Thursday, 17 September 2015

:: Minggu Mesra Mahasiswa 2015/2016 ::


:: 1 - 6 Sept 2015 ::

Selamat Datang dari Barisan KTHO
Orite!! Nak mula sembang ini. Okay!

31/8/2015

Qada' tidur. Balik dari Kursus dekat Rompin Beach Resort, gigih tidur sampai tak ingat dunia. Basuh baju sebakul besar, kemas bilik lepas amukan CikTi, sambil masak-masak apa patut.

1/9/2015

Welcome newbies!

Kawasan Menunggu

Wowww!! 

Tugas Cik Ina tak ada la apa sangat. Cuma bagi kunci je. Sebab pelajar ni kena pergi dari satu meja ke satu meja yang lain. Cik Ina punya meja no 2 dari belakang. So, tempatnya bawah kipas. Nampak tak? Hahaha!
Dayah, Reyl, Alfred, Cik Ina, Rully, Sis
Dayah : MEP Akademik
Alfred : MEP IPK
Sis : MEP SISWI
Cik Ina & barisan MEPians

Muka kegembiraan

Pilihan tugas haruslah padat & mantop ye!

Sambil menantikan kehadiran pelajar tahun 1
Tulah masalahnya, kalau pegang je Hp, mesti cakap "Mi, cepat mi, gambo-gambo".
Sekeping lagi
Sampai la dah kepanasan, muka dah berminyak + mata dah kuyu, tudung pun dah serabai. Tak ada lah dah bergambar. Hahaha! Bila memory card pun dah penuh. Aje handei dedeme ni bergambar.

Malamnya, ada la majlis perasmian oleh tuan pengetua, Dato' Samsu. Sesi memperkenalkan fefelos, barisan pentadbiran kolej, barisan MEPians & PC (Pemudahcara).

Majlis Perasmian KTHO

Makanan untuk PC
Selesai Majlis Perasmian, PC ambil alih. Cik Ina pulak punya tugas, bungkus makanan. Kesian dekat sentri, dah la jaga malam, jaga pulak PA sistem. Kalau hilang siapa nak bertanggungjawab.
Lagipun Cik Ina dengan makanan, kan memang tak dapat dipisahkan. Hahaha!
 Sentri bagus tau. Tiap-tiap 30 minit, ronda kawasan. Ikhlas betul la deorang ni.

Pagi-pagi pukul 5.30 pun, ada orang kejut. Wahhh!!  Sampai aku terkejut.

Ingatkan ada orang laki masuk blok perempuan. Aissshhh!!

Rupanya kejut Subuh berjemaah.

Hah, ini lagi satu, fefelos pun ada jadual bertugas untuk post mortem et al.
Cik Ina sepatutnya hari Jumaat malam, tapi macam tak best pulak. Cik Ina nak tahu jugak perjalanan untuk hari seterusnya. So, masuk jela time post mortem.

Sesi Post-Mortem hari 1
Khusyuk sambil otak fikir. Letih.Letih. Esok KERJA. Hahaha

2/9/2015- 6/9/2015

Okay!Dah lupa banyak. Memandangkan hari keseterusnya Cik Ina kerja 9-5. So, dapat join aktiviti kolej jela jam 5- 7. Dengar la deorang punya cheers. Tak pun dengar apa PC -PC dok sampaikan perjalanan keseterusnya. Hahaha!

Fefelos over excited

Sesi LDK macam tu la kotnya

Cik Ina tengok PC Hafiz ini dah macam YB kawasan dah. Hahaah!

Sesi cheers :)
Kalau malam pulak, program banyak di DEKTAR. So, Cik Ina pun turun. Malam ada post-mortem join sama. Sampai la, esok pagi dah sakit pinggang rasanya. Otak pun ligat kata nak cuti. Ohiiooo, tak boleh. Mesti kena suruh masuk kerja. Ada la tu.

Time hari pendaftaran pun dapat call. Aje hauuuhauuu sungguh. 

Yang sebenarnya, tugas kitorang Felo tak berat la masa MMM ini.
Semua dihandle dengan jayanya oleh PC yang terpilih. Eh, tahukan, nak sertai PC pun kena interview, jadi haruslah. Mereka dalam kalangan yang layak.

Oiii, ini kolej Palapes kot!

Tertib. Disiplin Asas Kecemerlangan.

Cik Ina enjoy MMM, tak pernah rasa. jadi apa sahaja program & aktiviti yang dijalankan, Insha Allah, kalau berkesempatan mesti akan join. Duduk belakang-belakang jela. Hahaha!

Seronok tau! tapi penat.


No comments:

Post a Comment