Monday, 16 May 2016

:: Mencari SOUL ::



:: Jiwa!! Sedang ditenteramkan oleh satu jiwa yang lain, Pungut ::

Pernah rasa tak suatu masa kita rasa stress sangat dengan environment kita? Ada masa macam nak melarikan diri dari surounding kita? Ada masa macam kita rasa "Apa benda la yang aku buat ni?". Kadangkala tu, menyesal pada sesuatu yang kita tak seharusnya kita sesalkan.Macam apa yang sedang berlaku pada diri Cik Ina. Betapa bersungguh dan susah payahnya kita hendak sediakan, akhir kalam!! Stop!! Enough!! 

Perasaan untuk print dan abadikan di salah satu frame utama bilik adalah tinggi

Tapi betul la. "Tanpa kegagalan, kita tak rasa nikmatnya kejayaan"

Jurnal!!
Yes. Kali ini Cik Ina nak share MLA. Kenapa orang kata nak buat jurnal, senang je. Copy paste je tesis kita, combinekan Literature review, put there, put here, put everything there. Done!!
OMG, kalau semudah itu!!! Syukurnya!! Syukurnya!! 

Tapi benar ke??

Sepanjang menjadi RA dahulu, susahnya!! Sampai kena bayar 900USD, bila convert RM3600 MLA oii. Kena tukar itu ini, ayat BI kelaut, kita upah pegawai tiptop dari KPT tolong translatekan. Itu belum lagi masalah analisis SPSS. Katanya kalau sekadar menganalisis menggunakan statistik deskriptif, itu standart level pelajar Sekolah Menengah STPM kata kau. OMG!!! One more time!

Betapa kegilaan Cik Ina untuk kejar Q1, Q2, Q3. (Jangan ditanya apakah itu Q-Q tersebut).

Sampai satu tahap!! Ah!! "Sudah la dengan kau punya jurnal. Aku dah pening". 

Tapi terdetik dihati!! MasyaAllah. Kenapa dengan jiwa!! Perasaan semua itu lahir dari jiwa.
 Ya! Jiwa. 

"Sekiranya mahu berjaya, kita sendiri yang seharusnya mengubah nasib diri kita sendiri"

Kata-kata seringkali terngiang-ngiang, Thanks to Tun. Entah kenapa! Setiap kali dalam keadaan down, kata itu terdetik di jiwa. Makanya, bangkit. Tak mahu mengalah dengan perasaan yang sementara. Walaupun beberapa kali jurnal ditolak, perlu dibetulkan, perlu pemantapan dari segi itu & ini. Walaupun kelihatan jurnal itu sepertinya keanak-anakkan, pun begitu, masih ada ruang untuk diperbaiki. 

Tahu, bila rasa mahu mengalah!! what should I do??

Allah SWT. Sematnya di Hati
Keluarga. Tempatnya di Setiap Hembusan Nafas
Nafas & Cinta. Duduknya di Jiwa. 

Okay!! Jom sambung berjurnal. Doakan semoga kali ini lebih berjiwa. 

2 comments: