Monday, 29 February 2016

:: Singapore : Part III ::


:: ' Jelajah Singapore 1.0' ::

Memandangkan matlamat utama untuk ke University telah selesai semalam, makanya hari ini kita akan jalan-jalan sekitar Singapore. Orang kata jelajah la. Jadi Cik Ina menamakan hari ini "Jelajah Singapore 1.0". Seperti biasa, kita akan berjalan kaki dari Hotel 81 Gold ke Aljuned Station, pagi-pagi berjalan kaki tu kan, MLA akan tengok la ragam orang Singapore, yang pergi kerja naik kereta, naik MRT, yang baru nak bukak kedai mahupun yang baru ulang dari jogging. Apa jogging??

Kalau yang naik kereta, hah! Takkan dengar bunyi hon kereta, diorang ini memang sejenis manusia yang mengikut prinsip hidup ataupun sejenis manusia yang takut pada peraturan? Entah la. Tapi bagus, semua ikut peraturan lalu lintas. Cik Ina je tak. Hah, deme tahu la dari Malaysia itu. Yela, dah ada zebra line, tetap juga nak lintas langsung selambe kadak. Hahaha!Itu sekali itu je. Lepas itu tak buat dah. Malu! Sila ikut peraturan lalu lintas ye!

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Hai, Hai, Hai. Ini kali kedua Cik Ina sampai. Masih ingat lagi kali pertama datang, tercangak bangak juga la, Tapi untuk kali ini dah tahu dah mana port-port istimewa untuk dijadikan kenangan abadi. Heheheeh!! Lepas ini kompem belum tentu dapat datang lagi. Rasanya tak dah. Tak. Hahaha. 
Yang menjadi kepelikkan kepada Cik Ina adalah hari biasa seperti itu pun ramainya himpunan manusia, pelancong barangkali. Ahhh!! 

Happynya Tuan Blog

Tempat yang sama bergambar.

Najwa , Cik Ina & Khairiah

Hah, betul la tu, Cik Ina pun tak tahu - kata Cik Ina kepada mereka. Hahaha

Pelancong Malaysia & Korea
Tengah tunggu Dr Aniza, sempat la Cik Ina dan deorang melepak dekat situ, tiba-tiba group Korea tu datang, katanya nak bergambar, aihh boleh sangat. Mai-mai Cik Ina tolong tangkapkan. 
Boleh la bergambar sambil tengok orang lalu lalang. Lepas itu bergambar lagi, lagi, lagi dan lagi. Sampai naik lebam la. Penyudahnya lapar. Hah!

Disebabkan Cik Ina pernah pergi, keterujaan itu kurang sangat, tapi masih teruja la. 
Yang pastinya, Cik Ina dan Dr Aniza dah duduk dekat kerusi yang disediakan tu, sambil-sambil sembang, borak-borak kosong pasal belajar et al. Haiisssh, tula ye. Hehe!

Disini, ingin Cik Ina menegaskan sama sekali. Sekali lagi, memandangkan Cik Ina pun tak alert perkara ini, pass tourist yang kitorang pakai itu exclude ye, exclude  tidak termasuk perjalanan bas ke USS. Jenuh la bertekak dengan driver bus tu. Ingatkan boleh sekali. Yakin je kata, ini pass tourist.
Lepas itu, dia lepaskan sahaja. Maaf la ye pakcik driver, kitorang dah ramai-ramai ini memang la. Banyak kepalanya. Sabar la.

Destinasi seterusnya - 

MASJID SULTAN

Mengabadikan kenangan dihadapan Masjid Sultan

Orang kata, kalau sampai Singapore, jangan sesekali melepaskan peluang ke Masjid Sultan. Ini kali kedua kitorang datang, semalam dah datang, hari ini datang lagi. Solat Jumaat! Kitorang tak dapat tempat, bersesak-sesak dengan manusia, kalau solat Jumaat tu kan, sampai terkeluar-terkeluar la senang cerita, kitorang menunggu diluar. Deretan kedai di situ juga tutup. 

Kepanasan masa itu, meamng mencecah kehangatan la senang cerita. Sambil-sambil tunggu itu, Cik Ina menawafkan diri di deretan kedai sambil cari servinior untuk yang sedang menanti. Ewahh!!
Tapi tak mengapa, tengok orang ramai, kebanyakkan orang Melayu Islam & Pak Arab la. 
Dekat luar masjid itu, adalah yang jual tisu et al. Persekitarannya hampir sama dengan di Masjid Malaysia kan. Tak ubah, cuma suasana sahaja. 

Pelajar Akademi Menara Gading (AMG)

ZAMZAM MURTABAK SINGAPORE

Ini lagi satu, orang kata tak sah kalau tak menapak disini. Hamboii!! 
Lepas Solat Jumaat, ramai-ramai bebudak AMG ke Zamzam Murtabak, ala berhadapan dengan Masjid Sultan. Senang je. Keluar je pintu masjid, diorang pun panggil la masuk. 
Memandangkan Cik Ina bukan peminat mamak, ikutkan sahaja la.

Katanya kalau kesini, jangan pernah tak makan murtabaknya. Okay! Cik Ina pesan itu la.

Menu di Zamzam Murtabak
Masa ini ramai sangat manusia. Memang femes la kotnya. 

Murtabak Cik Ina

Ingatkan saiz biasa, ini saiz besar punya. Lah! Banyak ini, Dr, mai share sama. Mai semua, makan sekali. lagipun Cik Ina sekadar nak merasa sahaja. Memang perut lapar, tapi mana mungkin makanan mamak. Hahaha!! Tapi tak dinafikan memang sedap! Betul tak tipu. Percayalah!

Next dextination!!

BUGIS STREET

Dari Masjid SUltan, kitorang berjalan kaki sahaja untuk menyampai ke Bugis Street, jangan tanya Cik Ina lalu ikut lorong mana, yang ini orang yang bawakan, kalau ikut Cik Ina, sesat. Tak jumpa arah tujuan. Jalan punya jalan, sampai la ke Bugis Street, Woowww!!

Memang tempat yang sibuk dengan manusia yang menjual pelbagai jenis keperluan, kalau tak datang ke sini, memang tak sah la orang kat. Lah!! Orang kata lagi. Hahaha. Yela! Murah, boleh la. 
Mampu la nak belikan. Dekat sini, Cik Ina banyak beli keychain, fridge magnet, baju et al. 

Cik Ina dan Shah

Best la! Yela! Cuma tak boleh nak tawar menawar la. Memang dah fix dengan harga itu dah.
Yang pasti kena pandai cari tempat yang jual lagi murah la. 
Tipsnya mudah je, MLA pergi ke belakang-belakang, lagi murah.
Kalau masuk pintu depan, jangan beli lagi, terus lagi lajak ke belakang, selalunya murah.
Macam Cik Ina buat la. Nak banyakkan?


Cenderamata

ESPLANADE & MERLION (THE STATUE OF MERMAID LION) 

KAMI
Destinasi seterusnya disini, sambil berjalan menyelusuri waterfront sambil tangkap-tangkap gambar. Waa!! Memang mengabadikan sungguh-sungguh. Tangkap gambar banyak kali pun, tetap masih terkenang-kenang kenangan berada disini. Masa ini rasa, kalau tak kerana Program Mobiliti & Academic Discourse, belum tentu Cik Ina sampai sini. Hahaha!

Berlatarbelakangkan Marina Bay

Jom jalan-jalan ke tempat singa kencing tu. Kata bebudak AMG ini. Lah!! 
Namanya Singa kencing ke. Ahh!! Tak kisah la. Masalahnya masa kitorang datang tak tepat. Tengah dalam pembersihan. Yela, Nak cuci singa tu, asyik berpanas, bersejuk dan bermandikan peluh sahaja. Hahaha. Tapi jangan tak tahu ye, ramainya manusia. 

Singa tu rilex je. Diorang yang lelebih. 

Alumni AMG Kohort XIII ini kan, perangan gila-gila. Bila kena marah dengan Dato' diam, tapi kalau dekat belakang, hurrmmmm tak berhenti la deorang ini menyembangnya. 
Enjoy je muka masing-masing. Gembira Cik Ina dapat kenal dengan deorang ni. 

Perbincangan untuk penyediaan Buletin Khas
Besttt!! Bergambar - Done! Bersembang - Done! Okay! Jom bincang apa yang kita mahukan dalam Buletin Khas nanti.  Ini merupakan antara moment-moment yang Cik Ina tak akan lupa bila mana semua orang melibatkan diri secara langsung. Sampaikan ada di antara pengujung yang lain tangkap gambar kitorang trngah discuss. Lah! Dah kenapa pula. 

Okay! Selesai.

Jom balik Aljuned Station. Malam nanti kita buat refleksi pula ye!

Enjoy! Happy! Trauma ! Letih!


No comments:

Post a Comment