Monday, 29 February 2016

:: Singapore: Part II ::


:: Perjalanan mencari ILMU ::

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

Perjalanan hari kedua, seperti hari pertama, rilex  smooth sahaja. Sambil-sambil berpusu-pusu dalam MRT. Masa pack kot, orang semua nak pergi kerja. Jam 8.30 pagi sudah menapak di Aljuned Station. Ha, macam itu la, berebut-rebut nak masuk MRT. Yela! Kalau lambat memang akan kenal tinggal la. Dah tu pulak kita banyak stop dan change MRT  dan sampai la ke Lower Kent Ridge Road. Jadi, kalau tertinggal memang tak tahu arah tuju la.

Lepas MRT, turun naik bas pula. Ha, gitu kekdahnyanya. Cukup lengkap pengangkutan yang kitorang naik. Boleh pula silap naik bus, naik turun bus. Memang gembira la. Dah tu, boleh pula berjalan kaki dalam 800 meter nak menyampai ke NUS (National University of Singapore).

NUS = Universiti Terbaik Dunia. Setuju!

Okay! MLA jangan la tanya mana gambar-gambar kenangan di NUS. Mohon jangan tanya lagi. Nanti sedih. Yela! Kenangan terabadi hanya dalam memori ingatan semata-mata. Di NUS. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh Pelajar AMG, antaranya menemubual pelajar NUS. Tengok budaya belajar disana, melihat penampilan dan tatarias pelajar disana, ada yang dressup biasa-biasa, ada yang luar biasa. Budaya berbincang perihal ilmu, sambil makan sambil membaca!! Persekitaran yang Cik Ina rasakan sungguh wowww!!!

Bon Appetite! NUS foodlover#

Seterusnya, Cik Ina bergerak ke Nanyang Technological University. Seronokkan! Naik MRT dari Boo Lay - turun naik bus 179 ke Nanyang University. 

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY

Universiti tertua di Singapore yang masih mengekalkan tradisi masyarakat Cina. Yang pastinya kenapa Cik Ina berkehendak sangat sampai ke sini adalah kerana architecture universiti ini sendiri. 
Disini, Cik Ina diberi taklimat berkenaan muzium Nanyang, penubuhan et al. Sekali pandang, memang tak lari pandangan dari kehijauan pokok-pokok hijau yang itu tinggi-tinggi, besar-besar dan yang pasti berpuluh-puluh tahun pokok itu berada di sana. Ewaaaahhh!!! Akhirnya dengan mata kepala, impian & harapan, tercapai juga hajat dihati melawati University idaman dahulu kala. Sekarang tak idam dah la. 

Green Roof di Nanyang University
Kolej Kediaman Pelajar

College of Humanities, Arts & Social Science
Hah, tula, disana! Ye, disana. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Tengok la tu, atap deme pun ada pokok-pokok. Waaa!! Tengok dari jauh dah menggembira hati, inikan pula kalau dapat belajar dekat sini. Macam mana la P&P deorangkan? 

MUZIUM CHINESE HERTAGE CENTRE, NANYANG UNIVERSITY

Pelbagai maklumat tentang kedatangan masyarakat Cina ke Singapore, asal usul penubuhan Nanyang Universiti, bayaran  & yuran pengajian sewaktu penubuhan Nanyang et al. Penerangan tentang perkembangan pendidikan, pelajar et al.




Hive, Mercu Tanda Nanyang University

Cik Ina: Atok! Atok! Atok buat apa tu?
Atok: ni hah, tengah bercucuk tanam, kita kan orang susah!

MASJID SULTAN SINGAPORE

Perjalanan Cik Ina diteruskan ke Masjid Sultan Singapore, nak merasa sembahyang Jamak di sinikan. Masjid Sultan ini di daerah Kampong Glam. Kena turun MRT Bugis kalau tak silap Cik Ina la. Jauh juga kalau jalan kaki tau, kena lepas trafic light la, kena lepasi Hospital la, macam-macam la. Enjoy!!! Mula-mula kitorang pakai redah je masuk, rupanya tempat solat wanita di belakang ye! Kena naik lif lagi tu. Woww!!! Tempat wuduk wanita dekat luar, lepas itukan, tak ada kasut, dah tengah panas terik masa itu, Cik Ina pinjam je selipar jamban sesiapa dekat luar tu. Tersusun la sebab ada tempat kasut. jadi, jangan letak kasut merata-rata. Waktu kitorang solat, ruang solat wanita tengah mini under construction gitu. 

Dilarang sama sekali BARING. Lagi sekali diberi penegasan & penekanan. Dilarang keras BARING walaupun tak tidur. Mesti kena sound direct punya. Bagi Cik Ina Masjid Sultan sama seperti Masjid yang lain. Menariknya rekabentuk masjid tu la. Yehaa!!

Sambil menanti yang lain usai solat

Ye!! Cik Ina dikelilingi adik-adik AMG yang banyak ragam. Sabau jela dengan kerenah deorang ni. Tapi yang pasti dalam banyak kerenah, pandai-pandai deorang ini. So, tak apa. Senang diajak berunding, minta tolong pun mudah. 

MUSTAPHA CENTRE SINGAPORE
Malamnya pula, kitorang menapak ke Mustapha Centre. Kalau dekat sini, kita boleh samakan dengan Mydin. Tapi ini Mustapha Centre harga boleh tahan mahal! Apa kes nak samakan dengan Mydin? La, samakan dengan Mydin dari segi produk jualan yang kebanyakkannya macam keluaran sendiri, lepas itu, susun atur kedudukan barang jualan, pekerjanya et al la senang cerita. 

Dekat sini, Cik Ina memborong coklat la. Hahaha!! Memang sedap-sedap. Percayalah. Cik Ina belikan untuk keluarga, kolej KTHO, fefelos meletops. Itu jela. Baru coklat sedap-sedap. Dekat situ, Cik Ina disuggest untuk membeli coklat jenama La Siussa Serravalle Scrivia -Italia , perghhh!! Namanya sesedap coklat itu. Mahal kot! Dah tu packing banyak-banyak, macam mana nak bagi ke orang. So, kena bagi sikit sorang la. 

Sesiapa datang bilik 316 Cik Ina dapat la merasa, memang sedap! Macam-macam jenis coklat Cik Ina beli, tapi yang ini memang sentiasa diingatan la. Nampakya kena cari dekat sini. Hehehe!!
Cik Ina beli juga sandal, keychain, baju I Love Singapore, serba sedikit cenderamata untuk kawan-kawan. 

Selesai!! 

Enjoy sangat hari ini!! Gambar yang cantik-cantik!!

Kenangan yang sentiasa mencengkam emosi
Kegembiraan yang sentiasa memenuhi impian
Percayalah
Semua ini tak terduga dek akal
Terima kasih Ya Allah 
atas peluang yang Engkau berikan

No comments:

Post a Comment