Tuesday, 8 March 2016

:: Puan Emak di KPJ Ipoh, sakit itu kifarah ::


:: Dugaan Allah beri tatkala Cik Ina bahagia, Cik Ina redha ::

Assalamualaikum MLA, ye betul. Lama dah kisah ini, lepas balik dari Singapore, esoknya dapat perkhabaran dari kampung, Puan Emak dah warded di Hospital Changkat Melintang. 
Tanpa fikir panjang, buat keputusan LJ, Cik Ina terus shoot balik kampung.
Ye! Puan emak sorang, kerja kita boleh cari lepas ini kan. 
Rezeki Allah SWT tu banyak, sedunia ini empunya-Nya. Jangan takut untuk buat keputusan ye MLA. Tapi Cik Ina kecewa! Kecewa sekali! Kalau boleh Cik Ina nak menebus kesalahan 'itu'. 
Ahhh!! Mungkin belum masanya.

Pulang ke kampung, melihatkan puan emak terbaring atas katil, perlu cari kekuatan itu. 
Agar tak tumpahnya air mata untuk kali yang keseterusnya. Melihatkan darah ketul-ketul di pampers, air kencing yang bertukar kemerahan, hati siapa yang tenang?
Doc Hosp Changkat Melintang tulis dekat report "not finding result",
apa MLA rasa?

YE!!

Akhirnya family buat keputusan hantar puan emak ke KPJ Ipoh, Cik Ina, Busu & emak hadir untuk kali pertama. Kemasukan & pemilihan Doc untuk check Puan Emak, tak fikir apa, kita proceed  je. Doc Kalidashan A/L Govindan. Cik Ina memilih Doc ini sebelum lihat expertise bidang , tapi bersykur, lepas itu beliau memang Doc yang Cik Ina rasakan layak merawat puan emak.

Puan emak lakukan cystho  pada hari itu juga, keputusan 90% ketumbuhan. Terasa macam dalam film bila mana Doc Kalidashan panggil Cik Ina dan busu masuk ke dalam bilik cystho  untuk lihat sendiri ketumbuhan di pundi kencing emak. Ahh!! Bila lihat darah yang banyak bila dipotong sedikit.
Pengalaman yang tak akan Cik Ina lupakan sampai bila-bila. Ingatkan dalam filem je, Doc panggil keluar, beritahu kondisi pesakit.

Jenuh menidakkan! Tapi siapa kita? 

"Doc, selain perkataan kanser, tolong la guna term word yang lain, tolong la"

"Selalunya kita selalu nak denied. You kena terima, so, you kena fikirkan langkah seterusnya"

Dengar kata Doc Kalidashan, mana mungkin tak meleleh air mata, Puan Emak tak sedarkan diri. 
Duduk sebentar di kerusi, tak sedar air mata deras, dah tak malu dengan manusia yang lalu lalang, tak kisah sudah! Minta kekuatan ya Allah. Minta kekuatan.
Bila kekuatan hadir, Cik Ina perlu sampaikan kepada adik beradik yang lain.

"Semua, kome kena balik kg sekarang, tak boleh cakap disini"

Ye! Semua balik. Kita kena fikirkan langkah seterusnya. 

Rasanya baru sekarang Cik Ina mengerti akan penderitaan orang! Tak kisahlah derita sakit apa sekalipun. Finally, bila semua balik. Masing-masing dengan keputusan.
Puan Emak discharge selepas 3 hari cystho, operation akan dilakukan seminggu selepas itu.
Alhamdulillah, semuanya okay sahaja. Cuma Puan Emak kena pantang, tak boleh makan itu ini, 
tak boleh buat itu ini, tapi Emak! Emak la. Bukan boleh duduk diam. 

Itulah Puan Emak. 

Operation Day

Ward 3
Bilik 211-3
Dr Kalidashan A/L Govindan

Seminggu berkampung di KPJ Ipoh. Seminggu juga la melihat patient sebelah yang bertukar  silih berganti. Hari operation, jangan tanya debarannya. Eda, ambil cuti separuh hari, begitu juga Alang, tiada kelas tambahan. Sambil menanti, sambil mulut tak lepas dari mengaji.
Puan Emak masuk bilik operation jam 2.00pm - 6.45pm. 
Takut? Ye! Rasanya semua tak tunjukkan rasa gundah gulana itu.
Ye! Kami kuat!

Alhamdulillah! Selesai operation Puan Emak, seperti yang Doc Kalidashan kata terdapat risiko-risiko sewaktu pembedahan. Namun, Alhamdulillah. Puan Emak selamat. Itu yang Cik Ina dan keluarga doakan. Alhamdulillah Ya Allah! Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Puan Emak & Cik Ina

Walaupun seperti yang Doc Kalidashan beritahu, 'ia' akan hadir kalau kita tak menjaga pemakanan, life style  dan lain-lain. Jadi, semua itu perlu di 'take note'. Perlu jumpa dengan Doc dengan appoinment yang diberikan. Jangan tinggal ubat-ubatan & most important DOA.

Ye Doc! 

KENDURI KESYUKURAN

Ye! Itu memang hajat Puan Emak, jiran tetangga datang melawat diharapkan membawa rahmat. Amin. Semoga semuanya selamat dunia & akhirat. Sentiasa diredhai Allah SWT.
Semoga derita itu tak hadir menjelma. Agar saat-saat bahagia itu sentiasa didampingi.
Amin. 


Kenduri Kesyukuran

Ya Allah, Ya Tuhanku
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, terimalah taubat kami ini.
Dampingilah kami agar tidak terkalih dari landasanMu ya Allah.
Perkuatkanlah keimanan kami keatasMu Ya Allah
Agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
Amin.

No comments:

Post a Comment