Saturday, 2 January 2016

:: Hari 1 - Melaka Wonderland ::


:: Percutian Keluarga Ahmad Saidi & Saaniah::
24 - 27 Disember 2015 

Harus!! . Alhamdulillah Ya Allah, memberikan Cik Ina keluarga yang terbaik dalam kehidupan ini. Semoga kegembiraan & kebahagiaan yang dimiliki ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Selalunya kalau nak kumpulkan ahli keluarga Ahmad Saidi 7 perempuan ini bukan perkara yang mudah. Tapi mudah la! Eh! Eh! Mudah ke tak mudah? Ace betul-betul sikit. Okay la, ada masa mudah, ada masa payah la. Yang selalu buat payah yang hak sulung dengan Uda. Kalau deme berdua, memang! Memang. Tapi, memandangkan kali ini diwajibkan, no excuse kata kerja la, boss itu la, boss ini la. No way bebbbbb!! 

Muka Kebahagiaan Di Situ!

Kisahnya bermula, bila usul bersoal jawab, 

"weh, tahun ni kemana kita? Jauh ke dekat, bermalam ke tak? Planning weh?"

"Well, kitorang ikut je, malas nak fikir"

"Bajet?"

Dalam sembang-sembang kosong adik-beradik tu, maka Melaka menjadi destinasi **walau dah sampai, Melaka jugak menjadi pilihan, haiiissshhh**  Tapi, kali ini kitorang tak nak jalan-jalan tengok-tengok Sejarah Bandar Hilir, nak bawa kiddos mandi-manda. Okay! Jom Melaka Wonderland.

Nak dijadikan cerita, Puan Uda dapat tiket percuma, banyak wooo!! Kitorang dah save dalam RM350++ dekat situ. Cik Ina pun terkejut bila kira-kira semua bayaran masuk dalam RM650+ semua la. Alang call kata Uda dapat tiket free, buy 1 free 1. Beb!! Untung gila-gila-gila-gila dekat situ. Rezeki sungguh aku rasa. Rezeki weh. 

Pagi-pagi jam 8 pagi bertolak dari Sg Buloh ke Melaka, jalan jem!!. No komen!

Pagi-pagi jam 5 dah kena kejut dengan makngah, "Makchik, bangun la. Masak". Okay! Sentap! Hahaha!!

Melaka Wonderland

Keluar tol Ayer Keroh, dah jumpa dah tempat menginap Ayer Keroh Country Resort,
jalan kedepan lagi, jumpa dah Melaka Wonderland. Auuu, dekat jela. 2.8 km sahaja. Aucchhh!!!
Sampai jam 11, tengok orang ramai berbaris. Parking full beb! Busu jugak yang advance, terus jumpa parking betul-betul depan entrance. Kitorang ini menapak ya amat jauh. Haiisshhh!!
Cik Ina baca blog lain, kata kaunter jualan tiket panas bebb!! Tapi, Alhamdulillah, masa Cik Ina datang, semua itu telah berubah wajah. Dah ada atap. Dah upgrade dah.

Berbaris dan menunggu giliran. Kiddos dah tak sabar, tepi pokok pun dah boleh salin swimming suit. Aje handei deme. Sambil-sambil tunggu turn, sambil kira-kira. Sampai turn Cik Ina, alaaaaa cik kaunter, senyum la sikit. Kan anda baru memulakan tugasan hari ini. Satu yang Cik Ina tak suka bila orang Melayu jaga kaunter macam ini, dia punya lagak. Walawehhh!! Tapi tak mengapa la.
Janji Cik Ina dapat tiket masuk. Selesai!!

Masuk-masuk, ada tram. Wah! Bagus! Puan Emak tak ada la bersusah payah nak jalan jauh. 
Dah masuk, tak jumpa dah kiddos. Kaklong, Intan, Puteri dah tah kemana, AbgLong, AbgNgah, Dik Kuan pun dah tak tahu kemana. Cari Puan Emak, carikan tempat berteduh untuk Puan Emak, pergi sewa pelampung, pastikan everything under control, baru pergi salin baju. Hah, begitu la kalau dah diberi tanggungjawab urusetia program. Ciss!! Tahun depan, orang lain pulak. Hahaha!!

Makanya kami sekeluargapun memandikan diri di tengah panas yang terik. Bebb!! MLA!! 
Panas beb! Panas!. Tapi pelik tengok kiddos,mandi itu adalah lebih baik. Panas! Tak ada hal la makchik. Kitorang dengan panas adik-beradik. Hah??

Them!
Ini di Adventure Island. Tak tahu dimana keadventurelan ia, tapi sesuai la untuk kanak-kanak. Kalau nama ada gelongsor, air pancut-pancut, itu dah cukup membahagiakan kiddos. Percayalah!


