Monday, 24 August 2015

:: UPSR - Never Say Never ::


:: UPSR Tahun 2000 ::

Kalau zaman Cik Ina dulu, ala..dulu-dulu, macam tak tahu apa hal la Cik Ina kena ambil UPSR bagai. Dah la turun kelas, 6 Kuning, periksa no last. No 31, memang wajib la turun kelas kan. Hahaha! Zaman jahiliyah tu kome oii. Masa itu memang tak ada matlamat la. Dah tu pulak, rasa bila dah turun kelas, kita la yang paling pandai. Hahaha!! Dah kenapa. Zaman UPSR selalu tak siap kerja sekolah, kena pulak denda cium tiang bagai. Tapi rajin masuk pertandingan itu ini. Bila tengok-tengok sijil dulu-dulu, ala..Baiknya!!

Tapi itu kisah dulu. Kisah di mana UPSR 5A bukan target. Targetnya nak bermain-main je. Apa jenis permainan yang tak main? Konda-kondi? Galah panjang? Softball? Roundes?

Perghhh!! Teror la tangkap bola!!

Bila dah senja tak ingat dunia main, kena kejar dengan pokok bunga kuning. Almaklum la mengaji pun asyik nak skip skip je. Zaman kanak-kanak memang heaven la, dengan tak puasa, mak siap simpan balance makanan sahur la senang cerita. Tapi Alhamdulillah la, tak ada la perangai macam cipan. Hehehe!!

Tarbiyah sentap itu hadirnya lambat pula. 

KakLong Anje

Tapi kali ini Cik Ina nak cerita Puteri Sulung yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Kaklong Anje. Hah!! Bila Kaklong Anje nak exam, yang paling nervous haruslah Maklang nya. Hahaha!! Mama dia belum tentu risau macam Alang. Mana taknya dikerah tenaga dan keringat betul la. Tapi, Cik Ina tak pernah mempersoalkannya! Nak kena kekah ke??

Kaklong Anje masuk SKSP masa Tahun 4, banyak yang dia tinggal. memang kena push la. 
Dari tak pandai membaca, bagus dah. Lancar.
Matematik dari gagal asyik 30 markah, sekarang dah boleh senyum!
Bahasa Inggeris (memang kena tubi la)
Sains, katanya nak jadi Doktor.

Tuisyen BI

Woooww, impian dan cita-cita gah tu. Masuk pertandingan itu ini, bola jaring, bola baling, Doktor Muda, kelas tuisyen. Kesian Kaklong Anje, no life. Makchik dulu sempat la nak tengok sailormoon. Zaman kaklong anje bukan tahu sailormoon tu apa!

Memandangkan Kaklong Anje bersekolah dengan Maklang, memang dunia & kehidupannya di Sekolah la. Pergi-Balik-Sekolah-Sekolah. Ahhh, Cik Ina balik kg pun, kadang tu tunggu la dengan Puan Emak, tunggu deorang balik sekolah. Nak ajak keluar pun tak boleh. Aiiissshhh!!!

Semakin hampir dengan exam, lagi la. Di latihtubinya Kaklong, kadang nampak kestressannya. Mata bengkak tak cukup tidur, buat muka boring. Hahahah!!
Masuk kereta, terus pejam mata! Kesian Kaklong Anje.

Tapi, semua orang melalui perkara yang sama dalam hidup belaajr ini. Mama-MakNgah-MakLang-MakUda-MakYang-MakChik-Busu!!

Kami semua me'rasai'nya Kaklong!

Zaman Mama sampai MakLang lagi la!

Masuk zaman MakUda hingga Busu, kitorang senang sikit. Sikit la!


Tak cukup di sek, dihangkut sampai ke rumah

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Kaklong Anje
Pecutan Terakhir!!
Walaupun Makchik jarang-jarang ada disisi Kaklong Anje, makchik sentiasa mendoakan Kaklong Anje dapat jawab dengan baik-baik. Tak mengapa Kaklong
Percubaan 4A 1B, In Shaa Allah, rezeki itu sentiasa ada bagi mereka yang sentiasa berusaha.


Khas untuk KakLong Anje

"Allah itu SegalaNya,
Allah jua penentu segalanya,
Berusaha & istiqamahlah sepanjang Kaklong Anje menjawab,
ALLAH SENTIASA ADA,
Bergantung haraplah kepada-Nya
Usaha itu pasti,
Doa itu sentiasa
In Shaa Allah
Semuanya baik-baik belaka".


No comments:

Post a Comment