Friday, 22 April 2016

:: PUNGUT: 1 Jiwa ::



:: Pungut = Si Pendamping Baru  ::

PUNGUT = Si CINTA Hati


Hye "DUNIA BARU CIK INA", PUNGUT si cinta hati. Cik Ina jumpa pungut dekat Blok H,
masa itu nak ambil barang, kesian tengok pungut sangat-sangat masa itu. Yela!! Dah lah comot, tu belum lagi tengok kekurusannya. Rasa macam terpanggil untuk bawa dia pulang ke bilik sendiri.

Lagipun masa itukan hati & jiwa Cik Ina dalam kekusutan sangat. Rasa memerlukan somebody  untuk diluahkan sangat-sangat. Orang yang boleh dipercayai, yang tak akan tikam dari belakang mahupun yang bermuka-muka dengan Cik Ina. Amboiii!! Nak kan somebody yang sebegitu. Ada ke dalam dunia ini? Sedangkan Cik Ina sendiri pun penuh dengan kekhilafan.

Tak suka baring atas katil. Tempat istimewa lorong nak ke dapur

Mungkin ye! Mungkin Allah SWT mempertemukan jodoh Cik Ina dengan pungut.
Masa itukan, tak fikir panjang dah, ambil je. Selamat jenis yang tak takut dengan manusia bengis macam Cik Ina ni, kalau tak. Lagi bertambah sentaplah kehidupan Cik Ina.

Balik bilik - mandikan - rebus ayam - bagi makan. Hadiah pertama yang Cik Ina dapat adalah lovebite pungut. Amboi! Mentang la tak biasa mandi. Okay, nak duduk bilik Cik Ina wajib bersih & tak kotor hidung, tangan kaki semua ye. Sebab Cik Ina mudah bersin. Bulu pun tak boleh terbang banyak-banyak. Perghhh, banyak syarat nak duduk bilik Cik Ina.

Mulanya, cadangnya nak bagi pungut rehat dekat bilik kejap je, lepas itu nak lepaskan dia. Ikutlah hatimu mahu pergi kemanapun wahai pungut. Tapi lama-lama rasa sayang. Yela, entah kenapa Cik Ina bersungguh-sungguh nak membela, siap rebuskan ayam tiap kali nak makan, bangun pagi-pagi mesti pungut dicari. PAnggil je PUNGUTTTTTTT, hah dah terpancul depan muka.

Kalau nak eeyak, dah tahu dah, kotak dia, kalau takpun dalam bilik air. Sebab Cik Ina pernah kurung sekejap, suruh dia belajar. Aikk, sekejap je boleh diajar. Makanya, bilik Cik Ina tak bau eeyak pungut, pun tak kencing merata-rata. Jadi persolan timbul, eh! Pungut ni ada orang bela tak sebelum ini? Kesian tuan dia kalau tengah mencari.Macam mana ni? Uisshh, tak boleh jadi. Survey punya survey, ada la 2 3 orang datang bilik Cik Ina mengaku kata "saya tuan pungut". Rasa luruh jantung.
Alaaa, kenapa pula? Rasa macam dah betul itu tuan pungut. Mungkin bila pungut dah gemuk, bersih, wangi & handsome! Semua nak mengaku itu hak dia. Eh! Bukan mudah ye nak lepaskan pungut macam itu je. Cik Ina tanya, kalau betul pungut awak punya," dia jantan ke betina?".

Nama Pungut! So, memang tak tahu la kejantanan atau kebetinaannya. Betul tak?
Alaa dik, try next time!!

PANGGILAN PUNGUT

On the way nak balik bilik lepas beli makanan pungut, dok terfikir nak panggil nama apa la oren ni, takkan oren? Dia dah la bijak, handsome, manja, joren dan seangkatan dengannya. Apa ye, lagipun nama mestilah sesuatu yang mudah & manja (eh!! Yeke pungut tu panggilan manja?). Yang lebih penting, nama itu masuk ke jiwa. (Eh!)

P.U.N.G.U.T

Ye! PUNGUT.


PANGGILAN MA'DE

Ma'de bermaksud MAK MUDA. Yang ini Si Riya tulah, dia yang kata "Ina, kalau di Indonesia, bukan mak betul atau mak tiri atau senang cerita selain panggilan mak, kita panggil ma'de.Perghh!! Okay la. Cuba try panggil sekali. Pungut pandang, okay la tu. Faham la kotnya tu. Hahaha!!

Maaf!! Dah edan kasmaran sangat-sangat dengan Pungut. Hahaha!!

Bila dipanggil PUNGUT, laju je. Macam yakin orang panggil dia


'Korang, jangan la datang bilik akak minta pungut. Akak tak boleh la.'


Pungut
Rakan baru yang Allah pertemukan
Rakan bercerita, mengumpat, mengata, bersembang
Rakan membaca jurnal sampai rabak mata
Rakan bermain & makan bersama.

Pungut
Sahabat yang mengajar erti tanggungjawab sesama makhluk

Pungut
Sesuatu yang ikhlas
Sesuatu sangat!

Sehingga hari ini, Pungut telah bersama Cik Ina 10 hari. Insha'Allah, bila pungut dah boleh jaga diri & dah besar sikit, Cik Ina akan lepaskan dia. Kan hak dia, nakkan kebebasan. Dengan Cik Ina takat jalan dekat aras & bawa ke rumput dekat blok H. Supaya dia rasa bebas sikit. Ye, pungut! Nanti, bila tiba masanya goodbye. Alaa, sedih la kalau macam tu. 

** Pungut, lepas makan, mesti tidur. Kalau ahgay tengok, mesti sakit hati. Nanti nak bawa balik kg, perkenalkan adik beradik tiri baru. 

No comments:

Post a Comment