Wednesday, 16 September 2015

:: Day 2 Enjoy, Hectic, Exhausted ::


:: Pembentangan = diterima + ditolak ::

Tuan blog

Hye MLA. Panjang betul hari tu Cik Ina rasakan. Bayangkan, bangun awal pagi, solat jemaah Subuh + Tazkirah dari Tuan Pengetua, lebih kepada peri pentingnya kepimpinan. Siapa kita? Apa kita? Ilmu kita? Semuanya bakal menjadi persoalan di akhirat kelak. Seronokkan dapat bos yang boleh mengimamkan kita ramai-ramai. Selesai semua itu, balik bilik, tukar baju sukan. Konon nak zumba beramai-ramai. Gigih sangat dah tu. Cik Ina haruslah tak terkecuali. Cik Ina suka benda-benda macam ini. Bukan senang nak tengok Cik Ina bergolek dan tergolek. Hahaha!!

Menu pagi macam biasa. *no photo available*. Sebab tak dan nak makan. Hari itu meja sebelah kitorang, kerabat di raja Perak, pun begitu Cik Ina tak kenal. Haha! Tapi loghat Perak dia, aje kuat. Hauhauhau betul. Selesai breakfast, terus pecut ke dewan, nak dengar presentation dari bebudak MEPians ini. Yela, deorang dah prepare lama dulu dah. 

Jom Selfie

Untuk portfolio Siswi  (SIS Farah), Cik Ina dah tengok dulu lagi proposal dia. Jadi, rasa macam rasa tak ada masalah. Gamak boleh proceed la kotnya. Tapi kita tengok apa kata fefelos yang lain pula. 
Bukan mudah nak menyakinkan fefelos, yela. Mereka banyak pengalaman, lagipun dah 6 tahun duduk di UKM. Dah boleh tahu mana program yang boleh memberi impak besar & sederhana. Cik Ina takat anggun-angguk, geleng-geleng jela. Tak lebih, tak kurang.

Sambil mendengar presentation , sambil berphotolicious


Yang seronoknya kem kali ini adalah makan-makannya. Makanannya sangat sedap, udang + sotong + ayam memang tiada tandingan.Sotong goreng celup, oiii sapa yang taknak tambahkan. Hahaha!! 

Pagi, aktivitinya adalah pembentangan-pembentangan & pembentangan. Tak lebih dari itu.
Lepas pembentangan, makan tengah - solat - sambung kembali pembentangan.

Petang,pukul 3 selesai pembentangan, sukaneka. Sukaneka ini disediakan oleh pihak resort. Kita follow je la. Macam-macam yang MEPians buat. Masuk gelung la, panjat titi la, panjat itu ini la. Tetiba rasa susahnya. Okay! Cik Ina tak berminat ye nak melompat-lompat macam ini.

Tapi yang syoknya, sifat kekumpulanan itu ada ye. Hahah!

Bukan mudah nak pastikan tiap-tiap kumpulan selesai 7 rintangan itu. Siap bercheers-cheers bagai la. Enjoy sangat dah itu. Habis aktiviti 7  rintangan, 5 acara sukaneka. Hah, yang ini Cik Ina lupa apa permainan yang ada. Akhirnya, selesai petang itu. Jom mandi kolam. Apa lagi, terjun tiruk ramai-ramai. Tak cukup dengan sukaneka tadi, kita sambung main dalamkolam. Bola Air. Amboii. yang ini Cik Ina join, jadi penjaga gol. Hah! Memang tak mungkin masuk la. 

Sebab Cik Ina ada assistant yang duduk tepi kiri kanan pintu gol. Kalau bola datang. Mohon tepis. Hahaha. Bijak sangat permainan macam itu. 

Ada buaian pula
Duk menjerit-jerit bersorak, nampak buaian pulak. Sesuai sangat la dengan angin sepoi-sepoi bahasa ni kita bergambar. Kesian ke buk rully, minta digunain kameranya. Hahahaha. 

Malamnya pula, kita makan-makan-makan-makan dan makan lagi ye.
Ye betul, kalau bab makan, Cik Ina lah yang paling berduniawi sangat. Ada BBQ, ada goreng goreng, Sotong udang *ketam taknak*. Hahaha! 


Mee goreng + sotong celup tepung

Ayam + Lembu + Kambing

Pari bakar+ air asam + sosej rebus 

Sesaladies

Tahukan, KTHO ada 4 fefelos baru. So, sekarang dah jadi 10 orang fefelos. Bila ramai, banyak la kepala, pelbagailah ragam. Tapi, yang kali ini, kitaenjoy. Amboiii, siapboleh bergambar hye-hye, bye-bye lagi tu. 

K.A.M.I fefelos
Fefelos kali ini amat suka K.A.R.A.O.K.E
Kecuali Cik Ina. Cik Ina tak pandai menyanyi. Takat duduk tepi, jadi backup singer jela. Takpun tukang amik gambar. Buktinya, muka Cik Ina paling kedepan. Hahaha!!
Selesai makan-makan, jom balik bilik, bungkus hadiah untuk esok. Penutup dah esok. Cepatnya masa berlalu. Baru rasa duduk sekejap dalam bilik. Rupanya macam-macam aktiviti dah buat. Main air dah, aktiviti dalam dewan dah, makan-makan-makan pun dah. Apa lagi ye??

Ye, betul. shopping!! 

Jom, esoknya!!.

No comments:

Post a Comment