Saturday, 19 December 2015

:: Sem 1= Felo KTHO ::


:: Meeting, Makan, Program, Jiwa-Jiwa ::

Rasanya macam dah lama sangat tak up entry perihal kehidupan sebagai seorang fefelos yang tak berapa nak berjaya. Yela, banyak-banyak sangat program yang direncanakan untuk Sem 2 ini, jiwa sangatkan. Sem 1 semakin hampir ke penamatnya, Cik Ina masih sebegini, tak jugak. Haisshhh!! Tengok la proposal pun tak lepas-lepas jugak. Apakan daya, kemalasan itu semakin hampir menguasai diri. Yela!! Jiwa masih SAYANG kan jawatan KTHO itu.

Kebanyakkan daripada program KTHO anjuran MEP akan dilaksanakan pada sem 2, aihhh!! memang akan kelaut jugak la nampaknya masa bersama diri sendiri dan keluarga. Tak apa, tak apa. Kita akan cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa dengan kehidupan sendiri. Ewahah!! Ayat tu!

Meeting - Meeting - Meeting Fefelos KTHO
Perbincangan Meja Petak

Selalunya, kalau buat meeting memang macam ini la. Meeting pun malam-malam je. Yela, fefelos bukan boleh jumpa masa siang. Ada 4 felo yang bekerja, selebihnya student master. Yela! Deorang pun penuh dengan jadual kelas & perbincangan dengan lecturer. Itu belum lagi kalau masing-masing outstation, conference, balik kampung, tunang, honeymoon, perghhh!! Macam-macam ye fefelos KTHO ini. Tapi awesome!!!.

Kadang-kadang time meeting , Cik Ina tak ada. Ada masa tu ke Kuantan, urusan keluarga et al. Ada masa tu, sampai tak nampak la muka Cik Ina dekat kolej. Okay!! Perbincangan fefelos KTHO!!
Macam-macam!! Pasal kolej, pasal MEP, pasal program, pasal jadual, pasal perihal-perihal berbangkit. Yang penting, pasal merit kolej.! Sabar jela ye!Selalunya akan berbincang pasal program yang terdekat. Supaya fefelos ambil maklum akan jadual yang kadangkala akan berlaku perubahan dari semasa ke semasa.

Cik Ina pulak,  tiap kali meeting tak ada kerja lain nak cakap. Duit! Duit! Duit! Felo Bendahari la katakan. Mata & mulut tak habis-habis duit, duit, duit!!

Semua khuyuk je dengar talimat dari Felo Hidir

Selalunya kata sepakat akan kita temui la. Walaupun meeting terkadang ambil masa 2 jam. Tak apa. Kita layankan. janji kita semua setuju dengan perbincangan tersebut. 

Majlis Perlantikan Jawatankuasa Pengaktivasian Blok 
Kolej Tun Hussein Onn
Sesi 2015/2016 

Yep!! Masih menjadi felo aktivasi blok untuk sesi ini. Dah rasa macam kerja hakiki pulak ye! Hikhikhik! Tak apa. harap-harap semester ini Blok B masih menjuarai & mengondoli anugerah Blok & Aras tercantik la ye. Tahun ini juga Cik Ina merancang untuk melaksanakan majlis pelantikan bagi semua ketua aras dan ketua blok. Bersama la kita mengakui jawatan mereka. 


Cik Ina bersama bunga-bunga MEP KTHO
5 bunga MEP KTHO. Mep S/U Atin, Mep ICT  Fariha, Mep Akademik Dayah, Mep Siswi Sis Farah, Mep Palapes Syud & Mep Keusahawan Grace

Perlantikan Jawatankuasa Blok 

Banyak perancangannya untuk aktiviti penghuni kolej. Tapi tak tahu la sempat ke tak nak selesaikan semester depan. Yela!! Bertimbun tu programnya. Yang penting dan diharapkan program siswi dibawah pantauan Mep Sis Farah terlaksanalah. Hehehe!!

Majlis Perpisahan Felo Mazian

Mazian telah tamat kontrak. Tahniah Mazian! Felo Mazian merupakan felo yang agak lama (3 tahun) menjadi felo KTHO. Sememangnya banyak info dan maklumat yang dishare sewaktu beliau menjadi felo. Beliau juga banyak mengajar Cik Ina perihal tugas-tugasan sebagai seorang felo. Itu ini, sana sini. Tahniah sebab sudah mendirikan rumahtangga.

Barisan Felo KTHO
 Aisshhh!! Tetiba rindu dengan fefelos lama ini. Walaupun pada asalnya felo hanya berenam sahaja. Tapi unity sangat rasanya. Ini lagi ramai, lagi bergabung meletop. Alhamdulillah, semua fefelos sekepala. Gembiranya dengan pengalaman ini. 

Oh ye!! Cik Ina tamat kontrak bulan 1.2016. Tuan Pengetua, Dato Samsu suruh isi borang continue!!
Ye Dato', saya akan isi, Sayang nak tinggalkan KTHO!!
Terasa remaja selalu dengan penghuni yang awesome, felo yang merepek!
Serta pentadbiran yang eh! eh!. Hahaha!!

Kehadapan fefelos di seluruh Universiti,
Satu pertanyaan dari Cik Ina,
Bahagiakah anda menjadi seorang fefelos?
Cik Ina bahagia!!! Yess!!

No comments:

Post a Comment