Wednesday, 28 September 2016

:: Jurnal Geografia Ogos 2016 ::



Hai MLA, lamaaaaaaaa sangat Cik Ina tak chit-chat dengan awakkan? Yela! Banyak sangattttt sanggaaatttt insiden menggembirakan dan dukalara yang berlaku dalam hidup. Lepas tu kan, dah namanya tak bukak laptop. Habis tu macam mana nak update blog, Makanya bersawang dan bersarang lah penuh. 
Mula-mula ada blog dulu, semangat waja perkasa tak payah cakap, makin lama makin tak waja dah. Tinggal persona jela sekarang ini kan. 
Tapi tak apa, Cik Ina akan review semuaaaaaaaa semuaaaa yang telah berlaku dekat Cik Ina sepanjang bulan-bulan yang tak menjelma tu. Haaa.

Garap terus dalam satu bulan, harap-harap menjadi kenyataan la. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Okay! Okay! Selesaikan omelan-omelan kecil tu. Sekarang, Cik Ina nak share pasal #PhDMoodOn. Yes!! Pasal jurnal yang telah diterbitkan. Apa? Apa? Alaaaa, ingat tak, dulu Cik Ina ada la sekali dua meroyan dekat FB dengan wechat pasal jurnal asyik kena reject je. Motif sangat pensyarah tu, tapi akhir kalamnya jurnal Cik Ina diterbitkan juga selepas berperang air mata dan tangisan sendu sendan dihening pagi. 

Pagi 21 August 2016, Cik Ina dapat berita gembira. 

'Salam, sukacita dimaklumkan bahawa Geografia Vol 12 Issue 10 Ogos 2016 telah terbit. 

Wahhh!!!


Senyum sampai menitiskan air mata. Bangga sangat! Tak kisahlah nak teriak jugak. Nak teriak jugak. Tak nak control air mata ini. Sampai bilik terus peluk Pepungut Ma'de yang tengah syok tidur tu. 

"Pungut, jurnal Ma'de dah terbit. Pungut. I Love Me & You. Pungut. Ohhh Pungut. Jurnal Ma'de dah terbit. Okay, jangan hyper sangat. Jom, Ma'de belanja ikan rebus 5 ekor besar punya. Pungut duduk sini, Ma'de nak rebus. Hadiah. Hadiah okay.


Jurnal 1


Kegembiraan itu sehingga disharekan sekali dalam FB. Motif sangatkan. Tapi tula, nak cakap yang nak terbitkan satu jurnal pun penuh dengan tangisan. Macam mana la yang akan datang. Mau makin gemuk. Bila diterbitkan kan, ada satu perasaan lain hadir tanpa diundang. 

Rasa macam-macam tapi yang pasti rasa SATISFACTION, kelegaan berpanjangan, tagisan kegembiraan dan perasaan ke'bodoh'an yang disimpan.

Ahhh!!! Jiwa betul la kalau cerita pasal #PhDJourney & #RoadtoSuccess ini kan.

Okay. Kalau MLA dah baca, nak citationkan kan, MLA ikut je style UKM Style takpun APA Style, takpun ikut la U MLA guna style apa, tapi jangan lupa cite tau. Kebahagiaan Cik Ina bila mana MLA cite sikit la nama Cik Ina dalam tesis mahupun jurnal MLA. Ewahh!!

Citation:

Zurina, A.S. & Er,A.C. 2016. Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: Kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 12(10):113-126.

Okay. Yes. 


No comments:

Post a Comment