Thursday, 3 December 2015

Day 4 Universitas Riau, Masjid An-Nur, et al.


:: Kenangan dalam Kenangan ::

Hye MLA, hari ini hari ke'enjoy'an, Selepas berpenat lelah selama ini menengok paper conference  orang lain, selepas bertumbuk dua tiga kali dengan paper conference individu-individu tertentu, akhirnya. Ini yang kita kata mereward diri dalam pelbagai bentuk hadiah. Jadi, jom!! Kan kata nak pergi jalan-jalan ke Universiti Luar. Wahhh!! Baru la tahu U orang lain macam mana. Persekitaran belajar deorang, kehidupan deorang. Ahh, gigih nak join trip Atok-Atok ni, Hahahah!!

Pembuktian Jelas & Nyata

RUMAH MAKAN COFFEETEA

Okay!! Belum lagi nak cerita pasal Universitas Riau, tapi nak cerita pasal Rmuah Makan Coffetea, eeee MLA pun tahukan sepanjang Cik Ina dekat sana, Cik Ina belum jumpa satu pun makanan yang boleh masuk dengan jiwa dan tekak ini. Tapi tak apa, tak cuba tak tahu, dah cuba tahu la. 
Temankan atok-atok ini makan, katanya cuba kopi hitam. Okay!!! Layankan. Teguk sekali je, memang air suam Cik Ina perabihkan. Hahah!! 

Geng Atok-Atok

Angkut-Angkut yang membawa Geng Atok berjalan. Hahaha

UNIVERSITAS RIAU (UNRI)

Orite!! Jom! Ke Univeristas Riau. Tak jauh pun dari hotel kitorang. Tapi sempat la Cik Ina menguap 2 3x. Hahahah!! Pelaknya masuk je kereta, ngantuk. Hishh!! jiwa tu. Kalau dekat Malaysiakan, Jalan besar la kan nak masuk ke pintu Utama U tu kan, tapi berbeza la dengan UNRI ni, kita kena buat U-Turn dulu, masuk sikit jalan kampung, baru jumpa UNRI. Woiwww!!!!


Sama
Cik Ina boleh gambarkan UNRI ni macam UUM la, nak masuk tu, jumpa dulu pokok-pokok tua yang berusia ratusan tahun, kolam-kolam sikit, becak-becak tanam merah sikit. Hah!! Baru la jumpa fakultas (fakulti). Fakultas UNRI boleh la dikatakan macam bangunan lama UKM. 

Dari bangunan ke 1 bangunan yang lain, agak jauh, tapi boleh jalan kaki pada si gigih ye. Nak upload gambar tapi rasa macam tak nak la. Kebanyakkan daripada student naik motor la. Aisshhh!!! better pergi sendiri la. Bila tengok U ini, tiba-tiba rasa bersyukur dengan USM dan UKM kerana terima Cik Ina. Syukur sangat, dapat belajar di tempat yang mempunyai suasana yang kondusif dan tenang serta rasa campus life itu. Cewwwaaaahh!!! Syukur pula.

Cik Ami, Tan Sri Abdul Aziz, Dato' Razak, Dato Hadzir & Dato' Razaq
RAMAYANA

Selesai ronda-ronda UNRI, jom ronda-ronda RAMAYANA lagi sekali.Hahaah!!
La ni dah tak malu dah nak suruh berhentikan kitorang tepi jalan, nak pergi RAMAYANA. Suka sangat tu. 

Wing Utara

Haha, banyak sayap ye. Kalau masuk timur, keluar mesti Selatan Tanah Air. Hahah!! Yang sebenarnya tak jumpa jalan masuk tadi. Memang patut pergi ke sini lagi sekali. Boleh beli coat. Hahaha!! Murah tu, kain telekung &et al. Amboii. Cik Ina suggest la sesiapa pergi Pekanbaru, tak payah la pergi Pasar Wisata Pasar Bawah tu, baik datang sini, RAMAYANA. Percayalah. 

Cik Ami dan Team MUBARAK Atok-Atok balik petang ni, so, Cik Ina pun kena berangkat ke hotel sikit bintang, tapi tak apa. Itu lagi besttt!!!Hahaha! Bye-Bye atok-atok, Hehehe!!

"Eh Ina, kenapa tak balik sekali dengan kami?"

"Tak nak la, tak habis jalan lagi, saya nak pergi rumah Gabenor, Masjid besar tu, nak try makan nasi udub, eee banyak tak pergi lagi. Dato' balik la dulu"

Okay!! Itu ayat menghalau. Suruh orang balik dulu, bukan ajak sekali ye. 

Jom, pindah hotel

FURAYA HOTEL, wait for me!

