Friday, 30 September 2016

:: Bengkel Penulisan Artikel Jurnal ::


Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Pelajar Siswazah
Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan
25 Ogos 2016


Pelajar Siswazah dibawah seliaan Puan Penyelia wajib hadir dengan berbekalkan sorang satu jurnal belum terbit. Katanya nak diterbitkan di mana-mana Jurnal yang berkaitan. Best sangat. UKM sahaja di bawah FSSK ada banyak jurnal yang berindex seperti Akademika, 3L, e-Bangi. Waahhh!!!
Terus rasa bangga jadi pelajar PPSPP, FSSK, UKM.

Haaaa gituhh!!!

Cik Ina dah Mekyu

Di FSSK, ada beberapa Jurnal yang boleh dimajukan untuk diterbitkan, tapi kena tengok syarat-syarat kelayakan ye. Bukan boleh terbit senang-senang je, ada step by step dia la. 

Antara jurnal pilihan adalah:

Jurnal Geografia
Jurnal 3L
Jurnal GEMA Online
Jurnal Komunikasi
Jurnal Akademika
Jurnal e-Bangi
Jurnal Jebat
Jurnal Melayu
Jurnal Psikologi Malaysia
Jurnal Geografia

Pelajar Dr Bib seramai 13 orang, jadi kitorang ada 'support group' yang sangat membantu. Cik Ina nie kira adik la sebab junior deorang. Deorang dah 2 3 4 tahun dah, Cik Ina baru Sem 3, tahun 2 gitu. Adik lagi la. Proposal pun tak defend lagi. Gituhhh!! So, kalau ada apa-apa masalah terus tanya dalam group, kalau takpun private message la. 

Sebahagian team Penyelia Dr Bib

Banyak input yang Cik Ina dapat dalam bengkel ini. Dah boleh fikir nak hantar junal berimpak dekat mana, syarat-syarat penghantaran, gaya penulisan setiap jurnal adalah berbeza. Begitu juga dengan bayaran. Ahhh.

Puan Penyelia Prof Madya Dr. Habibah Ahmad

Puan Penyelia yang banyak membantu Cik Ina. Sewaktu jatuh tak bangun, sewaktu hampir ke penghujungnya Master & sewaktu dengannya. Dr Bib yang jiwanya seperti emak-emak, marah pada tempatnya. Yang pasti suka membebel sikit. Hahaha! Tapi, itu lah, kalau taknya sambil lewa je Cik Ina nie. Suka berangan. Ayat yang selalu CIk Ina dapat "Zurina ni suka perap dia punya tesis", hahahahah. Yang sebenarnya Cik Ina tak yakin dengan Cik Ina punya bahan. Duluuu la. Sekarang yakin dah. Bhahahaha.



Selesai sesi pagi, bawa ke sesi petang iaitu pembentangan jurnal pelajar,
waaaa, malu rasanya nak present paper kita. Paper deorang dalam BI, term perkataan yang digunakan pun tak pernah dengar, melangut Cik Ina gitu. Haha, okay la. 

Selesai. Kena kemaskini susunan ayat dalam jurnal,
banyak yang perlu dibetulkan untuk satu jurnal yang entah bila dapat proceed ke next step. Tak apa, itulah bayaran & harga seorang pelajar. Mungkin.

Alhamdulillah atas ilmu yang tak ternilai ini. Amin.




No comments:

Post a Comment