Tuesday, 11 August 2015

:: Raya ke-5: Bertemu Muka dengan BFF F3 ::


:: Ohhh Zila & Dayah, BFF zaman remaja F3 ::

Dayah

Zila

3 Serangkai  kelas 3 Bahagia

2 orang rakan yang sentiasa menjadi pendengar setia Cik Ina meluahkan cerita. Kisah suka duka. Perihal hati & perasaan. Rakan menghasut, rakan belajar bersama-sama. Akhirnya F4, Cik Ina membawa diri. Masuk Teknik Slim River. Tinggalkan kenangan dengan mereka.

Sehingga ke detik ini, Cik Ina hanya berhubung dengan Dayah. Dengan Zila memang lost contact terus. FB, memang tak la. No Hp, tak ada. Lastly, Dayah jumpa Zila. So, Kitorang decide untuk berjumpa by hook or by crook, lama sangat.

Masa ini Cik Ainur naik kelas 1, Cik Ina still kelas 2. Tapi kami  geng!!

Allah SWT Maha Menyatukan. Bertemulah kami.

Uwaaaaa!!! Tak dapat bayangkan perasaan. Macam hilang kekasih hati. Nyaris nak nangis je.
Sampai hati minah ini hilang tanpa khabar. Akhirnya sampai 4 - 5 jam duduk menyembang dekat rumahnya. Emak Zila siap sediakan bihun sup. Bertambah la. MakCik masak laksa dengan bihun sup memang mantoppp!!

Kan Cik Ina dulu suka datang rumah lama makcik, makan laksa. Hahaha!!
Kenangan lama diimbas kembali.

Disebabkan Cik Ina banyak lost memory, diorang jela yang rancak. Sambil-sambil tu diorang kutuk Cik Ina. Cissss!!!Kalau diimbas kembali, memang kenangan.

Semoga ukhwah selamanya. Amin

Ainur kata kitorang suka masuk pertandingan.

Pertandingan Syair & Sajak & Deklamasi Puisi Minggu Bahasa Melayu

Join English Week. Spelling Bee!!

Ohhh, patut la Sijil-Sijil Cik Ina banyak pertandingan itu ini. Hahahah!!

Hebat tak hebat memori Cik Ainur, dia boleh bukak cerita lama.

"Dulu, masa Ina gaduh dengan tuttttt, dia ajak kita berjemaah gaduh sama. Walhal aku tak ada kena-mengena, tapi sebab geng, aku turutkan jugak."

Makaihhhh!!!Cik Ina kah itu.Woww!! kaki gaduh.

"Dulu, Ina suka bawak gambar Ziana Zain, lagu-lagu Ziana Zain simpan dalam buku. Ehh, ada lagi tak buku biodata kawan-kawan. Ingat tak apa ada dalam tu, makanan kegemaran apa? Minuman kegemaran? Cita-cita? Prinsip hidup?"

Hahaha. Wahh!! Tak tahu la mana buku biodata tu.
Buku lagu Ziana Zain tu tak menahan. Ingat Ainur ni. Hahaha!!
Tapi sampai sekarang, Ziana Zain dihati. Lagunya yang mantap dan sentap seringkali digunakan tatkala Cik Ina keseorangan. 

S.A.H.A.B.A.T selamanya
Raya yang enjoy sangat sebab Allah makbulkan doa Cik Ina untuk dipetemukan dengan rakan kelas dulu-dulu. Alhamdulillah. Kejayaan korang-korang hari ini membahagiakan!!

Diharapkan kita tak akan  pernah putuskan hubungan yang terbina sejak dahulu lagi.

Okay done wechat, whatsapp, FB.

Kalau lost contact, terus terjah rumah. Macam la tak ingat!!!

Lost contact lagi, siap la!!

Hahahaha!!



No comments:

Post a Comment