Thursday, 20 August 2015

:: Dia, Pencuri ILMU ::



:: Hari Marah Berpanjangan ::

Hye MLA. Hari ini Cik Ina dah marah-marah, masam-masam muka, maki-maki, semua la senang cerita. Lengkap pakej sekali sebab kena maki dengan orang Kaunter Fpend ni. Lagi sakit hati bila orang yang kita tolong tu tak nak tolong diri sendiri.

Baiklah! Hari ini Cik Ina nak cerita pasal "orang yang sambung bealjar tapi tak nak sambung belajar",  Hahah! Panjang tajuk karangan Cik Ina hari ini. Mana taknya, dia nak dapat skrol Ijazah Sarjana (Master) tapi dia tak ada nak buat apa. Bukan tahu nak buat. Belajar apa pun tak. Tengok-tengok dapat skrol Ijazah Sarjana.

Yang ini Cik Ina kategorikan sebagai Pencuri ILMU.

Mencuri je kerjanya. Pandai dengan MENCURI.

Cuba fikir, kenapa kita sambung belajar?

Sebab tak ada kerja? 

Sebab memang nak sambung?

Ikut member??

Tak ada matlamat pun, saja-saja!!

Ahhh, Benci betul dengan manusia yang tak buat apa-apa. 

Cik Ina sakit hati dengan seorang manusia ini. Okay! Kita letak nama dia sebagai Haslina Muhammad Yunus. Hah, berapa banyak manusia bernama Haslina?? So, kepada penama Haslina, kalau bukan anda, jangan berasa hati la. Cik Ina bukan cerita hal awak.

Mudah betul kehidupan Haslina ini, tak payah kena maki hamun penyelia, tak kena pergi site untuk collect data, tak payah nak pusing-pusing pandang laptop nak analisis faktor, korelasi, t-test, apa bagai semua tu. Tengok-tengok tesis siap. Waaaahhh!!
Bangganya!!
Percayalah.
Haslina ini tak akan merasai 'rasa' itu. Asbab, bukan dia yang buat pun. 
Ahhhh!! Bencinya.

Cik Ina marah sebab!!
Itu bukan usaha dia. Selagi scholar @ pembaca membaca tesis@jurnal dari dia, selagi itulah keberkatan itu dipersoalkan. Kesian keapda ILMU. Mudahnya orang memperkotak-katikkan engkau wahai ILMU. 

Cik Ina marah sebab kenapa Cik Ina yang perlu bersusah payah kerana penama Haslina?
Kena ke Bendahari, bayar Yuran Tesis RM1300, kena marah dengan orang Bendahari (wakilkan), kena marah dengan pakcik muka kerek jaga kaunter Fpend (Tak cop bagai). Penyudahnya, Cik Ina maki balik, *puas hati aku, aku memang tengah panas*

Ahhh, bodohnya!!
Kena marah sebab bukan urusan kita. Apa perasaan MLA??

Yesss!!!

Kepada Haslina, Cik Ina rasa kesian yang teramat kerana
"anda sedang menipu diri anda sendiri"

No comments:

Post a Comment