Tuesday, 8 March 2016

:: Tahniah - Biasiswa MyPhD ::


:: Syukur Alhamdulillah ::


Cik Ina panjatkn segala kesyukuran nikmat ini Ya Allah. Syukur atas pemberian ini. Tatkala Cik Ina pun dah tak bekerja, tiada pendapatan tetap, ditambah pula dengan keadaan kewangan yang seringkali menghambat rasa. Mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian yang ditetapkan olehnya.
Perkhabaran itu Cik Ina terima tatkala Cik Ina di KPJ Ipoh. Masa itu debaran hati tak terkata, aihh, layak ke memohon, nampaknya pengambilan kali ini agak rigid  sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mula la hati gundah gulana, takut masa isi online salah la. Apa la.

Dari petang tadi debarannya, baru berkesempatan log in,
once bila tengok TAHNIAH! Air mata pun bercucuran jatuh ke pipi
Ah dramatiknya ceritera ini,
Ya Allah, syukran atas segalanya!

Sedang badai ombak terhempas-hempas dilautan hati,
Engkau hadirkan kebahagiaan yang pasti.
Terima Kasih oh Ya Allah.

Semoga istiqomah ini sentiasa terpahat disanubari.
24 Feb 2016

 Tahu tak yang memohon untuk biasiswa adalah lebih 5000 candidate?



Ye!! 5,000 untuk MyPhD. Alhamdulillah, Cik Ina adalah dalam kalangan tersebut. Syukurnya Ya Allah. Allah  Mengetahui akan jiwa & Hati Cik Ina.

Penting sangat-sangat biasiswa ini, Penting!

Kepada yang gagal. Janganlah berputus harap, masih boleh memohon! 
Jangan jadikan kegagalan ini mematikan langkah anda,
mana mungkin kegagalan itu berulang selamanya. Bukan begitu?

Layak Sambung Belajar! Hehehe

No comments:

Post a Comment