Makchik & Puteri

Tempat ini namanya Lazy cum Crazy River. Aihh!! Ikut jela namanya apa pun, janji kita cuba. Dalam lazy-lazy tu, 2 kali jugak kitorang menapak bawak kiddos. Diorang pakai la life jacket, Cik Ina tukang pegang. Tapi tak mengapa, baik KakLong dengan Puteri, masing-masing pandai berenang. Cik Ina perati je dari dulu, entah mana deorang belajar entah. Boleh pulak dari hujung sana ke hujung sana, sambil kuak-kuak. Okay! Surrender. Cik Ina tak boleh selam kepala dalam air ye! Nebesss je!!

Busu & Dik Hadif
Busu tak apa la, dia memang ambil kelas renang sebab dia orang sukan. Cik Ina? Alaaaaa!! Fail!.
Photolicious deorang yang lain, banyak! Tapi tak apa la. Jangan show off banyak-banyak. Ewahh!!

Apa yang kitorang main di Melaka Wonderland?

Semua la

Tornado Chaser
 - sentap MLA. Mengeletor kepala lutut. rasa nak teroyak laju-laju. Ada orang tu, siap ajuk Cik Ina macam ni "huk huk huk huk *ala-ala orang utan punya nada, ciss**

Kamikaze Race
 - yang ini Cik Ina nak belagak la. Suara Cik Ina jerit sampai masuk la air dalam mulut. Eeee yerkk!!!


Adventure Island
- untuk kiddos!!

Crazy Slide
-Yang ini penutup acara, Cik Ina, Busu, Kaklong Anje, Puteri & Intan. Semua nak cuba.
Menjerit-jerit bilatersangkut dekat tengah-tengah. Apdaa!!

Ohh ye, memandangkan tiket free tu termasuk pelampung, dari RM20, jadi kena bayar RM15 je. Kalau pulang balik pelampung, deposit RM5 dikembalikan. Rasanya, mana-mana taman tema semuanya macam itu. 

Food Court. Pergghhh!! Tak payah la weh! Sebaab itu, sebelum masukkan kiddos, pastikan perut deorang kenyang. Tapi yela, dah berendam dalam air, memang lapar balik. Air botol pun RM3. Aje yang ye betul! Memang dia check betul-betul masa nak masuk. Auuuhh!!! Gigih!

Okay! Semua. Jom balik resort! Siap!

Ayer Keroh Country Resort

Puan Emak sudah Cik Ina transfer ke resort. Puan Emak tengok macam tak larat je, jam 3, keluar wonderland, terus check in . MLA, Cik Ina tengah basah masa tu, tapi tak apa, sempoii!!
Kitorang tempah 3 bilik. Bersebelahan. Senang. Letakkan Kakta dengan emak dekat resort, kitorang, sambung balik pelayaran. Hahaha!!

Baca blog orang, kata resort ini tak mesra pelanggan, bilik kotor, wifi tak ada, kolam buruk, makanan tak sedap et al. Wooowww!! Cik Ina pun mengadu dalam group family cakap macam mana?
Tapi tak ada respond, kira on jela ye. Tapi hati cuak jugak la. Karang takut mak tak selesa. Bilik? 211,212,213. Tingkat dua. Minta tingkat satu, fully booking

Tapi!

Tapi!!

Memang tak dinafikan, receptionist sorang tu je yang tak mesra pelanggan, yang lain baik-baik belaka. Yang lain. Perfect! Kalau orang kata tak ada wifi, ahhh!! itu tidak menjadi masalah sebab Cik Ina tak perlukan pun. Hahaha!! Semua ada depan mata, wifi apa lagi nak??

Makanan? Terbaik! Sedap! Pedas! Meletop! Kakta yang suggest bihun goreng dengan nasi goreng kampung. Siap service penghantaran sampai ke bilik. Yang sebenarnya dah malas nak turun.

Kolam? Cuba tanya kiddos, dedeme enjoy tak? Kalau dah menjerit-jerit dalam kolam tu, apakah maknanya lagi. Senangkan anak buah Cik Ina? Ye! Time ni aja la yang senang. hahaha!!

Satu yang bestttt lagi!! Kan 1 bilik, 2 kupon makan. Kiddos macam mana? Makngah pergi tanya, dia cakap mudah je, "kak bayar RM20, kak ambil la makanan yang ada 1 set". Wahhh!! Kira dah bagus sangat dah tu. Sambil makan, sambl suap untuk kiddos semua. RM20 untuk 7 mulut kiddos. Hahaha!! Tak meriah ke macam itu. 

So, lepas ini jangan mudah terpedaya dengan apa orang kata. Pergi jejakkan kaki dulu, lepas itu barulah buat kesimpulan sendiri. Ewahh!!


MITC, Melaka

Jom, dinner!! Ngantuk! Jom la. Okay!! Selesai western food. Kononnn sangat!! 

Okay! Balik bilik, tidur. Esok nak pergi jalan-jalan lagi.

-Selesai, Hari 1-

2 comments: