Saturday, 5 December 2015

:: KakLong Anje Interview SBP Tapah ::


:: MakCik, Mak Lang & Kak Long Anje bergabung ::

Hye MLA. Kan Cik Ina balik minggu lepas ke kampung, macam-macam la urusan yang tak setel, contohnya hantar kain pasang ke tukang jahit la, jaga hero's 3 orang tu la, mama papa  deorang katanya honeymoonI, cisss!!! Hahaha!! Tapi most important adalah menjadi peneman Alang dengan Kak Long interview SBP Tapah. 

Alhamdulillah, Kak Long Anje dapat 5A UPSR. Syukur kepada Allah SWT, menjadikan segala jerih perih itu dengan satu kejayaan yang akhirnya melakarkan senyuman yang paling manis. Yang sangat-sangat hanrus diberikan penghargaan terbaik adalah kepada Mak Lang yang sentiasa menjadi tulang belakang ke atas kejayaan ini. Sampaikan hari nak ambil result di call nya semua orang, cakap GB lambat bawa keputusan la, pergi ngeteh dulu la, apa la. Dapat result, dia la yang menangis sakan. Kitorang makchik-makchik yang lain siap boleh gurau senda la dalam group whatsapp. Haiiissshhh.

Alhamdulillah!

Yang menariknya, makchik-machik bdia pun siap nak promote result UPSR masing-masing. Cik Ina jela tak. Hahaha! Yang si Mak Yang 4A 1B, Busu 3A 2B. Makchik?? Makchik Ina?? Aisshhh!!! Aiishhh!! Fuhhh. Lap peluh kot nak mengkhabarkan kepada semua. Cisss!!

Kaklong Anje & Mak Lang

Tiap-tiap mak sedara itu punya peranan masing-masing. Kalau peranan makchik Ina nya adalah menjadi pendengar setia la. Mungkin sebab Cik Ina suka memberi galakan terhadap perkara bukan-bukan. Seperti bergaduh dengan kawan lelaki sek atau dengar keluh kesah kawan yang suka bagi surat-surat cinta. 

Ahh, budak sekolah betul la Kak Long ni. Dapat surat cinta la. Kena panggil dengan panggilan Bedah Tong Gas la, geng leruk lerap. Alaaaaa. Budak sekolah kampung. Gitu jela yang deorang boleh imaginasikan!! So, kita layan kan jela. Tapi, nampaknya Kak Long Anje makin membesar. 

Dah tak nak dah buku kartun-kartun, nak pakaian pun macam ladies gegirl-gegirl dah. Nak handbag bagai. Buku pun dah bukan buku kanak-kanak. Haruslah buku dear Yayah, hostel life, alaaaa!! Apa ni??

"Kaklong, makchik nak tanya ni, betul ke nak masuk asrama ni? Tak takut ke nangis-nangis macam MakYang nanti, nak balik. Hahaha!! Makchik duduk asrama pun asyik ingat rumah je"

" Ala, tak apa, anje dah bersedia "

Perghhh, MLA. Kak Long Anje dah bersedia? Bersedia? Apa?? 

Okay la. Tak apa. Kalau dah bersedia, cepat. Makchik nak jadi interviewer Kak Long. Esok nak interview SBP Tapah tu.

Interview SBP Tapah 25 Nov 2015

Pagi-pagi bangun, siap! Jom bertolak ke SBP Tapah. 45 minit dari Changkat Lada. Sampai-sampai tengok banyak kereta. Usshhh!!! Pergi daftar, tengok nama dan no giliran. Wowww!! MLA. 
Yang ini Cik Ina terkejut. Nak mohon masuk SBP kena ada 4 test. 

1. IQ Test
2. Ujian Agama Islam
3. Temuduga Lisan
4. Ujian Fizikal

Amboii. Ini dah macam nak mohon SPA la pula. Ok. Tak apa-apa. Kita bagi semangat. Kak Long Anje dapat Kumpulan 1, so, semuanya buat di library. Yang bestnya library  adalah transparent.. Hah, nampak la deorang tengah jawab exam. Ada mak ayah budak ni yang duduk dekat kantin sekolah. Cik Ina pula melawat kawasan. Ewahhh!!! Siap tengok-tengok la kawasan asrama puteri dengan putera. Lawa lagi SBP ini. Baru mungkin. Siap round-round kantin sekolah, tengok harga makanan. Hahaha!! Macam confirm je Kak Long Anje dapa SBP ni. Tak apa, janji tengok-tengok.

