Monday, 25 April 2016

:: Program Tasik Chini 6 -7 April 2016 ::



:: Tasik Chini ~~~~~~~ Enjoyyyyyy sangat ::

Eh! Eh! Eh! Yang sebenarnya pergi ke Tasik Chini ini tak ada plan pun, tiba-tiba malam tu dapat mesej whatsapp dari Puan Penyelia, Prof Madya Dr Habibah Ahmad. (Fullname terus). 

"Zurina, jangan lupa esok ye"

Baik Dr.

Wowww!! Baik sangat pelajar Dr Bib ni, Hahaha. Walhal kepala dok fikir, macam mana ni, jadual berderet-deret kot. Ke BAKSIS 6.0 Kelantan, lepas tu lagi ke PROJEK SISWI 1.0 Melaka. Amboii!! Tak duduk diam dekat bilik. Rasanya sebab tanggungjawab. Insha'Allah. Sebab tanggungjawab. 
Cik Ina rasa kebertanggungjawaban sebagai pelajar terhadap supervisor (SV) kita, tanggungjawab sebagai felo jugak tak mungkin dilupakan. 

Blok C, Bangunan Penyelidikan

Kalau boleh nak seiringkan antara satu sama lain. Iye!! Nak seiringkan. Kalau boleh.

Makanya, pagi-pagian jam 6.30 am, Cik Ina dah bersiap sedia. Baju simpan dalam backpack  je, tak perlu beg troli sebab tak lama pun, rasanya kalau sampai pun nanti memang lama la dekat bilik RA tu. Haissh!! Memang betul ye. Ini kali pertama Cik Ina sampai ke Tasik Chini. Selalunya dengar student lain je yang cerita pasal Tasik Chini. Kali ini pergi tengok sendiri. Waaa!! Awesome!! Sampai masuk ke kawasan orang Asli bagai, jalan batu-batu, kecil. Uwaaa!! Tasik Chini sangat.

Kitorang lewat. Brieffing pun tak sempat nak join. Tapi sempat makan. Yehaa!!

Lepas makan, kita ke Blok C. Hujung dunia! 

Kemas itu ini, tampal sana sini, paku situ sinun. Lekat sana sana. Ye!!! Selesai kerja. 

Buku Skrap yang menggunakan kertas daun 

Sambil-sambil tampal-tampal, sambil baca. Ohhh!!! Macam itu ke? Ooo!! Kertas skrap tu asalnya dari daun itu. Waaaa!!

Idea Beramai

Team Tasik Chini ramai, ada yang dari FST, ada yang dari CITRA, ada yang datang dari FSSK (Kitorang la tu), ada researcher luar (India, Scotland, Indonesia), hah!! sempat la chit chat walaupun Bahasa ke laut dalam. Janji faham. 

Dr Bib & team

Made by Orang Asli Tasik Chini

Kalau tengok kraftangan yang Orang Asli buat, memang berseni sangat. Halus. Padu.
Asli la senang cerita. Cik Ina rasa nak bawa balik je senduk tu, buat cedok nasi. Kikiki.
Kata Dr Citra tu, Orang Asli sekarang tak banyak sangat buat kraftangan sebegini, weh!! diorang pun dah moden kot. Yela MLA, kitorang balik, kan kitorang lalu kawasan perumahan Orang Asli, fuyooo!! Diorang ada ASTRO, bilik air dalam rumah, rumah batu ye. 

Moden dah!! Sebab hp deorang lagi canggih. Iphone! Okay. Bye. 

Pakaian Tradisional

KAMI. Mekti, Mekyu & Cik Ina. Kitorang adik-beradik tiri sebab SV yang sama. Tajuk je yang berbeza. Kalau sorang kena hantar jurnal, yang lagi dua ketul tu kena hantar la jugak. Padan muka kita. Hahaha. Cik Ina kakak la kot sebab awal 1 sem. Poyooo!!!
Tapi dalam group 'Penyeliaan Dr Bib', kitorang lah paling adik-adik sebab yang lain semua tinggal nak analisis, nak viva. Waaaaa!!! Jelesnya. 

Wehh beb!! 

Kita kena usaha gigih. Kata nak siap awal. 

Tolonglah percaya. Walhal jurnal makin kelaut. 


Mekti, Mekyu & Cik Ina

Selesai pengembaraan ke Tasik Chini!!

BAKSIS 6.0, Kg Jerek, Kelantan!!! Mohon tunggu Cik Ina

No comments:

Post a Comment