Wednesday, 23 December 2015

:: Bernafaslah Dalam Sejahtera ::


:: Tajuk entry tiada kena mengena ::

Adoii!! Ommakekau!! Cik Ina nampaknya dah semakin menjauhkan diri daripada 'CH', yela! Memang tak cari jurnal, tak baca buku berkaitan mahupun berjumpa dengan Puan Penyelia. Ohh!! Prof Bib, jangan marah ye, semester depan Cik Ina janji, Cik Ina akan berjumpa dengan Prof sebulan 2 3 4 5 6 kali. Insha Allah!! Cik Ina tak sempat la nak buat apa-apa lagi. Kerja tu memang tak pernah tak habis. Aisshh!! Dulu-dulukan, walaupun tengah belajar, Cik Ina masih boleh bahagi-bahagikan masa. Masa melaro', masa tengok movie hindustan, masa berclubbing dengan rumet atas katil. Hikhikhik!! Masa mengumpat, masa stalk-stalk FB Bf, aihhh!! Senang cerita pandai beb nak bahagikan masa ada sesuatu yang sepatutnya.

Tapi!!!

Tapi!!!

Patut la, kawan Cik Ina pernah personal massage cakap dia nak stop study sebab tak dapat beri komitmen antara kerja, isteri dan mama! Woww!!! Gigih. Cik Ina siap bagi nasihat ung-pang,ung-pang!! Ciss!!! Tak kena dekat diri sendiri boleh la. La ni, hah!! Ternganga sensorang nak bajet masa macam mana, apa ka, semua kena fikir 2 3 4 5 6 kali. Kadang-kadang tu, sampai fikir, weehh!! tak payah la meeting bagai malam ni. Tak sanggup nak paksa diri. Kalau cerita skop kerja. Beb!! Teriak weh! Tapi sebab minat & cita-cita, Cik Ina hadam. Tambah perisa sebab hati kering.

Tapi, hati tak kering bila mana tengok tesis student Dato' lancar je, atenye!! Tesis Cik Ina ape ke heinya proposal pun tak lepas? Oleh itu!! 

Itu yang nak ter confess,

Maaflah 'Cinta hati'
Untuk semester ini, sememangnya Cik Ina mengabaikan CH,
Tapi!! tapi!!
Cik Ina janji semester depan, CH terletaknya dipenghujung hati.
Semoga CH akan sentiasa istiqamah' & berjiwa semangat!
Jangan sesekali berhenti bernafas,
Tak pernah walau sekali & sesaat Cik Ina tak memikirkan CH.

Okay!! Permulaan langkah!!

Jom buat proposal! Cari jurnal, baca mukabuku! Eh!Eh! Silap, buku daa!!

No comments:

Post a Comment