Thursday, 17 December 2015

:: Temerloh:Buang Jiwa di Dubai ::


:: Buang Jiwa di Dubai ::

Hye Dubai!! Jiwa Cik Ina tak pernah kesepian
Cik Ina dikelilingi oleh "Cinta Hati"

Hai..hai MLA. Ala-ala, selalu macam tu kan, kengkadang muncul, kengkadang mendiam 1000 bahasa. Ala, alasan kata kerja banyak tu dah tak boleh terima la Cik Ina. Cik Ina kaki auta kuat. Yang sebenarnya cakap jela malas nak on lappy, kaki TV. Cerita best ke tak best ke, layan je. Eleh, CH pun dah bising emo-emo dah. CH tanya, bila nak siapkan proposal hantar ke Puan SV??

Okay! Okay! Jangan marah MLA. Cik Ina tengah menyusun semula jadual kehidupan yang semakin ke laut tu. Lepas tu, susun lagi, dan lagi susun, susun, susun dan susun sampai la alasan susun jadual tu tak praktikal lagi untuk dijadikan sebagai alasan tunggal. Dah la tak nak merapu banyak-banyak. Kata nak cerita Temerloh. Ye! Temerloh. Untuk kali yang keduanya sampai ke tempat yang sama, suasana yang masih sama, kedai makan yang sama et al. yang masih Cik Ina rasakan sama., Yela, tak silap Cik Ina 2 tahun lepas, Cik Ina dah datang teemrloh semata-mata nak makan ikan patin tempoyak tepi sungai Pahang tula. Mengidam okay!

Matlamat utama ke Temerloh. Aishh, tak pasti la. Nak kata holiday, rasanya bukan holiday sangat. Nak kata short vacay, bukan juga short vacay, ate nye?? Nak namakan apa ye? Hurmm!! Sebab Cik Ina sendiri tak berapa pasti matlamat hadir. Dah la, Cik Ina namakan kehadiran Cik Ina ke Temerloh, Pahang untuk "Buang Jiwa di Dubai". Aucchhh!! tamsilan sangat dah tu. Deep  sangat dah tu. Mohon agar jangan dipersoalkan. 

 Questionair Atok B

Questionair Ph.D

Cik Ina, Dr Jamil & Fiqa. Kitorang bertolak hari Jumaat Pagi. Noknei-noknei, sampainya waktu solat Jumaat juga. Aisshhh!! Itu matlamat pertama la. Untuk mengedarkan borang soal selidik kepada golongan sasaran iaitu 19-25 tahun di Temerloh. Yang sebenarnya MLA, pengalaman sebagai enumerator ni banyak ye. Banyak sangat. Ada responden yang bersungguh-sungguh nak jawab, ada yang tak nak, siap tolak-tolak la. It's okay la. Selalunya, soalan-soalan yang akan ditanya

' ni pasal apa ni?'
'selalu ada orang edarkan borang ni, malas betul nak jawab'
'Kalau pakai tick je boleh tak? Malas nak baca'
'Aaa, ada hadiah?'

Perghhh!! Banyak lagi la. Itu memang tak dinafikan. Yang enjoy nya, orang-orang Temerloh sempoi la, tak susah betul nak minta deorang tolong jawabkan. Ye betul. Cik Ina tak tipu. Kalau salah, Cik Ina kabo la, kalau betul, Cik Ina puji. Hah! Senang je tu semua.

Questionair ada 200 set. Bahagi sama rata, Pecah-pecah gitu, cakap sikit-sikit. Okay! Jom berpecah.
Jam 6 ptg, selesai 160 set questionair. Auchhh!!! ini memang gigih weh! Dalam masa sekerat hari. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Cik Ina dulu, satu hari dapat 100 responden. Tangkap sendu bawah pokok wehh!!! 

Selesai questionair. Pergghhh!! Tak payah kesat peluh sangat. Ramai enumeratornya. Hahaha!!
Mohon jangan  tanya questionair siapa? Tentulah soal selidik pelajar. Tapi kalau cerita orangnya, aje Cik Ina tak gemar. Tapi sebabkan En Boss ni, ikutkan jugak la. Boss, ko tahu tak? Cik Ina getik!! Aje getik la. Tapi, sebab Cik Ina niatnak belajar macam-macam, aishhh!! ikutkan jela. Tapi, one day kalau Cik Ina fedup , maaf la ye!! Student Boss tu, Cik Ina gambarkan seperti *ulat dalam petai* . Hahaha!! Ulat pun ulat la. Ah,, lantak la. 

Akhirnya, questionair Atok B selesai di Temerloh! Yehaaa!!!


