Thursday, 3 December 2015

Day 5 Sultan Syarif Kassim II Airport


:: Jom Pulang ke Tanah Air Malaysia ::

Dah tinggal sorang-sorang, takut pulak tertinggal. Alarm Cik Ina setiap 10 minit, kalau tak bangun jugak tak tahu la nak kata apa. Tapi selamat la boleh bangun. Turun lobby, pergi makan dahulu. Kiranya Cik Ina ni diantara orang yang awal la ye. Cisss!! Ingatkan paling last turun. Jom makan dulu. 


Penuh di atas meja, namun bukan dimakannya

Nak buat entry pasal makanan sepanjang Cik Ina berada disana. Baru ada feel. Mana makanan yang boleh dan tak. Ewahhh!!. 

Cik Ina dan Aus

Masa ini sedang menantikan mereka-mereka yang akan balik bersama sebab bas UNRI hanya boleh memuatkan seramai 20 orang sahaja. So, kena 2x angkut. Cik Ina tak nak tunggu, Cik Ina nak bergambar dekat airport. Nampak tak keperakkannya disitu, gigih la.

 SULTAN SYARIF KASSIM 11 INTERNATIONAL AIRPORT

Dosen UNRI

Hah, kan cakap nak bergambar bagai. Kononnya untuk imbasan kembali masa akan datang. Kononn!!! Terima kasih dosen-dosen semua, Cik Ina enjoy la dengan dosen-dosen semua, walaupun tak kenal sangat. Tapi nama-nama anda seringkali menjadi halwa telinga Cik Ina waktu kerja. Ada je!! Aishhh, stress dah. Cisss.

Cik Ina dan barangan beliau

Selamat ambil luggage 20kg. Kalau tak. itu pun tak muat. Beg sandang terpaksa tumpang Dr Aliza punya timbangan. Hahaha!! Layankan aja Cik Ina ni ye. Kalau tak, tak nak tolong belikan tiket. Hahahaa. Beg troli Autumn in My Heart  tu Cik Ina beli sebab nak letak barang-barang.

Terlebih pula belian.
Kain pasang , kain pasang lelaki, baju, kasut, beg, makanan. Ahhh, semua itu nikmat dunia. Penipu.
Yehaaa! Akhirnya. 

Pengalaman, Banyak!!
Tak dapat diagihkan rasa pengalaman itu pada bab-bab entry ini, tapi ia merupakan langkah pertama CIk Ina. Pengalaman, ye. Pengalaman kepada jiwa Cik Ina akan 'satu rasa' itu.

Terima Kasih Ya Allah atas pemergian ini.
Semoga akan ada lagi pada hari mendatang,

MLA!
Mohon doakan kejayaan Cik Ina ye.



No comments:

Post a Comment