat-ingat lupa aktiviti yang kitorang buat, yang pastinya semua aktiviti memenatkan. Tenaga habis, mental koyak. Sampai ada yang surrender nak naikkan bendera Malaysia tu. Memang koyak habis la. Tinggal nak menangis je. 

Esok paginya pula, diambil alih oleh PC Pusat, Cik Ina tidur lama sikit, tak tahu apa yang deorang buat. Tengahari & Petang pula baru diambil alih felo. Yang itu besttt!!! Siap diajar berlakon lagi. Best! Best!. Cik Ina siap record lagi tarian-tarian yang best. Yehaaa!!!

IPD 4 in memory

Masih lagi ada group whatapps TEam IPD 4 cuma dah tak sehebat dulu la, sama-sama share kenangan. Nampaknya deorang dah makin busy, Kak Ina deorang ni pun semakin busy dengan urusan kolej dan diri sendiri.
Apapun, kenangan-kenangan dahulu sentiasa dihati. Ewahhh!!!.

Bye Kem PC.


Tahun hadapan felo lain pula ye. 

No comments:

Post a Comment