Tuesday, 11 August 2015

:: Raya 2: LukisanHati Cik Ina ::


:: Meraih Kasih Kita ::

Bertemu kembali MLA. Haihaihai!!
Sekarang ini Cik Ina tengah semangat sangat ni nak up entry sambil ditemani oleh Suria Fm, menceriakan harimu. Amboii, malam-malam ini sambil type-type, memang layan betul dengan lagu-lagu lama, zaman Cik Ina kecik-kecik dulu. Lepas itu, imbas kembali la, lagu ini kisahnya macam itu, lagu yang macam ini, kisahnya macam ini. Ahhhhh!!! Imbas kembali sunguh.

Kakak & Dedek Leesya
Raya kedua. Masih lagi beraya ye! Bebudak masih datang ke rumah. Yang datang semalam pun, masih datang jugak. Ala, ingat Cik Ina tak perasan la. Hahaha!! Bebudak sungguh.

Bersalam-salaman antara sepupu-sepipit

"Assalamualaikum, Assalamualaikum..Kami datang nak beraya, ada orang tak?"

La adik oii, memang ada orang la. Lagipun pintu rumah tu terbuka luas kot.
Cuma orang rumah busy dekat dapur. Hahaha!! Orang rumah tengah masak bersungguh-sungguh.
Almaklum la, dapat call dari Uda kata segerombolan mertuanya akan serbu rumah.
Haiiii, pecut 1000 meter ok.

Alalalala comel sangat dah ini 
Makngah's family nak balik rumah mertua. Alololo. Tinggal la kitorang dekat rumah. Tak dengar la tangisan dikkuan ke, abgngah ke!! Hahaha. Kalau ada, hurmmmm!!!

Alalalala. Rindu nak tengok kiddos macam ini. Macam good-good je
Style salam ini Kakak Puteri yang suruh buat. Bantainya kiddos ni gelak mengekek-ngekek. Entah apa yang lawak entah. Yang Cik Ina snap jela. 

Apa yang lawak tu AbgNgah?? Abg Long??

Kiddos nak pergi beraya lagi. Tapi Busu jugak yang kena. Kena hantar sampai depan pintu rumah. Hahahaha. Aje haru betul la kiddos ni. Lepas raya satu rumah balik. Macam itu la deorang buat. Ate, bila nak achieve goals kalau buat macam tu?? Hahahah.

Nak pergi beraya rumah lorong depan. Rumah Opah Tan. 

Ala. Comel tu, berpegang-pegangan tangan. Cik Ina siap pesan lagi. Pergi rumah orang jangan makan kuih raya banyak-banyak. Makan sikit je. Tuang air, jangan penuh. Suku gelas je tau. 
Kalau nak balik, minta kebenaran. Cakap nak balik *biaropahprepareduitraya.

Hahahaha!! Cik Ina ada baca 1 luahan perasaan seorang pakar kaunseling *kononnya*
Dia ulas tentang ajaran kita kepada anak-anak tentang duit raya. Katanya niat kalau datang rumah orang dengan niat nak duit raya, hentikan!!!

Jawapan Cik Ina

Susahnya kalau dah pandai sangat.

Kenapa dengan duit raya?

Itulah moment raya yang tinggal. Bagi Cik Ina, memberi duit raya itu untuk menggembirakan anak-anak yang datang rumah kita. Ibarat hadiah sebab berjaya puasa tak kira berapa hari. Lagipun, nak tinggalkan kenangan manis buat anak-anak itu tak salah rasanya.

Contoh. Jiran Cik Ina namanya Atun, bagi RM5 dekat kiddos.
Kiddos happy sangat-sangat.
Kan orang datang rumah bawa rahmat??? 

Itu pun jadi isu!!! 

Sambil-sambil menanti kiddos balik. Kita layan ahgay.

Apa ni?? Orang mengantuk la

Jeling sekali la. Okay, buat muka kerek. Muka kerek.
'
Ahgay. Ahgay. Kaklong anje tanya
"MakCik, Ahgay tak ada baju raya ke?"

"Ahgay, puasa ke tak? Kalau tak puasa, tak ada baju raya"

eeeoooowwww!!! eeeooowww!!

Hah, kaklong. Ahgay tak ada baju raya. Dia tak puasa!!!

Duit Raya MakYang

Cuba teka berapa MakYang bagi??
Hahhaha!! Salah tekaan MLA.

"Makcik, bak tukar duit RM1 duit baru."

'Apahal pula. Apasal tak tukar awal-awal. Takut tak cukup la. Ini pun cukup-cukup'

"Bak jela, takut jumpa kawan-kawan ada anak."

Kiddosss!!Makyang bagi RM5 je kan? Kan? Hahaha!
Makyang dah kayappppppppp.........


Muka kena tinggal dengan sepupu
Sepupu dengan abg-abg pergi beraya. DikKuan tinggal dekat rumah.Sentap la tu. Tu muka kerek je tu. Siap la abg-abg balik nanti

Apa nak masak ini??
Okay!! Jom ke dapur. Tengok apa bahan mentah ada.

Eheemmmm, okay. Alright.

Jom masak Bihun Tomyam. No Photo Available.

Kawan Cik Ina datang awal, Pn Etong. Katanya nak balik Pahang, singgah kejap. Ala, tak dan nak jamu pun. Itu pun minum air je. Amboiii. Yelaa!! Faham. Nak kejar masa. Sambil-sambil masak tu, memang dengar jela orang bagi salam. Hamboii, gigih dah ini. Ini memang raya la.

Rupanya kawan Busu pun datang. Okay. Siapa lagi nak datang?
Open house 24/7. Today.

Selesai di dapur, jengah ruang depan, makaihh, pinggan mangkuk, jug air, cawan.
Siapa nak basuh ini?? Yess!! Busu. Hahaha.

MakNgah & Hero's.
YNWA MakNgah

Muka Angah. Boring la mama

He try too much. Peace no war. 

Free style katanya
Lepas bergambar. Jom balik rumah Opah Kg Tua. Hahahah.

Opppsss...Oppssss!! Duit raya la Makngah & PakNgah. 

berbaris dari barisan hadapan sekali:
1. KakLong Anje
2. Kakak Puteri
3. Intan
4. Leesya

Last but not least!!
Puan Emak. Hahaha!!

enjoy Dedek Leesya. 


Petang macam itu, besan emak dari mambang dek awan datang. As usual, setiap tahun memang mereka akan datang. Deorang tahu Puan Emak bukan boleh jalan jauh-jauh, tambah lagi raya memang rumah Puan Emak kena serbu dengan sedara-mara. Mana dan nak keluar pergi rumah biras-biras ini. Biras Puan emak je yang rajin berkunjung. Setiap kali datang, mesti dengan anak-beranak ramai-ramai. Siap baring-baring lagi la.
 Enjoy sangat dah ni.

Petangnya. Jom ke rumah Yati dengan Mai (BFF Busu). Makan laksa & bihun sup.
Aihhh, Cik Ina memang suka makan-makan. Hahahah!!

Jom serbu rumah Acik Yati dengan Acik Mai

Dahulu,
Kenangan terukir nan indah senantiasa dinanti!!

Dahulu jua,
Aku belajar erti "rasa"

Kini,
Kenangan dahulu terukir kembali.

Namun kini,
Aku belajar kenangan itulah "rasa".

No comments:

Post a Comment