Selesai ujian 1 dan 2, dapat rehat. lepas itu temuduga. Terus tanya apa soalan IQ Test dengan Agama Islam. Okay! Selesai!. Bukan apa ye, yang dapat panggilan ini semuanya yang mempunyai jawatan di sekolah, macam Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Unit Beruniform et al. Dan, mungkin yang dapat panggilan temuduga atas tiket pengetua ini adalah pelajar yang dapat A bulat-bulat. Aissshh!! Tak tahu la. Kiranya Kak Long ini bersyukur la dapat panggilan. Dapat tak dapat tu belakang kira, yang pasti rezeki interview tu ada.

Temuduga Lisan.

Kak Long candidate 7. Kiranya awal la. Siap prepare la ayat-ayat cakap jadi Pengerusi itu ini, S/U pengawas sekolah la, Penyertaan peringkat Negeri Doktor Muda la, itu la, ini la. Sana la, sini la. Macam-macam, siap suruh dia hafal jawatan-jawatan yang dia sandang masa sekolah dulu. Sijil-sijil semua baik punya mak Lang susun. Konon sangat. Mak Lang di beria. Makchik rilex je. Tak gelabah.

Alih-alih! Bukan itu yang cikgu tu tanya. Dia tanya pasal makChik dia ni. Auuucchhh!! Hahaha!

"Makchik awak dah kahwin?"

"No, my aunt unmarried", yes, still study at UKM. Not really knw about her age, maybe 23 year old"

Woww, Kak Long, makchik macam 23 tahun ke??

Rasanya cikgunya dah tak tahu nak tanya apa kot. Sebabnya boleh tengok dari sijil-sijil yang pelajar-pelajar ini bawa. Apa da cikgu ini!! Kitorang yang dekat luar dah kelam-kelam dah. kejap-kejap pandang luar, gelak-gelak, geleng-geleng kepala. Amboii!! Korang mengata ye. Yela, Mak Lang dengan Makchik dia je yang emo siap tengok-tengok. Yela, dah nama pun transparent, memang nampak jelas la. Apadaaa!!!

Ujian Fizikal

Ini pun satu hal lagi. Ujian fizikal, Makchik nya siap joint lari sekali dalam padang tu. Tak pernah dibuat Cik Ina lari keliling padang. Menemankan Kak Long Anje. Bagi semangat. Dah la dengan berbaju kurung purple. Ahhh!!  Alhamdulillah dengan masa 6 minit yang diberikan, KakLong Anje dapat lari 2 setengah pusingan padang. Kata cikgu tu, markah tambahan la. Selalunya budak perempuan 2 suku padang je. Hah! Tengok. Sokongan makchik berlari sama, yang si Mak Lang menjerit-jerit suruh lari lagi.

Dalam kereta, Alang cakap cikgu sukan tu tangkap gambar kitorang tengah lari. Aisshh!! Mana la Cik Ina sedar. Cikgu tu siap cakap dekat student dia

"hampa tengok, mak hampa nak hampa berjaya siap macam tu sekali, 
ini hampa masuk asrama tidoq ja". 

Amboii, cikgunya. tak beringat betul nak bagi nasihat. Hahaha! Cik Ina pun kaki tidur masa asrama dulu. Terasa i'olsss!! Cikgu jangan cakap kitorang tak study masa prep ye. Kitorang study berjemaah, sampai siap bentang toto bagai. Jemaah tu! Jemaah! Cikgu tak tau. Hahah!!

Ok! Selesai SBP Tapah! Isnin ini interview MRSM Pasir Salak pula. Harap-harap KakLong Anje boleh buat! Makchik tak dapat nak joint sebab ada urusan kerja pula. Kalau tak, lama dah makchik join lari-lari lagi. Tapi MRSM tak ada ujian fizikal. Hahahaha!!

Tak apa la. Ada rezeki, adalah! Doa je. Allah merancang yang terbaiknya untuk hambaNya yang berusaha! Cik Ina suka jadikan kejayaan-kejayaan mak sedara- mak sedara Kak Long Anje sebagai penaik semangat kepada Kak Long Anje. takpayah idola jauh-jauh. Hambik yang dekat-dekat je. Hahaha! 

Hadiah UPSR dah dapat, buku cerita dah dapat! Jom, belanja pergi family day vacation pula. 

Melaka Tapak Warisan Dunia, you!! On my list!!


No comments:

Post a Comment