Tuesday, 5 April 2016

:: Short Vacation - Cameron Highlands ::


:: One happy family at HOME ::

18 - 19 MAC 2016

Asalnyakan, Cik Ina balik untuk temankan Puan Emak menjalani rawatan susulan dekat KPJ, Ipoh.
Dah siap-siap nak pergi itu, call la PA Dr. Kalidasan tu, auchh. clinic will be close for 2 day. Auchh!!
Alaaaaa, kenapa la tak perasan tarikh tu. Alaaa.

Jom, Cameron nak? Pergi cari pokok cabei.*baca ala-ala orang Perak sebut ye* .Okay gak tu. Lama tak pergi. Dah 2 tahun. Jom, siap baju semua. Eh! Mana bawa balik baju. Ingatkan nak balik hari Ahad esoknya je. Alaaa. Ahh! Lantak la. Jom!! Bergerak Jumaat Tengahari lepas Zohor, noknei noknei, sampai petang la jugak. Kitorang naik ikut Tapah, balik ikut Simpang Pulai. Bagus perancangannya. Konon taknak jem la. Konon.

Tuan Belog. Demam.

Cik Ina nak ingatkan la ye, dari Tapah, MLA tak akan, tak akan sekali lagi penegasan, tak akan jumpa shell, Petronas et al. sebab hutan bukit bukau. Dah rasa menyesal tak buang air siap-siap. Aihhh, menahan dari Tapah. 2 jam kot!! Balik ikut Simpang Pulai pun macam tu jugak kisahnya. Adoiii!! Sabar jela.

Malam Sabtu, kitorang ke Pasar Malam Brinchang. Amboi, siap beli sweater purple tu, jeles tengok anak buah beli sweater, Cik Ina nak juga. Tak ada apa sangat aktiviti malam tu balik bilik, cicah la strawberry dengan coklat. Habis malam tu, 3 kotak strawberry. Cik Ina, bukan kaki strawberry. masam. Tang mana yang manisnya?

Pagi Sabtu. Demam. Muntah.

Mungkin cuaca & badan pun terkejut kot. Entah la. Dah tak enjoy nak jalan-jalan.
Tapi still berjalan. Orang lain kata panas, Cik Ina sorang yang kata sejuk. Ada hikmah tu yang beli sweater tu kotnya. Hahaha!

AGRO-TECHNOLOGY PARK MARDI

Ini tempat nak tengok bunga-bunga la. Nak masuk kena bayar. Cik Ina tak tahu berapa, semua urusan duit-duit masuk bayar, tugas Alang. Cik Ina demamkan. Lagi pula tolak kerusi roda Puan Emak,
memang tak la kan. 


K.A.M.I
Anak buah Cik Ina suka bergambar, suka selit-selit, nak kata senang bawa jalan, tak juga.
Meragam juga, tapi okay jela. Nama budak-budak, mesti nak itu ini kan.
so, mama dia la yang kena layan. 

Jantung Hati Cik Ina

Eh! eh! Puan Emak gembira sangat dapat beli bunga kaktus, pokok itu ini. Yang lagi kelakar, AbgLong pun siap beli bunga. Amboii, ko nak letak dekat mana Along? Siapa la yang nak siram hari-hari bunga ko? MakChik bet tak lama la bunga ko hidup Long. Hahaha.

LUPA NAMA TEMPAT


Harus ADA

Walaupun demam, ia tak jadi halangan untuk Cik Ina menyemadikan gambar kenangan ini. 
Sebab tahu, belum tentu 2 tahun lagi nak datang sini, dah la dengan jem krengg nya hari Sabtu. Hahaha!! Bertabah la duduk dalam kereta. 

Matlamat UTAMA

Masa ini Cik Ina dengan Puan Emak tengah bersila pilih pokok cabai. Ada RM18, ada RM8, ada RM10. Cik Ina punya RM8 sahaja. Yang dekat tangan tu. Puan emak, dapat 3 pokok cabai. Cik Ina 1 je. Ahh!! tak adil ini. 
Walaupun demam, hidung dah berbuih-buih, kepala dah tingtong, tengok pokok cabai, sihat kejap. Lepas tu demam balik, hahaha. Cadangnya nak ambil pokok daum kesom, mana tau kot nak buat laksa ke, asam pedas Perak ke, tapi bila fikir, asyik mati je. Hurmmmm!! Tak jadi ambil.
Ada juga pokok daun pudina, aissshhhh!! Tak suka la.

"Mak, pokok cabai yang ini okay tak? Yang tu? Alaaa yang ini la. Eh jangan yang tu, kecik". Hahahaha!! Gigih ye.

TRINGKAP, KEA FARM ,STRAWBERRY FARM

Kali ini,kitorang tak sempat nak pergi ke Taman Rama-Rama, Taman itu ini la. Kan dah cakap, matlamat nak cari pokok cabai je. Haa'. Singgah lagi dekat Tringkap ke mana ke, tak tahu la. Tapi famous la, jual sayur 10 jenis sayur = RM10.  Aisshh!! Memang teroyak kalau tak beli.
Cik Ina pula jalan dengan Puan Emak, deorang jalan dengan anak masing-masing. Ewahh!!
Kitorang pergi cari pokok cabai lagi la. Tak tahu dah berapa pasu dah yang kitorang berdua beli.
Lepas itu bising,

"Mak, nak letak dekat mana. Hah, letak kat kaki org lagi ke, org demam ni mak" -adu Cik Ina

"Haa', time beli cabai tak ingat demam"

Ciss!!Nyampah. Esok berebut la nak pokok cabai Cik Ina, bla la Emak. Hahahaha.


Puan Emak tengah explain cara menanam pokok cabai

Cik Ina& Puan Emak tengah tunggu deorang yang lain, kitorang dah setel awal. Datang segerombolan aunt Cina dari Pulau Pinang, pelik tengok kitorang kecoh-kecoh pasal poko cabai, deorang datang, pelik je.

Ayooo, banyak beli pokok cabai ye.

Haa', nak buat tanam dalam pasu balik nanti. Puan Emak siap sembang-sembang bagitahu kedai mana murah, kedai mana mahal. Ha' siap hafal jalan, kedai no berapa. Ciss!!
Enjoy je dia sorang-sorang duduk atas kerusi roda tu. Eleh, bla la Emak. Hahaha.

LADANG TEH BHARAT

Requested by AbgLong. Dia yang nak minum teh konon-konon sambil pemandangan pokok teh. Konon sangat. Tapi penyudahnya, dia yang buatragam. Adoiii. Sabar jela. Habis semua meragam, mungkin penatkan. Banyak tempat singgah, jadi macam tula. 

Rasa Teh la.

Walaupun anak MakNgah meragam, Cik Ina buat tak tahu je. Demam. Hahaha. Cik Ina geng dengan Puan Emak je. Haruslah. Sambil mengeteh, sambil layan suasana. Tak ada la layan sangat.
Yang sebenarnya lapar. Tu yang ye nye.

Seketul MakChik dan Seketul KakLong Anje

Inilah pokok teh. Hah. Nak juga bergambar berlatarbelakangkan pokok teh. Okay! 

Selesai.

Short vacation . Enjoy!


No comments:

Post a Comment