Tuesday, 11 August 2015

:: Raya 1: Opppsss "CintaHati" ::


:: Muahh ciked::

Duit Raya untuk K.I.D.D.O.S

Assalamualaikum MLA. Raya dah nak sampai ke penghujungkan. Tapi entry raya tak ada pun lagi. Hah, macam ini la Cik Ina, janji dicapati.Bukan boleh berjanji. Dulu rajin sangat dah, sekarang, buka MLA pun belum tentu lagi. Walhal,masa nak story-mori tu, konon banyak dah tu kisahnya.

Kuih Raya "MadeinBazaar"
Ah, tak story banyak, terus ke istiqomah' ye.
Terus. Ok, jom pecut sama-sama ye MLA. Raya tahun ini as usual, mana dapat nak bergembira sakan. Tiap-tiap tahu agenda setting mesti sama. Pagi-pagian dah bersiap ke surau Fasa 5, balik raya, berjemaah salam-bersalaman, lepas itu 'pergi jumpa Abah', Assalamualaikum Abah.
Selesai semua dalam pukul 11.30 pagi, bermulalah tugas sebagai M.A.I.D tetap.
Jangan hajat tu beria nak pakai baju bling-bling-bling ye. Ke dapur jua la tempatnya.



2 Bekas Untuk 2 Group
Kuih raya tahun ini MadeinBazaar. Cik Ina balik kerja pecut pergi ke Bangi Gateway, cari mana murah. Pergi malam untuk tester . Wowww!! Meriah tau malam dekat Bangi Gateway.

Kuih Raya Dari Cik Ina
Tahun ini, raya pertama makan meriah engkau MLA. Tapi no photo available la.
Sebab, tak sempat la nak bergambar kalau dah menyinsing lengan baju. Hebat sungguh dah ni.

DikKuan nangis nak ikut pergi Surau Fasa 5
Sambil dengar Takbir dari rumah, Cik Ina layankan DikKuan yang sedang nangis tepi bucu meja makan. katanya nak ikut mama sekali ke Surau. Aisshhh, mari kita bergambar nak tak?? Pun taknak juga. Jangan la nangis, inikan raya!!

Menu Raya Pertama

Soup Tulang Tanya sama Hati
Laksa Apa Mimpimu
Rendang Ayam itulah Sayang
Rendang Kerang Terlajak Laris
Daging Hitam Perak Purnama Merindu
Nasi Himpit
Udang Masak Merah Petai Jiwa Cik Ina
Lemang

Suci sungguh muka-muka kiddos ni. R.I.N.D.U

Cadangannya laksa masak hari lain, tapi sebab BIL request pukul 3 pagi, aihh wajib buat ini.
Ini BIL kena jaga hati perasaan. Hahaha!! Pagi-pagian sempat la Cik Ina sediakan bahan, balik 'jumpaAbah', larian amal la. Bebudak jangan cakap la

"Assalamualaikum...Assalamualaikum, kami datang nak beraya"

La adik, memang la datang nak beraya. Meriah tau kg Cik Ina, kampung sangat
Felcra Changkat Lada. Dari tak pernah-pernah jem, kalau raya dari simpang jambatan Sg Perak, Kg Gajah sampai ke Bukit Changkat nun jem dia. Ambik ko!!!

Makchik Ina, Kaklong Anje & Intan. Mama & Daddy kerja!!

Selalunya kalau bebudak datang raya, mesti berkumpulan.
Selalunya, kebiasaannya Cucu Alang belakang rumah merangkap anak angkat arwah abah. Dah besar dah diorang ni, gigih datang lagi. Dah Form 5 dah. Lepas itu, kebiasaannya cucu-cucu jiran la. Haiissshhh, meriah la kalau bebudak ini datang.

K.I.D.D.O.S

Soalan lazim ditanya?

"Kamu cucu sape?"
"Darjah berapa?"
"Periksa no berapa?"
"Lepas ini nak pergi rumah sape?"
Sesi bermaaf-maafan
BIL & Alang & MakNgah
Masa dengar khutbah raya, Bilal menegaskan kita tentang aurat ye MLA. Katanya
"sedangkan kita boleh menahan diri daripada melakukan kesilapan dibulan puasa yang penuh dengan keberkatan, keanapa tidak bulan rahmat ini, diharapkan muslimin-muslimat tidak bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim ya."

Kami memohon maaf tanpa salam. Alhamdulillah. 


Nak pergi collect duit raya katanya
Ikhlas tau Cik Ina tanya. Siap suruh pergi rumah makchik itu, makchik ini. Boleh collect lebih duit raya. Dulukan, Cik Ina & the geng siap beraya dari rumah ke rumah nak collect duit raya. Balik tu, siap kira la. Takut-takut tak cukup. Kuih raya dulu, makcik-makcik ni buat, rasa perbezaannya.La ni memang tak la. Itu lagi meriah. Sekarang pun meriah jugak.

Mine!! BIL Amid bagi. Woowww!! Impressed I u all

Cik Ainur (BFF Cik Ina) call tanya ada laksa tak. Cik Ina kata ada, mari datang petang, jangan awal-awal, tak dan nak melayan. Kali ini awal pulak Cik Ainur datang, selalunya raya ke-3. Hahaha!
Requested dari sepupu la, nak laksa. Jom serbu Cik Ina. Amboii. banyak sangat dah ni yang request.
Selamat Cik Ainur datang pukul 3.30 petang, kalau lepas Asar, sold out. Bukan masak sikit ya MLA. Seperiuk besar nun. Periuk Besar. Rupanya geng sekolah Angah datang. Tu pun Cik Ina dikhabarkan kata tak cukup. nasib la. 

Jom beraya rumah Cik Aini. BFF jugak. Nak pergi tengok SiPutih & SiGagah. Esok Cik Aini dah nak balik Pahang rumah mertua. Nanti tak dan nak jumpa macam raya lepas. 

Malam, Keluarga mertua Angah datang, sekali dengan sebiras-sepupu-sepipit. 
Hamboiii, beraya sakan la keluarga BIL Cik Ina ini. Puan Emak nak makan nasi,
sambil masak lauk makan malam, masakkan mee goreng buat keluarga mertua angah.
Selesai acara jalan-jalan raya hari pertama sehingga jam 12 tengah malam. Seperti tahun lepas jugak.
Huhuhuh!!! Pinggan mangkuk, jangan cakap. Sebab rumah Cik Ina guna pinggan kaca, bukan polisteren ye. Go Green okay!

Gigih Busu cuci periuk belanga-pinggan mangkuk.

Leesya & Duit Raya RM12 dari Cik Ina
Tahun ini up RM2. Hahaha!! GST kan.

Tapi Leesya tetap tersenyum simpuh, Hal ini kerana Cik Ina kata

"Kalau tak berbaik dengan makchik, bak balik duit raya frozen Makchik."
Hahahaha!! Sampul frozen yang Kiddos gilakan. Cisss!!


Rindu, rindu zaman raya Cik Ina,
Rindu dengan berjalan-jalan keliling fasa, 
semata-mata untuk kumpul duit raya.
Rindu nak show off baju raya
Rindu nak kira-kira duit raya

Yang paling rindu

Rindu dengan arwah Abah

Ya Allah, semoga Abah tenang disana.
Anak-anak abah sentiasa mendoakan rahmat dan limpah pahala untukmu Abah.
Semoga abah sentiasa dalam kalangan mereka yang beriman. Amin


No comments:

Post a Comment