Sunday, 6 December 2015

:: Love Story ::


:: Perkahwinan = Penyatuan Dua Hati ::

Hye MLA. Kenduri? Ye! Cik Ina suka pergi kenduri kahwin kawan-kawan *sambil senyum-senyum manis*. Suka la tengok kawan-kawan berjaya membawa satu status baru, berkongsi rasa kasih dan sayang itu dengan pasangan masing-masing. Memandangkan Cik Ina bercuti lama di kampung, tambah pula itu waktu cuti sekolah, memang akan ada acara kahwin-kahwinkan?? Yess!! Cik Ina suka pergi kenduri kahwin, kalau makanan yang dihidangkan makanan kampung, wahhh!!!! Lagi enjoy gila nak makan.

 
Cik Imah & Shahrin
Mereka berdua merupakan classmate Cik Ina masa form 6. Alaaa, pasangan berjaya kekal sehingga ke hari ini la. Well memang akan sangka la mereka berdua akan ke jinjang pelamin. No doubt. Cik Ina suka mereka berdua sebab dua-dua sempoi. Dari zaman sekolah sampai la sekarang, tak berubah perangai Cik Imah tu. Jeles Cik Ina macam ini. 

Cik Imah, semoga kekal bahagia dengan pasangan anda itu. Cik Ina gembira mendengarkan khabar berita ini. Tahniah kepada anda berdua. Barakallah!!

Kitorang ni kan, haissshhh!! memang muka kitorang jela kan kalau hal kenduri kendara kahwin-kahwin ni kan? Tak apa ye wahai rakan-rakan. Kebahagian itu pelbagai bentuk. Kita meraikan kebahagiaan orang lain, one fine day, mereka-mereka ini lah yang bersama-sama meraikan kebahagiaan kita pula.

Ingin Cik Ina berpesan kepada anda-anda,sahabat & rakan-rakan! 

Kalau pun bukan ketika dan saat ini kebahagiaan itu hak milik kita,
percayalah! Ia suatu masa nanti.

Abaikan persoalan-persoalan yang diutarakan oleh makcik-makcik itu,
itu perkara biasa. Tidak mematahkan semangat kita untukmengecap rasa bahagia itu. Ewahhh!!

Kami Berempat 

Kepada "Cinta Hati Abadi"
Kepada 'Cinta Hati'

Kepada "Cinta Hati Abadi"
Tidak pernah walau sesaat ingatan ini meninggalkanMu
Tidak pernah sedetik tanpaMu di fikiran
Sentiasa diingatan
Sentiasa jua dilafazkan dihati
Semoga Hati ini bisa mengingatiMu

Kepada 'Cinta Hati'
Walaupun bukan saatnya kita ketemu
Masih diyakini kamu wujud untukku
Kamu ada dikala aku memerlukan
Dan, masih aku percaya
Kamu tercipta untukku

Bila tiba masanya,
Akan tiba masanya!

Kita dipertemukan.

Mohon,

Raih dan gapai tanganku,
agar kita tidak kejauhan lagi
agar detik itu kita miliki


Tinta Bicara
Cik Ina

No comments:

Post a Comment