Monday, 28 September 2015

:: Gotong-royong IM4U UKM ::

_ Frontera Hussein _

Hussenians Geng
Selalunyakan, kalau program apa-apa pun memang ada diselitkan program gotong-royong ye? Hah, macam dulu-dulu. Selalu la Cik Ina dikerah untuk turun menolong. Nanti masuk dalam merit. Dulu punya kisah, mesti nak maki-maki dulu, apa la buat gotong-royong bagai. Tak ada program la tu. Hahaha! Gigih tau dulu Cik Ina tak gemar tau yang jenis-jenis program macam ini. Macam rasa dipaksa rela pulak. Hahaha!!

Tapi!

Bila dah lama-lama *Almaklumla, time kerja pun ada gotong-royong + kawasan kediaman dulu pun*
Teruslah menjadikan agenda gotong-royong ini sebagai agenda yang wajib disertai.

Yang bestnya, Cik Ina dapat post gotong-royong cat-mengecat. Haha! Tak kutip sampah ye!
Cik Ina bergeng dengan Husseinians cat susur gajah KTHO & KDO. Wowww, itu memang cat-mengecat tau. Tak tipu. Siap cat terkena dekat baju & tudung la. Eheemmmm!!!
Seronok beb! Tak tipu! Kalau tipu, potong janggut kambing!

Brieffing di Dataran Seni
Haisshhh!! Cik Ina dengan peace yoo! macam tak dapat dipisahkan. Yela! Cik Ina bukan model yang boleh act serta merta. Otak terus fokus peace! Tindakan seterusnya takat peace yo! jela!!

Fefelos pun dibahagi-bahagikan kawasan tau tak. Memandangkan Felo Cik Ina ini menjadikan trademark "Saya yang Menurut Perintah, ahhh. Ikut jela". Dapat la tempat kawasan gotong-royong dekat kolej kediaman sahaja. Cisss!! Manaadil, felo lain dapat keluar! Hahah!

Okay! Tak apa. Tak apa. Cik Ina kan yang menurut perintah. Rupanya, gotong-royong di kolej lagi besttt oooo. Hahahah! Selamat dapat dalam. Siap boleh bergambar bagai. Tak caya? Tak caya?? Okay! Okay!

Makan pun boleh bertambah ye! *itu wajib dah tu*

Jom mulakan mengecat sekitar kolej kediaman

Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UKM


Cara-cara mengikir. Oppsss!
Orang lain dapat la baju IM4U. Aisss! Tak merasa la baju free. *sob sob sob*
Tak apa la, janji deorang dapat. Sambil-sambil cat susur gajah, sambil berphotolicious ye!

Susur gajah ini Cik Ina oanggil laluan pejalan kaki. Kalau nak turun ke DEKTAR. Lalu situ la.
Tapi macam dah buruk sangat dah tu. Tu yang kena cat tu. Tapi bagus la husseinians ni. Tak payah disuruh bagai. Terus ambil cat. Dah la hari cuti, kalau Cik Ina lama dah mengulit mimpi.

Tapi tak apa! Good jobs semua.

Nampak tak bumbung dan tiang susur gajah tu?
Ye! Lepas tu. Ta daaaaa!!

Berseri-seri tiang dengan bumbung semua. 

Tiang seri milik Cik Ina. Mohon percaya
Dah bumbung, kita cat tiang pulak. Harus la. Harus la meninggalkan jejak.
Itu tiang Cik Ina ye! Jangan curi. Nanti nak habis belajar nanti nak gergaji, bawak balik kg!

Percayalah! Itu tiang Cik Ina.

Mohon PERCAYA 

Percaya tak?

Hahaha! Apa? Vandalisme?

Ahhh!! Lantak la!
Itu penanda Cik Ina yang cat dari atas sampai bawah. 

Siap dicodekan FELO ZURINA 2015-2016.


Yang diluar

Tengaharinya pulak, tugas mengserve makanan dekat deorang pulak. Yela. Makanan & Cik Ina kan tak dapat dipisahkan. Ikutkan jela. Sambil-sambil boleh mengeratkan hubungan. Mana tahukan? 

Petangnya pula, tengok lebihan kari ayam itu memang banyak la. Aisshhh!!

Terus buat keputusan nak hantar ke rumah anak yatim mahupun rumah orang tua-tua. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan laluan. terus dapat disedekahkan kepada rumah orang tua-tua. Syukur!

Lupa nak cakap. Cik Ina masa di USM ambil course KERJA SOSIAL, haruslah menitikkan air mata!

Kami & wakil Rumah Orang Tua

Orite!! Selesai program IM4U UKM. 

Jom, sambung berangan kembali :)

No comments:

Post a Comment