REST HOUSE TEMERLOH

Bilik 7

Hehehehe!! Senyum. Inhale, exhale!! Buat ye MLA. Tarik nafas, lepas. Cik Ina dapat tahu accomodation et al ni pun last minutes macam tula. Sesat sebentar dengan Dr Jamil. Entah waze  mengajak ronda-ronda kampung Temerloh dulu kot. Hikhikhik. Memandangkan Cik Ina jiwa backpack, this is small matter. Ewaahhh!! Walhal cuak. Tak apa, kita masih dalam Malaysia. 

Dulukan, mula-mula kaki jalan dulu, tak kisah langsung tidur dekat mana, nak mandi dekat rnr ke, janji mandi. Tapi semenjak dah sedikit menjaga batas-batas *ewaahhh!!*, Cik Ina jadi berkira pulak nak rehat-mandi-et al semua. Perkara pertama, kalau kemana pun toilet adalah perkara pertama yang Cik Ina akan belek-belek dulu. Memang rest house, okay nama pun rest house. Okay la!!

"Dr, bilik Dr okay tak?" - Okay, bilik Ina?

Ehhhhh okay. Okay. Okay. Hahaha!!

Tak caya, tanya Fiqa. Hahahaha. 

Walaupun fasiliti yang serba biasa itu. Tak mengapa, Cik Ina dah terbiasa. Ini bukanlah kali pertama. 
Apa yang menjadi kepentingan buat masa ini. Suasana! Oii, ko MLA ingat, dekat UKM boleh dapat feel landing-landing atas katil sambil pandang pokok besar dekat luar tu. Ehh, seram jugak malam-malam. SUASANA! Ye, SUASANA macam tu bukan dapat dekat UKM. Sambil-sambil landing tu, tengok lappy, teringat tak siap proposal YIA.

Cisss!! Mengundang kehadiran jiwa kacau. Malas la. Jom keluar.

IKAN PATIN TEMERLOH, AWESOME!

Diet? OMG
Woiii, tempoyak tu menu feberet tau tak. Kalau orang Perak, Tempoyak Ikan Keli, meletop dalam mulut beb. Tapi, tak semua orang suka dengan tempoyak. Ahh, lantak la. Janji Cik Ina makan!
Fiqa kata dia tak makan patin, ala. Jangan risau, tak hanyir okay. Kalau hanyir, Cik Ina pun tak makan, tapi ini, marbeles oii. 

'Ah, nikmat Allah itu pelbagai. Salah satunya, makan. Yehaaa'.

SUNGAI PAHANG & SUNGAI SEMANTAN


Ye!! Betul. Ini Tuan Belog. Cik Ina.

Sambil-sambil jalan tepi sungai tu, tengok-tengok la air sungai Pahang. Aucchhh!!! Deras ye, kata makcik tu,air deras sebab hujan. Ooooo *sambil garu kepala*. Sambil-sambil sembang, bersoreh la Cik Ina dengan makcik tu, katanya try naik tu. Auuu, makcik, makcik tak tahu ke? Isshhh!!
'Saya memenag berani'. Hikhikhik!!Gemuruh & Kilat datang bertandang

Jom laFiqa, rugi tak naik, kita langkah setapak dua, jangan pandang bawah. Hahaha! Mangkuk la. Okay, belah nun sana tu, yang tu Sungai Pahang, yang belah kanan Cik Ina, itu Sungai Semantan. Ada Sejarah la kenapa diberikan nama sebagai Sungai Semantan.

Ada pakcik ni namanya Osman (tapi orang panggil Seman), dia ni kuat, kebal & ada ilmu persilatan. Jadi, pakcik ni tahan la, kuat-kuat macam tu la.  Jadi, orang banyak berguru dengan dia. Sebab nama dia panjang 'Seman tahan', orang kampung pendekkan jadilah Semantan. Adoii, orang dulu-dulu!!

Yela, Cik Ina percaya. Mana taknya, arwah abah nama punya sedap. AHMAD SAIDI. Tapi orang panggil Mat Spring. Sebab banyak sangat nama Mat. Ada nama tu, Mat Payung, Mat Tong, Mat Guni, Mat Gas. Lorhhh, orang kampung memang suka gitu kan?

Yela, takkan la Cik Ina masa kecik-kecik diberi gelaran 'Teh Kembang'? 
Okay, tak payah tanya dari mana usul Teh Kembang tu dapat. 

Hahahah!

Alhamdulillah, selesai tiga hari dua malam Cik Ina di Rest House Temerloh , Pahang.

Apapun, Cik Ina rilex, enjoy & happy sebab dikala Cik Ina perlukan kesunyian, ia hadir!!
Terima kasih wahai kesunyian yang sentiasa hadir tatkala hati menampar-nampar  jiwa!


"Buang Jiwa di Dubai"

Nukilan ini, 
buat jiwa di Dubai
Dikau bukan sesiapa.

No comments:

Post a Comment