Wednesday, 23 December 2015

:: AMG= Student Mobiliti & Academic Discourse ::



:: Akademi Menara Gading, Kohort VIII melabuhkan tirai ::
 
Okay! MLA jarang-jarang dengar pasal Akademi Menara Gading (AMG). Yela!! Sebab itu salah satu prospek kerja yang tak berapa kerja sangat la!! Hikhikhik. Selalunya, Cik Ina tak akan jawab Cik Ina dah kerja sebab ini kerja main-main. Eh! Ada kerja main-main ke? Ada la! Macam yang Cik Ina tengah buat ni main-main la. Bukan kerja. Saja nak cari pasal! Amboii, ayat! Hahahaha!

Selalunya, bila orang suruh introduce diri, Cik Ina selalu cakap Cik Ina pelajar UKM. Fine! Muka Cik Ina memang tak macam student master, ph.d, sebab tu sesiapa pun mesti assumed Cik Ina pelajar degree!! Alah, tak hairan. pandangan-pandangan bakal 'doktor falsafah' itu Cik Ina dah lali.Hahaha!!
Walhal, hidup Cik Ina dikelilingi oleh individu-individu yang sangat scholar dalam pendidikan. Cewaahhh!! Harus up!!!.

AKADEMI MENARA GADING

Akademi Menara gading merupakan ilham dan perkenan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Ibni Ahmad Shah Al-Musta'in Billah melalui Yayasan Istana Abdulaziz dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. AMG telah dilaksanakan sejak tahun 1999 sehingga kini telah menzahirkan 8 Kohort. Setiap Kohort mempunyai kem-kem besar dan modul kem akademik. Kalau boleh dibandingkan dengan Negeri lain, di Perak, kita panggil Skor A, di Selangor kita panggil PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) et al. Masa zaman Cik Ina belajar, tajaan kita dapat dari Al-Bukhari', tapi berbeza dengan anak-anak Pahang khususnya.

Diperkenalkan Akademi Menara Gading! Hanya untuk anak Pahang! Yang lagi bestnya anak-anak Pahang ini, pelbagai pendedahan diberikan, baik dari segi sahsiah diri, pendidikan, waja diri mahupun kem mobiliti diberikan. Untung betul!! Well, perjalanan dan takwim Kohort IX telah direncanakan. Gembira & berbahagialah kepada yang terpilih. Yang letih 'akujugak,huaaaaaa'.

So, inilah serba sedikit maklumat AMG. Malaslah nak share bagai.

Tapi!! Apa yang Cik Ina nak share adalah trip lawatan Student Mobility & Academic Discourse

Ke sanalah Cik Ina
Alhamdulillah, Cik Ina diberi peluang ke sana. Dalam nak tak nak, yela! Sapa nak naik flight, berapa kali la cakap dengan En Boss ni, Cik Ina naik bas pun okay!! Ayoyoyo!!

Tapi yang menarik minat & ketidaksabaran Cik Ina adalah ke University yang Cik Ina nak sangat-sangat-sangat-sangat pergi. Nanyang Technological Univesity. Beb MLA! Kalau bagitahu dengan Dato' yang NTU merupakan salah satu University pilihan di hati, mesti dia gelak kekeh-kekeh!!

Eh, MLA tahu tak, Nanyang University ada satu bangunan yang green environment. Kengkonon dulu-dulu la kan, masa tengok cite omutih dekat tv, selalu tengok diorang study bawah pokok gitu-gitu la. berangan la, nanti masuk U nanti nak buat gitu. Ciss!! Mimpi di siang hari memang gitu!!
Ahh, tengok-tengok di Nanyang University dapat la Cik Ina ke School of Art, Design and Media
Tahu tak, bangunan tu ada bumbung berumput. Sorry!! Tak dak gambar. 
Sangat-sangat green school + green environment. Nak pergi Nanyang University!! Nak!!

Okay!! Jangan excited. Nanti tak jumpa hala tuju! Hikhikhik.

So, hotel!! Done!
Flight!! Done!!
Surat!! Selesai!

Wecheckin!! Not yet!

Hurmm!! AMG memberi peluang kepada Cik Ina untuk bertrip + vacation + study  dalam masa yang sama. Thank Dato'. *taknakucapdepan2, takgeng.Hikhikhik* Tapi, bukak je semester 2 nanti!! nah ko! Kerja ko melambak!! Dengan fefelos, ph.D candidate, AMG, tesis, jurnal.

Wahh!!! Bestnya . enjoynya. Life nya. **sarcasm sangat* 

Okay la! Nak sambung dengar lagu Putus Terpaksa. Wahh!! 

No comments:

Post a Comment