Cik Ina dihantar oleh En boss (aik, baik hati boss Cik Ina ni, kikiki) dengan Prof Hambali. Hamboii. Tetiba rasa diri dihargai sangat-sangat. Sampai-sampai, demand pulak Cik Ina nak bilik aras 5. Konon nak tengok suasana dari tingkat tinggi. Hahaha. Pasrah la receptionist depan tu melayan kemaruk Cik Ina. Maafin buk. Yehahaaa!! Dapat jugak.

Tinggal sendirian

Beg troli 2

Toilet. Check!

Cik Ina ada satu ke'pelak'an. Mesti check toilet dulu apa-apa hal. Okay! Okay! Selesai. 

Okay! Sebelum nak berjalan gigih malam ini, jom tidur dulu. Lepas itu baru buat perancangan teratur lagi diyakini boleh diikut. Gigih kata nak berbackpacker sendirian sebab rasa macam dah lonely sendirian disini. Wlahal student Dato ramai je. Hahahaha.

Terus call Mun & the geng. Yehaaa!! Kiranya malam ini tidak bersendirian. Terus join group deorang, melepak bersama-sama. Hahaha!!

Dinner Nasi Udub

Nasi Udub

Orang kata ye, bukan Cik Ina kata. Orang kata kalau ke Pekan baru, try la nasi udubnya. Yess!!
Inilah satu-satunya makanan yang Cik Ina tak muntah dan rasa nak makan dan tambah lagi, tapi perut kenyang.. Nasi Udub nie macam nasi lemak tapi bukan nasi lemak, sambal merah dia power, memandangkan Cik Ina memang makan pedas. terbaikkkk!! MLA tahu, kangkung goreng tu hanya berharga RM1.20 duit Melesia. Hahaha!! Kalau tahu tempah 2 3 pinggan. Amboii, tamak. 

Rezeki mungkin, makan kali ini kakak kelabu belanja. Thanks akak. 

Tapi kalau jumpa orang baru, tak sah kalau tak tanya pasal Dato Razaq. Oiii Dato'. ramai betul la yang admirer Dato'. Hahaha!! Kesian ko Dato'.

AMP Mall (Mall Pekanbaru)

Mall Pekanbaru

Mungkin kami semua dah boring masuk mall, jom la ke tempat lain. Pusing-pusing kota ke! Ewahhh!! Hehehee!!Bincng punya bincang dengan pakcik tu, dia kata boleh bawak ronda-ronda kitorang. Hahaha!! 

MASJID AGUNG AN-NUR

Percayalah. Indah khabar dari rupa. Cik Ina nak khabar ini, lepas ini jangan la nak percaya sangat apa yang blogger dok beria-ria review tempat. Contohnya macam Masjid Agung ini. MasyaAllah, rasa macam sedih sangat. Macam tak dibela je, macam kena tinggal lama je masjid ini. Ke sebab kitorang keluar malam?? Kenapa? Kenapa? Sampai hati indah khabar dari rupa. Tolong la jaga rumah Allah dengan sebaiknya. 

Tak dinafikan keindahan luarannya

Nampak kecantikan Masjid ini
"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua dan diperlindunganNya sentiasa"

RUMAH GABENOR

Tak boleh masuk. Dekat sinikan berjemaah deorang melepak ye! Memang ini port deorang lepak ye! 
Tetiba terlintas dekat kepala, "kenapa tak ada orang buat depan rumah PM port lepak?". Hehehe!!
Mula la tu Cik Ina fikir merepek-repek. Okay! Abaikan. 

Kenangan

Tugu

Tugu diatas ada kisahnya, Cik Ina ada diary journey Cik Ina yang Cik Ina tulis info-info penting. Tapi buku tu hilang. So, memang tak ada la. Malas pulak nak search tugu-tugu ini. Hahaha! Pemalas.  
CELEBRATE BIRTHDAY GIRL
Kema bagitahu Cik Ina kata nak celebrate birthday Mun. Okay!!
 Jommm!!

Happy birthday Mun.

Hari ini memang memenatkan tapi Cik Ina enjoy sangat. Ada la perkara-perkara yang tak dapat disharekan sekali dalam ini. Yang tak dishare, ia satu kenangan dalam lipatan kenangan yang ada.
Sesungguhnya ia menjadi rezeki buat Cik Ina kerana dipertemukan dengan insan-insan yang baik hati, suka membantu dikala susah dan senang. Ia juga satu permulaan untuk Cik Ina. 

Dulu kata tak nak pergi jauh-jauh. Nak berbackpack hanya di Malaysia. Akhirnya. 

Ye!! Ini permulaan yang baik untuk Cik Ina mengorak lebih langkah lagi. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment