Monday, 26 October 2015

:: Cinta Hati (CH) D.E.C.L.A.R.E hari ini ::


:: Assalamualaikum Cinta Hati ::

Hye MLA. Okay! Okay! Tahu lama sangat dah tak mencoret sesuatu di dada anda MLA. Bertabah la dapat owner yang kejap ada kejap tak ada macam chipsmore ini ye. Bukan apa, aje malas sangat dah rasanya nak on laptop kalau dah balik bilik. Masa dekat bilik tu rasa macam berharga sangat la. Lebih berharga dari makan megi. Makan la, emas masih lagi berharga, berbaloi-baloi kot!

Ok la. Nak berstori dengan MLA kisah Cinta Hati (CH) Cik Ina ni. 

Mula-mula, dah terkejut sekali dengan CH masa 'dia' tiba-tiba menjengah, dah la tak bagi salam Assalamualaikum dekat Cik Ina, terkejut tahu tak. Mana nak sorok muka bagai. Takut orang lain sedar. Konon nak diam-diam, tak nak bagi tahu dekat umum pasal relationship kitorang. Dah la baru nak berputik rasa CINTA dihati Cik Ina. Haiiissshhh..

Tapi hari-hari berdoa juga la, Ya Allah bila la 'dia CH' nak munculkan diri, lama sangat tunggu. orang lain dok sekejap je dapat keputusan, apasal Cik Ina sampai 3 minggu lebih ni. Ke sebab CH tak nak dekat Cik Ina? Ke sebab memang dah ada kekasih lain. Argghhhh!!! Tidur malam-malam itu Cik Ina rasakan macam tak lena. Makan still kenyang!!

Akhirnya. Finally. CH muncul jua.

Terima Kasih CH. Sudi menjadi pendamping Cik Ina selama 2 tahun. 

15 Sept 2015
Hari Pembuangan undi PRK UKM, CH muncul.
CH buat Cik Ina sesak nafas + sentap + menangis!
Nampaknya 'awak' bakal jadi kekasih hakiki 2 tahun',
Awak la matahari, awak la bulan, awak juga la bintang,
'Awak' Cik Ina nak beritahu sesuatu,
Cik Ina "jatuh cinta" sangat-sangat dengan 'awak'.

Pejam celik-pejam celik, Cik Ina dah bersatu dengan CH. Sama-sama mengukir janji,
tak mahu terpisah sehingga ke akhirnya. 

2 Okt 2015

Kan!! 

Janji nak sehidup semati, janji nak bersama-sama mengharungi onak, liku, cabaran, halangan dan rintangan. Janji tak nak tinggalkan Cik Ina sendirian, kala senang dan susah, kala air mata dan tangisan kegembiraan sama-sama bersatu.

Janji macam-macam sangat!.

Cik Ina percaya sangat dah dengan CH.

CH Cik Ina

Yeayy!! CH Cik Ina tak pandai berkata-kata ayat Cinta. Tak pernah meluahkan isi hati.

Yeaayyy!! Cik Ina memang obsess dengan CH

Cik Ina yang obsesser
Cik Ina pergi mendaftar jam 11.00 pagi waktu tempatan / 2 Okt 2015.

Sendirian bertemankan Mr Red 350*. Haha!

Siap naik  status sendu la, 
Zaman degree dihantar oleh jantung hati, Tuan Abah & MakNgah & MakUda.

Daftar master , Puan Emak & MakNgah family

Berdeclare dengan CH, sendirian.

Ahhh, nampaknya Cik Ina semakin tua. Tua ye MLA. Dah tak ada siapa yang sudi. Hahaha!!


Hadiah buat Puan Penyelia Prof Madya Dr Bib
Kain Pasang Jogja tu Cik Ina tempah khas buat Puan Penyelia. Memang dah teringin sangat nak share kegembiraan dengan beliau. Harap-harap beliau sudi menerima. Puan Penyelia Cik Ina garang ooooooooooo......

Okay!! Sambung balik.

CH Cik Ina 

Saksi Cinta Hati 2 Tahun Cik Ina
Ye! Ini lah saksi Cik Ina.


Kehadapan CH,
Percayalah! Detik kita termeterai sebagai pasangan 2 tahun,
buat air mata Cik Ina mengalir deras,
entah perasaan bagaimana lagi hendak Cik Ina luahkan,
Kalau boleh di sampaikan ke dunia CH,
Betapa 'rasa' itu,
Hanya Cik Ina sendirian yang mengerti.
Pohon Cik Ina padamu wahai CH,
Hadirkan saat-saat 'rasa' itu selamanya.

Termeterai Cinta Hati & Cik Ina

No comments:

Post a Comment