Tuesday, 11 August 2015

:: Raya 3: Aduh-Aduh Sayang ::


:: Love it::

Jom raya lagi. Nampak tak raya ke-3 dah ini. Hari Ahad.
Sepatutnya, dah boleh duduk diam-diam dekat rumah. Tapi seperti biasa, kiddos, nak beraya lagi. Kita layankan. Kata deorang tahun ini baju raya banyak sangat. Lagipun lorong depan sana tak habis lagi. Apa?? Apa??

Intan The Prefect
Intan periksa No 3 dari 250+ pelajar Darjah 2 di Sek Keb Batang Kali. Intan adalah pengawas Sekolah. Katanya dia ada group yang diberi nama wondergirl. Eeee!! Budak sekarang.
In advancei, sungguh la. 

"Intan, makcik masa sekolah rendah dulu, siap turun kelas la. 6 Kuning sebab periksa no last sekali." Tak wondergirl langsung." 

Alamak, ter confess pulak. miahahaha.


Leesya The Elsa
Nampak tak?? Sebabkan Cik Ina suka nyakat. Bak balik duit raya yang makcik bagi. Hahaha.
Suka nak acah-acah dedek ni. Biar gertak sikit. 

*silabacadengandesahnafasyangtakmenentu*

"Makcik, makcik, makcik, makcik...a..wak, aaawakk nak bagitahu ni"..

Hahahahaa!! Petah bercakap budak ni.

Kakak Puteri Anna
"Makcik, mana duit raya? Mana duit raya, makchik kata nak bagi tadi".
Selagi tak bagi, selagi itu la. Kakak puteri pandai cari duit, alang kata dia jual gelang tangan getah tu RM1 dekat sekolah. Hahaha!! Gelang getah tu sapa beli?? Okay, keuntungan bahagi sama rata ye!!

Comel sungguh yang tengah-tengah tu. Siap la balik nanti.

Photostad Muka Johor & MukaKg Tanjung

Abdul Hamid &Yati's daughter

Nur Balqis Batrisyia & Nur Aleesya Adrianna
Eirwan & Yusnita's daughter

Nur Nazira Najwa & Nur Nabila Huda

Buah hati pengarang jantung Cik Ina

Kejorenan mereka  diserlahkan

Raya Ke-3

Saudara jauh datang!! Kg Slim, Slim River

Pagi-pagi lagi deorang dah call kata nak datang. Alamak, kena bersilat lagi la nie dekat dapur ye??
Okay. Pecut! Pecut.

"Alang, apa nak masak ini? Mesti deme sampai tengahari"

Okay!!

Kari Daging Kekasih Semalam
Gulai Tempoyak Ikan Kembung Suria Cinta
Sayur Campur Tanpa Cinta
Ikan Goreng Kau Sayang
Ulam-Ulaman Cinta
Sambal Tempoyak Penghujung Hati

Hah, tu dia. 5 bijik kereta full. Memang ramai la. Keluarga Slim memang akan datang raya tiap-tiap tahun. Yela, setahun sekali baru bertemu. Ada keluarga MakNgah & MakCik, MakLang, & Mak Ndak. Haissshhh. Sepupu-sepupu Cik Ina pun cantik-cantik, comel-comel la. 
Memang dah besar ye kita??
Besar dah ye?? Hehehehe!!!!


Raya-Raya Cik Ina

Tahun ini banyak pulak pergi beraya rumah kawan-kawan. Ke rumah Yati Yahya.
Itu 1st time kenal En Suami dia. Dah preggy. Tinggal due je nak bersalin.
'Yati, aku doakan urusan ko dipermudahkan. Dapat baby comel-comel.'.

Ke rumah kembar Faizal &Faizul. Uwaaa!! Meriah sangat dah ini.
Lemang bakar panas dari ladang. Dalam seronok menyembang, boleh Cik Ina perabihkan sebatang mungkin lemang.Ayoyoyo!! Ikhlas sungguh makan itu. Tak payah dah bihun sup-bihun sup ini.
Ada lemang dengan rendang itam dah tak ingat dah dunia.
Kembar baru dapat baby girl. Comel sangat dah tu.

Kalau kg Cik Ina, dapat baby kita akan bagi sedekah. Tak kira la berapa. Tempat MLA macam mana?? Sedekah kerana baby baru lahir. Kalau dapat itu, boleh buat simpanan. Buat beli barang baby okay.

Ke rumah Dayah. Bihun Sup.
Makan-Makan-Makan.

Sampai ke Malam. Last!! Kerumah Cik ainur, makan Tomyam. Siap bawak balik lagi.
Marbeles sangat tu.

Kesetiaan Cik Ina tak pernah berbelah bahagi,
Namun, anda telah selamat melangsungkan perkahwinan.
Tahniah!!!
Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut
Allah SWT jualah penentunya.

No comments:

Post a Comment